Saturday, May 14, 2011

APA KAITAN YDP AMPANG DENGAN WANITA BERNAMA MALINA?

Cerita tentang Malina MPAJ bukan cerita baru. Apabila salah seorang Ahli Majlis MPAJ ditahan polis kerana bergaduh di tempat awam, Malina ini jugalah yang menjamin lelaki yang bernama Sooria itu. (BACA SUARA AMPANG POINT)

Tak kisahlah tuh... semua orang berhak bercinta, dicintai dan mencintai... apa salahnya, kan?

Tetapi Malina bukan orang sembarangan. Terlalu banyak kaitan dengan wanita ini di Ampang, termasuklah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang sendiri. Paling menarik, kaitan rapat Malina dengan Yang Dipertua Majlis, Mohamad Yaacob! Lebih tepat, YDP asyik-masyhuk dengan wanita bernama Malina ini.

Lebih tepat lagi, Malina binti Mohamad adalah seorang janda dan Pegawai Tadbir di Jabatan Perlesenan MPAJ. Marlina merupakan pegawai yang meluluskan lesen arak, rumah urut, pusat hiburan, papan iklan dan sebagainya, di daerah Ampang Jaya.

Dan anehnya, cerita cinta Malina dan Mohamad Yaacob juga bukan cerita rahsia. Ia cerita yang semua orang tahu. Lebih tahu lagi bilamana Malina mempunyai akses dan mempunyai pengaruh dalam keputusan yang dibuat oleh YDP MPAJ.

Itulah yang diperkatakan oleh sumber dalaman di bangunan MPAJ, Pandan Indah.

Apakah kemelut yang berlaku di MPAJ sekarang, merupakan sebahagian daripada episod percintaan bersegi-segi ini? Dan kebetulan pula arahan daripada Menteri Besar untuk menamatkan kontrak Alam Flora Sdn. Bhd, berjaya mengambil tempat cinta kedua-duanya (atau ketiga-tiganya)?

Kita nantikan sahajalah episod seterusnya... pastinya cerita tentang usaha memecah dan mengecilkan selain merombak kawasan pembersihan agar sebut harga dibuat di peringkat dalaman MPAJ sahaja, akan terdedah dalam tempoh terdekat. Lebih malang lagi, pendedahan tersebut mempunyai kaitan rapat dengan Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, Mohamad Yaacob YDP MPAJ, Malina dan Ahli Majlis, Sooria Narayanan A/L Shanmugam @ Shumugam.

3 comments:

Adi Kencana on May 14, 2011 8:39 AM said...

Ni pendedahan yg agak kontroversi. Kita tunggu pendedahan selanjutnya...

http://apakecoh2.blogspot.com/

hamid said...

tukar pemerintahan..perangai kakitangan awam pun turut berubah.hebat hebat mpaj.

Matt on May 15, 2011 12:53 AM said...

woi ! sebelum pelbagai isu merebak, ada yg bakal kena itu ini. tolong tengok2 papan tanda ke TAMAN MELUR. susahnya orang luar nak cari TAMAN MELUR dari jln kuari dan dari jln ampang tiada papan tunjuk ke TAMAN MELUR ,tolong lah sesiapa yg ada tanggungjawab tu. ramai diberi kuasa tapi asyik nak buat yg masyuk je.ada sampai yg kaut kamsin dari kerja orang lain .TOLONG TOLONG TOLONG buat baik sekali . papan tanda TAMAN MELUR mana da .

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template