Apa yang berlaku di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Kelang, bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kerjasama antara bank, peguam dan pemaju untuk mengenakan pengguna sudah lama berlaku. Yang berjaya melepaskan diri biasanya adalah pemaju dengan bantuan peguam. Manakala bank pula tidak pernah berlembut hati dengan pengguna. Tanah yang masih lagi berstatus pertanian. Progress payment antara 70-80% dilepaskan kepada pemaju. Peguam yang membelit dan bersekongkol dengan bank serta pemaju. Namun akhirnya projek perumahan tersebut terpaksa dihentikan kerana pemaju masih tidak dapat mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kelang bagi projek berkenaan.
Yang nganga adalah pembeli-pembeli rumah terbabit!!!
Pejabat Tanah dan Daerah Klang juga difahamkan telah mengarahkan agar projek tersebut dihentikan kerana tanah yang dibangunkan itu tidak pernah ditukarkan statusnya dari PERTANIAN kepada PERUMAHAN.
Timbul persoalan, bagaimanakah bank boleh meluluskan pinjaman untuk perumahan yang ternyata bertujuan menipu pembeli itu? Apatah lagi syarikat pemaju pula dikatakan telah pun BERJAYA memperolehi status bankrap, sekaligus meletakkan beban sepenuhnya pembayaran kepada pengguna.
Dalam hal ini, seperti yang berlaku dalam hampir 100% kes yang hampir sama,bank tidak akan bertolak ansur tentang pembayaran dan meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada pembeli. Sedangkan bank yang sepatutnya melakukan KERJA menyiasat status projek sebelum melepaskan kelulusan pinjaman, lepas tangan.
Undang-undang dan akta yang berkaitan perlu dirombak serta digubal semula agar mangsa yang kebiasaannya terdiri daripada orang awam, perlu mendapat pembelaan. Seharusnya dalam keadaan ini, BANK YANG SEPATUTNYA MENANGGUNG SEMUA KERUGIAN AKIBAT PROJEK TERBATAL bukannya pembeli!!!


4 comments:
Baru belajar berurusan dengan bank ka bro?
BANK mana ada salah, ada nak pinjam bagilah, tak bagi pun salah bagi pun salah.
Southern Bank yang lanun, CIMB kena betulkan kesilapan....SAMAN JE CIMB !!! REPORT KAT SPRM !!!!
menurut statistik.. pemaju kaum cina,pegawai beng bangsa melayu dan pembeli bangsa melayu... kesian... menteri kpkt pong kaum cina... yang buat bangsat semua kaum cina.. tapi bangsa melayu on jer.. janji ada masyuk..bangsa melayu jugak yang terngan nga dan glamer kena tahan atas tuduhan pecah amanah dan makan duit rasuuu..... bodoh nya bangsa melayu... jahanam nya kaum cina...
Post a Comment