PAS Kelantan mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang memperkatakan dan mempersoalkan tentang Ladang Rakyat yang banyak menimbulkan masalah tetapi memberikan laba yang sangat besar kepada para pemimpin PAS Kelantan. (BACA DI SINI)Ladang Rakyat yang dikatakan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan dengan elaun bulanan sebanyak RM200, banyak dipersoalkan terutama dalam hal pembukaan tanah, pengambilan tanah, mahupun pemusnahan alam sekitar serta perampasan tanah rezab Orang Asli.
Dengan RM200, Ladang Rakyat dikatakan mampu mengurangkan kadar kemiskinan?
Lawak jenis apakah yang cuba dibuat oleh PAS Kelantan? Barangkali PAS Kelantan masih hidup pada zaman Dinosaur di mana RM200 boleh dijadikan modal untuk meminang seorang anak dara berusia 13 tahun untuk dijadikan bini keempat.
FELDA dan FELCRA yang memberikan pulangan sepuluh kali ganda berbanding elaun RM200 kepada para pesertanya, ingin dihapuskan dan tanah-tanahnya dibahagikan. Sedangkan Ladang Rakyat yang berbangga kerana dapat memberikan RM200 kepada bekas peneroka tanah terpilih pula, akan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang mempersoalkannya?
Patutlah Islam di bawah PAS hanyalah serban, jubah dan ceramah serta kempen politik. Dan tidak hairanlah selama 20 tahun kononnya ulama mentadbir Kelantan, yang boleh dibanggakan hanyalah Carrefour, Mydin dan Giant!!!
Ketika Sarawak dan Sabah yang sememangnya lebih memerlukan dana untuk pembangunan, Kelantan yang mendapat dana tersebut daripada Kerajaan Persekutuan pula, hanya boleh berbangga dengan kerja-kerja Kerajaan Persekutuan, bukannya kerja Kerajaan Negeri.
Yang lebih disibukkan oleh Kerajaan Negeri ialah membuka Ladang Rakyat dan kemudian memberikan elaun RM200 sebulan kepada para peserta yang terpilih!!!
Memang lawaklah kerajaan negeri Kelantan ni... selawak Menteri Besarnya yang cuba untuk kelihatan seperti ulama tetapi akhirnya tidak ubah seperti pelawak!!!!


2 comments:
mana tak lawak serban baru je buat lap peluh ketiak
apa yang di tanam di ladang tu? ganja kott.... stimm ratibbb layan tu broooo
Post a Comment