Itulah yang berlaku apabila PKR menerusi Ketua Wanitanya merangkap Timbalan Pengerusi PKR Selangor merangkap Ahli Parlimen Ampang, mencipta skrip baru tentang pendatang asing yang diberikan kerakyatan bagi membolehkan UMNO-BN menang di Selangor.
Bahang kekalahan PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor sudah cukup terasa. Dek kerana menyedari bahawa PKR sudah tidak ada isu lagi untuk membela Anwar Ibrahim, maka cerita tentang pendatang asing pun dibesar-besarkan dengan surat ngok ciptaan mereka sendiri.
Kepandaian AMK ialah cuba menimbulkan masalah. Nasib baiknya ialah, UMNO tidak pernah bertindak terhadap AMK atau PKR. Terlebih baik lagi ialah Kerajaan Malaysia yang menjadi sasaran AMK juga, bertindak mendiamkan diri dan sekadar bising di media.
Sedangkan sepatutnya Kerajaan Malaysia perlu menarik AMK untuk bersemuka dengan perbuatan mereka sendiri. Setiap kali AMK menimbulkan isu, semua orang tahu, AMK sebenarnya sekadar berbohong. Tidak ada satu isu yang dinaikkan oleh AMK sebenarnya tulen dan membawa kebaikan kepada negara.
Kementerian Dalam Negeri perlu menarik Shamsul Iskandar Mohd Akin dan memintanya menjelaskan tentang tuduhan yang mengatakan Kementerian Dalam Negeri memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk memenangkan UMNO-BN. Kalau terbukti tidak benar, HAPUSKAN sahaja Shamsul Iskandar Mohd Akin dari bumi Malaysia. Kalau tidak benar dan PKR gagal menunjukkan bukti selain sehelai surat salinan yang sebenarnya boleh dibuat, direkaletak dan direkabentuk dari komputer di bilik tidur, GUGURKAN KERAKYATAN yang diberikan kepada Zuraidah Kamaruddin.
Tidak ada sudahnya, rakyat Malaysia dihidangkan dengan politik sebangang yang ditunjukkan oleh AMK. Cukup-cukuplah rakyat Malaysia dibangangkan dengan isu yang bukan-bukan. Terlalu banyak duit yang digunakan oleh kerajaan untuk menangkis serangan PKR dan AMK serta masalah peribadi Anwar Ibrahim. Modal sebegitu seharusnya digunakan untuk rakyat, bukan untuk parti politik serta pemimpin mereka.
Atau mungkin hanya setelah rakyat mula bertindak sendiri, baru kerajaan nak buka mata dan sibuk menyalahkan rakyat?... macam kes yang membabitkan dua orang blogger dan isu mengkatholikkan Malaysia....


0 comments:
Post a Comment