Monday, May 9, 2011

BILA MAHATHIR BUKA MULUT...

Tun Mahathir menyatakan UMNO masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum. Kata Tun Mahathir, UMNO sekarang berada dalam keadaan lemah kerana ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin korup yang menjadi pemimpin bukan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu, sebaliknya kerana perut dan tembolok sendiri.

Pastinya, ramailah pemimpin UMNO yang akan melenting dan tidak senang hati dengan kata-kata yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini. Orang tua yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu, mengulangi semula serangan yang pernah dilakukannya terhadap Abdullah Badawi, orang yang menggantikannya pada tahun 2008.

Sebenarnya, itulah yang dilihat oleh kebanyakan marhein-marhein UMNO. Tidak ramai pemimpin UMNO yang mampu memperjuangkan Melayu dan Islam. Kebanyakan daripada mereka adalah pemimpin yang melihat kemakmuran yang berjaya diwujudkan oleh Tun Mahathir pada zaman pentadbirannya sebagai lombong emas yang perlu direbut dan ditawan walau dengan apa cara sekalipun.

Ramai pemimpin pelapis yang mempunyai kesungguhan untuk membela agama dan bangsa wujud dalam UMNO. Namun hampir kesemua daripada mereka DIBUNUH dan DIPANCUNG oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang gila kuasa dan sangat serakah ini. Paling menarik, mereka ini juga mempunyai separuh hati untuk menjadi pendamping dan pemuja Anwar Ibrahim seandainya terpaksa.

Itulah fenomena yang kita dapat lihat sekarang di dalam UMNO. Pilihanraya umum yang bakal tiba sudah tidak lama lagi, tetapi kebanyakan pemimpin UMNO sedang mengatur dan mencongak siapakah yang akan menjawat jawatan-jawatan utama dalam parti pada pemilihan akan datang. Mereka tidak peduli langsung dengan PRU sebaliknya cuba memastikan kedudukan mereka sebagai penjawat di dalam UMNO dan calon untuk pilihanraya, selamat dalam genggaman.

Pada tahun 2008, fraksi-fraksi di dalam UMNO TELAH BERJAYA MENGALAHKAN calon-calon UMNO sendiri menerusi tikam belakang dan pembelotan. Segelintir sahaja yang dihukum tetapi kemudian, dimaafkan dan jawatan mereka dikembalikan. Sebahagian yang lain walaupun telah diketahui menggunakan kaedah tidak bermoral untuk mendapatkan jawatan, masih saya lepas bebas dan sehingga kini masih menjawat jawatan utama dalam UMNO.

Walaupun marhein-marhein UMNO menjerit dan memberontak terhadap keputusan itu, namun mereka yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan UMNO memilih untuk terus menjahanamkan UMNO dengan menyediakan tempat teratas bagi golongan pembelot dan pengkhianat ini.

Maka tidak hairanlah UMNO akan terhukum lagi. Sama seperti tahun 2008, UMNO akan dihukum oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Justeru, saranan Tun Mahathir agar UMNO memperbaiki parti itu dengan segera, perlu diambil tindakan sewajarnya. Imej UMNO sudah tercemar semenjak Anwar Ibrahim dibawa masuk dan diberi peluang menjawat jawatan utama menerusi rasuah dan penyelewengan kuasa. Orang yang sama juga sedang berusaha merosakkan PAS, parti lawan UMNO, menggunakan kaedah yang serupa menerusi proksi-proksinya yang berjubah, berserban dan berjanggut kambing.

Tindakan bijak daripada ahli-ahli UMNO untuk menangani masalah ini sangat diperlukan. Ahli-ahli UMNO perlu menolak pemimpin-pemimpin yang cuba mengembalikan 'kegemilangan rasuah dan penyalahgunaan kuasa' Anwar Ibrahim di dalam pemilihan akan datang. Kalau tidak, UMNO akan hanya menjadi tulisan di dalam buku teks untuk mata pelajaran Sejarah sahaja!!!

Pemimpin UMNO mana pula yang akan kata, Mahathir sudah nyanyuk apabila menempelak pemimpin-pemimpin korup yang sedang berkuasa dalam UMNO sekarang?

5 comments:

ALahaI sI LunCAi on May 9, 2011 6:47 AM said...

TUN M BILA BILA PUN BERCAKAP UNTUK MEMPERTAHANKAN UMNO. SENAHAGIAN DARIPADA KAEDAH MEMPERTAHANKAN UMNO IALAH DENGAN MENYINGKIRKAN PEMIMPIN YANG MEROSAKKAN PARTI.

KALAU NAK TUNGGU MEREKA TURUN, TOBATLAH...

ajai62 on May 9, 2011 7:53 AM said...

