Iblis tidak menipu secara terang-terang walaupun terhadap manusia yang sememangnya menentang Allah Taala dan rasul-Nya dengan setiap denyut nafas dan titis darahnya. Sebaliknya Iblis akan menusukkan jarum hasutan yang paling halus dan paling tidak disedari sehinggalah akhirnya manusia itu akan terus hanyut serta kekal dia dalam penguasaan akalnya sehinggakan beranggapan, bahawa akalnya adalah alam semesta.
Begitu jugalah yang dilakukan oleh DAP. Di sebalik ikrar taat setia yang diberikan oleh DAP terhadap agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, maka wajar jugalah DAP dan pencacai pengangkat najis mereka yang berbangsa Melayu dan mengaku beragama Islam untuk menjawab.
Jadah apa, DAP bising sangat tentang Al-Kitab dalam Bahasa Melayu yang perlu menjalani penapisan dan penghadan? Jadah apa, DAP sibuk dengan IFC yang ingin melihat semua agama dilayan serata dan serupa dengan agama Islam? Jadah apa, DAP menyokong forum murtad atas nama kebebasan agama?
Dan jadah apa, PAS memekak tentang SIS sedangkan apa yang dilakukan oleh DAP untuk merendahkan umat Islam, agama Islam dan status umat serta agama Islam di negara ini, dikemam di dalam mulut sebelum ditelan ke dalam perut?
Tak rendah lagikah kalau DAP mempertikaikan peruntukan masjid dan mempersoalkan mengapa rumah ibadat selain masjid tidak dibantu walhal Najib mencanangkan 1Malaysia? Padahal perkara tersebut termaktub di dalam Perlembagaan negara.
Tak mengancam lagikah kalau kalimah ALLAH hendak dikongsi-kongsi seperti yang diamalkan di Indonesia agar masyarakat Islam Malaysia dilihat lebih terbuka, khususnya di Semenanjung?
Mengapa dipersoalkan tentang peruntukan kerajaan untuk sekolah-sekolah agama yang disepadukan dan diseragamkan sedangkan sekolah-sekolah persendirian Cina dan agama lain, tidak menerima peruntukan yang sama?
Dan kalau disenaraikan, tidak cukup ruang untuk berposting...
Adakah kerana ikrar DAP bahawa mereka akan mengekalkan tentang agama rasmi Persekutuan seperti juga mereka berikrar tentang hak keistimewaan orang Melayu tetapi kemudian berusaha untuk memansuhkan DEB kerana alasannya DEB untuk kayakan kroni UMNO walaupun DEB itu jugalah yang mengkayakan sebahagian besar kroni DAP yang bermata sepet. Hak keistimewaan apa yang ada di Pulau Pinang kalau demografi penduduknya cuba diubah dan taktik memasukkan orang asing bermata sepet yang berasal dari Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau sedang berleluasa?
Itu yang dinamakan ikrar mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?
Memang benarlah, hanya si bodoh dan si bengap sahaja yang akan terus percaya dengan DAP....
Longgarnya pegangan akidah, kurangnya ilmu pengetahuan dan amalan di kalangan umat Islam, bencinya generasi muda kepada wacana ilmu kecuali politik, adalah taktik terbaik untuk menggantikan agama rasmi Persekutuan. Ditambah pula dengan penggunaan media, akan memudahkan segala kerja mubaligh....
Kalau dahulu, orang Melayu yang dikatakan masih mengamalkan khurafat berjaya menolak dakyah Kristianisasi malah membakar kitab-kitab Bible berbahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Munsyi Abdullah, peon si Stamford Raffles, nampaknya sekarang, orang Melayu yang berasa mereka sangat pandai, sangat ampuh iman dan taqwa, mengundang serta mengalu-alukan masalah yang ditolak oleh nenek moyang mereka.
Hanya kerana nak menjatuhkan UMNO.....


1 comments:
Buat lah apa yang patut dan hapuskan lah pencacai pencacai ni..puak extrimist..
Post a Comment