Entah apa yang sebenarnya mendorong Anwar Ibrahim bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat, hanya dia dan Lutung Kesarungnya di dalam PAS sahaja yang tahu. Namun ramai yang sudah dapat menjangkakan, Anwar sebenarnya mendahului para pemimpin PAS untuk 'membuat keputusan' tersebut. Anwar tidak boleh kehilangan PAS dari Pakatan Rakyat. Kehilangan PAS dari Pakatan Rakyat, akan hanya membuatkan PKR akan mampus tidak berkubur. Sebab itulah, Anwar menggunakan kelemahan Melayu PAS dengan mendahului cakap sebelum mana-mana pemimpin utama PAS. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah menimbulkan rasa bersalah para pemimpin PAS yang mulai menampakkan kerenggangan dan kesukaran menerima moral rendah Anwar Ibrahim.
Dalam tempoh terdekat ini, Anwar akan sentiasa rapat dan selagi boleh akan mewujudkan suasana di mana dia kelihatan sangat rapat dengan Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengaruh Anwar di dalam PAS yang semakin berkurangan perlu dikembalikan semula.
Oleh kerana sokongan daripada DAP dan Cina-Cina serta India-India di dalam PKR terhadapnya hampir tidak kelihatan, Anwar akan mula memperlihatkan yang dia adalah Melayu dan cakap-cakapnya adalah Melayu. Sebabnya mudah, dia mahukann emosi dan sentimen Melayu naik semula bagi menyokongnya seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.
Menariknya, pada masa yang sama, Anwar akan mempotretkan UMNO sebagai sudah sangat terdesak untuk memasukkan dia ke dalam penjara dengan menawarkan tempat kepada PAS untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Dan sudah tentulah orang yang paling kerap menjadi sasarannya adalah Najib Abdul Razak.
Ironinya, dalam sehari-harian, kebanyakan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana Anwar sebenarnya melalak seorang diri. Sedangkan pada ketika Anwar terlalak-lalak dan menjerit-jerit bagaikan anjing gila, Najib memperkemaskan kerja dan usahanya untuk mengeluarkan Malaysia daripada masalah yang telah dicipta oleh Abdullah Badawi dan menantunya dengan secepat mungkin.
Atau lebih tepat lagi, walaupun Anwar berjaya mempengaruhi juak-juak serta pencacai-pencacai Pakatan Rakyat untuk terus menyerang Najib Abdul Razak, Presiden UMNO itu pula langsung tidak menghiraukan Anwar. Segala kata-kata Anwar hanyalah suara cengkerik pada waktu malam, walaupun Anwar berasakan suaranya sudah sangat gah.
Disebabkan itulah, Anwar selagi boleh ingin mengaitkan Najib Abdul Razak dan UMNO dalam semua masalahnya, termasuklah masalah dia dengan Kak Wan yang khabarnya sedang hebat berantakan!!!


1 comments:
Anwar Ibrahim akan tertiarap. Bila-bila masa akan lari ke luar negara.
Post a Comment