Wednesday, April 6, 2011

WAN AZIZAH TAK SENANG DUDUK BILA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA DITUBUHKAN!!!

Pasangan daripada KELUARGA PELAKON TERKENAL, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini telah menolak kewujudan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks 21 minit yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dengan alasan, pelaku lelaki di dalam rakaman berkenaan, bukanlah Anwar Ibrahim kerana 'tidak berjanggut, berperut boroi, bertetek menggelambir'.

Namun menyedari keperluan sebenar rakyat untuk mengetahui kebenaran video tersebut, cadangan mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video tersebut akan diusulkan ke kabinet, Jumaat ini. Itu yang diberitahu oleh Menteri Parlimen, Nazri Aziz.

Ada sesuatu yang menarik pada penolakan yang ditunjukkan oleh Wan Azizah dan anak perempuannya, Nurul Izzah bahkan kebanyakan pemimpin PKR yang lain terhadap kewujudan Suruhanjaya Diraja. Dalam beberapa kes sebelum ini yang melibatkan para pemimpin kerajaan, mereka akan ke hadapan dan bingkas dengan pantas agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja terutama yang membabitkan klip video V.K. Linggam, tetapi kali ini kumpulan pemimpin yang sama, menolak kewujudannya atas alasan 'pelakunya bukan Anwar'.

Sama ada mereka sedar atau sebaliknya, wujud keperluan untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat tentang kes ini. Mungkin seandainya orang yang mendapat perhatian adalah rakyat biasa, maka keperluan mewujudkan Suruhanjaya Diraja tidak diperlukan, namun apabila ianya melibatkan pemimpin, sudah tentulah ia sangat diperlukan.

Setidak-tidaknya untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim memang telah diperangkap untuk melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur China atau sebenarnya, memang bukan dia, sebaliknya hanya seseorang yang kelihatan terlalu mirip seperti wajahnya, dengan potongan rambut dan bentuk kepala serta beberapa ciri lain yang merangkumi bahasa tubuh dan lenggok pergerakan badannya yang sangat seakan-akan Anwar Ibrahim.

Cadangan yang bakal diusulkan kepada Kabinet pastinya akan mendapat tentangan daripada 'INNER CIRCLE' Anwar Ibrahim khususnya yang terlibat dengan maruah keluarga seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah. Pastinya juga pelbagai alasan dan helah bakal diberikan untuk menidakkan keperluan kewujudan Suruhanjaya Diraja berkenaan.

Namun yang sangat ingin dilihat nanti, adakah Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mengakui telah menonton klip video yang panjangnya tidak sampai dua minit di YouTube itu akan berkelakuan seperti ahli-ahli keluarga Teoh Beng Hock yang pada mulanya mendesak satu Suruhanjaya Diraja tetapi kemudian enggan bekerjasama setelah campurtangan para pemimpin besar DAP?

Ramai yang ditanya tentang hal ini memberikan kepastian berikut...

WAN AZIZAH TIDAK AKAN SENANG DUDUK DENGAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK VIDEO SEKS BERKAITAN SUAMINYA!!!

5 comments:

Anonymous said...

tak perlu risau..kata

ada alibi..

malah mereka yakin ianya hanya mirip2 je..bukannya Anwar!!

Buat le Suruhanjaya..

BUJEES on April 6, 2011 6:02 PM said...

Setuju sangat tu....Anwar & Kak Wan tak perlu takut....jika mereka dipihak yang benar.....!!! Inilah masa yg sesuai untuk membersihkan segakla tomahan.

Anonymous said...

Kes ini memerlukan penyelesaian.....

kerana membabitkan seorang pemimpin.....

dan (jika betul) seorang umat islam ...

memang patut hukuman islam dilaksanakan di Malaysia ini, (untuk umat Islam)

Anonymous said...

mari kita minta kak wan dan anwar lakukan 3 perkara ni dan tengok apa alasannya tak mahu lakukan.
1. sumpah laknat - tak mahu - kita dah tanya ulamak dah tak ada sumpah laknat. walaupun sebenarnya ada, apabila ada kes dimana orang yang menuduh sesuatu kes zina dan seumpamanya maka jika tidak ada saksi keuda-dua pihak hendaklah bersumpah laknat. apabila sumpah ini dilaksanakan maka tunggulah tuhan melaksanakan hukumannya.
2. sumpah sambil pegang al-quran - tak mahu - sama dengan kristian, pelik al-quran untuk dibaca dan bukan untuk dipegang dan angkat sumpah, cara ini sebenarnya adalah bermaksud kita menjadikan kesucian kalam dalam alquran itu sebagai saksi kita, hukumannya kembali kepada allah, kerana kita telah menggunakan perkataan yang paling suci sebagai pengakuan dan saksi ke atas sumpah kita.
3. memang benar al-quran untuk bacaan. apa kata kita minta kak wan dan keluarga, bahagian, cabang dan ranting PKR, pas dan para ulamak di dalam pas sama-sama mengamalkan bacaan yasin 44 orang satu jemaah dan 44 malam berturut-turut tanpa senggang. dan olih kerana di dalam vidio itu barua umco yang berlakun dan bukan anwar pemimpin penuh wibawa, maka pakat-pakatlah keluarga anwar dan semua jemaah tadi minta allah laknat pelakun itu kerana menghina dan mengaibkan keluarga kak wan dengan fitnah yang keji dan melampau yang mana tidak ada manusia yang berakal waras sanggup melakukannya. dan sebelum allah hukumkan orang itu mintalah agar dia muncul di tv ka malaysia kini ka jumpa pengarang harakah ka dan mana-mana tempat dan buat pengakuan. soalannya adakah kak wan and the gang sanggup melakukan salah satu dari ketiga-tiganya itu. ingatlah doa orang teraniaya tiada hijabnya.

dee said...

salam tuan.
tubuh je.bknnya awk kena bayar.rakyat nk tahu jgk

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template