IKLAN BERBAYAR

IKLAN BERBAYAR

Wednesday, May 18, 2011

APA KAITAN ANWAR DENGAN KEMATIAN TAN SRI YAHYA AHMAD?

Wednesday, May 18, 2011

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.

Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.

Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.

Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.

Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang. Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.


Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.

Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.

Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.

Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya.

Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.

Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu. Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh.

Credit to Selangor Daily

8 comments:

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Salam Bro... Benarkah apa yang lu tulis atau hanya menyedapkan cerita kerana apa yang gua tahu, sepatutnya Anwar bertolak bersama allahyarham melawat ibunya di HBT yang sedang sakit selepas satu majlis rasmi. Tetapi ia tidak berlaku kerana Anwar ada program seperti yang lu kata di Kedah tu. Gua harap lu buat kajian sikit sebelum menulisnya. Ini bukan bermakna gua sokong Anwar. Bagi pegangan gua, Anwar adalah pemimpin terakhir yang gua pilih jika dah tak ada sape untuk dilantik sebagai PM.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim mampu melakukan apa saja kecuali taat kepada Al Quraan serta mengingkari ALLAH SWT. Anwar Ibrahim sangat yakin dan percaya dia tidak akan dihitung di hari pembalasan kelak kerana Anwar adalah syaitan yang bertopengkan manusia, dilahirkan utk menyesatkan manusia termasuk Tok Guru dan alim ulama.

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam cucu Tok Wan,
Salam Anon 2:09PM.

Rasanya tak salah kalau boleh kita anggap Anwar adalah jelmaan syaitan manusia.

Sapertimana berlaku kepada Sabdo Polon sewaktu kerajaan Majapahit Raja Brawijaya V (1453-1478) yang menentang Wali Songo waktu itu.

Sabdo Polon ini tidak mati tapi ghaib setelah tewas kepada kumpulan Wali Songo waktu itu dan Sabdo Polon menurunkan ilmu hitamnya kepada anak perempuan nya.

Melihat gandingan Anwar dan Nurul Izah mengingatkan aku tentang kisah Sabdo Polon.Waallahu'alam.

Anonymous said...

Aku percaya bewak tu mampu melakukan apa saja. Bewak la katakan...

Anonymous said...

Allahyarham Tan sri Yahya Ahmad cukup kenal Anwar ketika di MCKK jadi mungkin nuar takut cerita dia semasa sekolah kat MCKK terkeluar.

Anonymous said...

bukak semula siasatan kes tersebut......

Anonymous said...

Masa tu Anwar 'powerfull' dan dah hampir sangat nak jatuhkan Ghafar Baba. Dia bergaduh dengan Tan Sri Yahaya kerana TDM terlalu sayangkan Tan Sri Yahaya. Banyak keroninya tak dapat projek, DRB HiCom dapat.

Anwar nak pi Kedah, nak guna Helikopter tuuu... tetiba Anwar setuju bagi Tan Sri Yahaya gunakan. Apa rasionalnya Anwar sanggup bagi Helikopter digunakan oleh Tan Sri Yahaya. Sedangkan ada lagi helikopter boleh digunakan oleh Tan Sri Yahaya. Apa maananya disebalik baik hati Anwar ini, sedangkan Anwar dalam hal peluang-peluang dalam pengkopratan, dia bermusuhan dengan Tan Sri Yahaya.

Helikopter tu baru dan hebat.
Siasat tuanpunya helikopter.
Siasat juruteknik terakhir yg jaga helikpter.
Siasat, siasat, siasat dan siasat..

Jangan biarkan pejuang enterpreno Melayu di inaya oleh setan-setan yang tidak bertanggung jawab semasa hidupnya.

Anonymous said...

Minta maaf bro,sebenarnya awak yg tak tahu citer.. Apa yg penulis ni citer 95% btul... Anwar Ibrahim tahu citer yg sebenarnya ..dan hanya anwar ibrahim dan anak2 Tan Sri yg tahu hal sebenar termasukla saya.. Jadi kepada penulis good job.. Anwar ibrahim ni bukan org baik pun.. Kesian pada org yg menyokong anwar ibrahim.. -anak jati jln gurney

Blog Archive

Labels