Sunday, May 1, 2011

BILA ANWAR SEBUT TENTANG PILIHANRAYA, MAKNANYA....

Anwar Ibrahim kembali mencipta angka, tarikh dan masa untuk pilihanraya. Kata Anwar, Pilihanraya Umum akan berlaku pada sebelum bulan puasa (Ogos) atau selepas bulan puasa (September). Manusia nan seorang ini sentiasa ingin kelihatan lebih advance daripada orang lain dengan ramalan nujum pak belalangnya, walaupun ramalannya tidak pernah ada satu pun yang betul dan tepat. Malah ramalannya untuk menubuhkan kerajaan dengan menggulingkan Barisan Nasional pada 16 September 2008 juga bukan setakat tidak menjadi kenyataan, bahkan Ahli Parlimen Barisan yang dikatakan akan melompat ke dalam PKR dan Pakatan juga tidak berlaku, sebaliknya yang berlaku upacara melompat beramai-ramai Ahli Parlimen PKR sebagai Bebas.

Kalau diperhalusi, setiap kali tindakan Anwar membuat ramalan tentang tarikh pilihanraya, bererti Anwar sebenarnya sedang berada dalam kesulitan dan tekanan yang sangat teruk. Dia berharap dengan mewujudkan suasana pilihanraya dan kempen-kempen yang giat dijalankan, isu peribadinya tidak lagi diperkatakan atau paling tidak dapat dilupakan oleh orang ramai.

Isu video lucah yang dikaitkan dengannya, benar-benar merungsingkan Anwar sehinggakan dia mula tidak kenal sesiapa sahaja yang dikaitkan dengannya. Isu video lucah telah menghilangkan sebahagian besar daripada kesedaran, kewarasan dan kematangannya.

Lebih banyak kempen politik dijalankan, suasana kelam-kabut akan dapat diwujudkan lebih cepat. Anwar memerlukan suasana kelam-kabut untuk terus hidup bebas dari penjara. Dia pernah hampir berjaya melakukannya pada September 1998 dan Ogos 2008. Negara yang aman damai dengan rakyat lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya dan kehidupan harian, akan membuatkan Anwar Ibrahim menjadi lemah kaku dan tidak bermaya.

Kerana itulah dari semasa ke semasa, Anwar mengharapkan agar PRU 13 dapat dijalankan secepat mungkin. Namun pada masa yang sama, amat berharap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pula tidak akan membubarkan DUN masing-masing sehinggalah cukup haul dan hisab!

Sebabnya sangat mudah... di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat agak banyak dan Anwar tidak berkeyakinan seandainya pilihanraya umum dilakukan secara serentak di semua negeri, Pakatan mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2008, terutama sekali kerusi-kerusi PKR.

Apa pun, Anwar jelas sangat tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Isu video lucah sudah menjadi satu liabiliti yang tidak dapat ditanggungnya. Lubang sudah pecah dan beberapa lubang yang lain akan turut pecah, menyusul lubang yang telah dipecahkan itu!!!

1 comments:

Anonymous said...

satu lagi peluang untuk dia mengelak diri dari ke BAMBOO RIVER RESORT dengan jangkaan dapat menjadi PM setelah menang pilihanraya. jika dah jadi PM, semua kes dibubarkan. Tak jadi la nak ke BAMBOO RIVER RESORT sebab tu la nak cepat adakan pilihanraya.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template