Assalam Bro

Bukan sikit Bro mereka-mereka yang macam tu dalam UMNO sekarang. Yang paling saya bengang masih ada lagi proxy Anwar dalam UMNO tu. Tak payah fikir jauh-jauhlah. Sekarang ni bila cina kutuk melayu sikit sangat pemimpin UMNO yang bersuara. Takutkah atau dah dibeli. Langsung tak mempertahankan orang Melayu. Rasanya betulah apa TUN M cakap, mungkin semua atau sebahagian dah terpalit rasuah atau dah banyak salah guna kuasa berlaku... Tendang aje pemimpin Melayu yang dah layu tu...

Anonymous said...

Hampa niiii... bila TDM cakap semua betol. Kes bergaduh dalam niiii... zaman TDM lagi teruk.

Kelantan jatuh terlungkup semasa Datuk Mohamad Yaacob jadi MB tuuuu... zaman dia laaa... satu Kelantan jatuh, sampai satu Bahgian dan DUN pun dia tak dapat selesai, sedangkan masa tu TDM sendiri yang jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan. Bila satu negeri Kelantan jatuh ka tangan PAS, orang blim dia, dia marah.

La ni, bila masaalah dalaman UMNO tak selesai dia tegur sikit hampa kata buruk baik kapada kepimpinan UMNO, rasuahlah dan takut nak bela Melayu Islam, segala macam lagi. Memang betul. Tapi, nak uat macam manaaaaa.....????, bergaduh dalaman UMNO niiii... bukan macam bergaduh rumahtangga, sikit-sikit gaduh boleh rujuk Tok Qadzi.

Ini bergaduh dalam UMNO dah mula jadi dari zaman Datuk Onn Jaffar lagi. Tapi zaman tuuuu... bergaduh masaalah dasar perjuangan, dasar Datuk Onn nak masukkan bangsa lain dalam UMNO, Datuk Onn keluar parti. Lebih kuranglah, zaman TDM marah Pak Lah, dia pun keluarparti juga.

La ni, bergaduh dalam UMNO bukan sangat masaalah dasar perjuangan, tai masaalah peribadi, masaalah tak dapat perojek, masaalah bekas calun PRU kalah nak bertanding lagi.Aaaaaaaa..... banyaklah masaalah yang tak laghat nak sebut dalam tulisan.

Jadi, punca-puncanya terlalu rumit nak diselesaikan. Jika nak tegur jeeee... dah tak jadi lagi daaahh... Tok Wan TDM tegur pun tak boleh lagi daaahhh... Yang boleh Presiden UMNO jeeee...

Presiden, bukan setakat tegur lagi. Hukum terus, lagi baik. Mana-mana Bahgian yang suka bergaduh tuuuu... hukum terus, GANTUNG jeee... Bahgian tuuuu... Atau, sapa Ketua Bahgian yang suka atau sengaja ujudkan pergaduhan dalam Bahgian, LETAK TEPI. Jika dia buat hal dalam PRU, ada bukti, PECAT dari ahli parti. Jangan ambil kembali jika ada rayuan. Yang jadi masaalahnya, bila ada rayuan diambil balik, konon takut nanti Ketua Bahgian tuuu... tak sokong pemimpin dalam pemilihan MT. Inilah penyakit kenser yang tak dapat nak dibuang daripada badan parti.

Penyakit dalaman iniiii... Anwar Ibrahim tahu sangat. Untuk nak kacau UMNO jadi teruk bergaduh, senag jeee... dia hantar orang pi jumpa (SEMUA TU BEKAS ORANG KUAT DIA), taboq duit, calun di Bahgian tuu....gerenti kalah dalam PRU.

Penyakit macam ni TDM nak tolong...!!!?????. Lebih baik TDM dok diam, bagi dia cakap pasai-pasai lain yang globel. Keh keghoneh-keghoneh bergaduh dalam Bahgian TDM serah kapada DSNTR. DSNTR pulak kena tegas. Jangan main-main lagi, walau kawan baik dia TAROK jeeee... Jika DSNTR tidak tegas, hancur lagi. Peghasan-peghasan, KEDAH PUN TAK LEH AMBIK BALIK PRU13 niiii...

Nantiiii.... kita cakap bagi clear lagi PENYAKIT BAGHAH DI BAHGIAN UMNO kehadapan ini.

Anonymous said...

Marhein didalam UMNO telah bersuara tetapi bila G7 yang pergi ke perhimpunan UMNO di PWTC dan menjadi wakil bahgian pilih hanya lah berdasarkan wang dan bukan nya suara ahli UMNO kebanyakkan nya dan ini terbukti ketika pemilihan KP UMNO, pencalonan dari bahgian tidak mencerminkan undi sebenar di perhimpunan. Jadi ahli ahli akar umbi perlu cari wakil wakil yang benar benar jujur untuk membersihkan parti UMNO supaya kehendak akar umbi menjadi kenyataan.

cucuwanmilah said...

Presiden.. saya tak pandai mana pun,apatah lagi nak ukur pengalaman dalam politik,tapi kalau suruh saya runner pii sini pii sana insyaallah boleh.Satu perkara saja yang saya nak beritahu, pastikan calon2 yang dibawa masuk utk bertanding semua menampilkan muka2 baru,yang fresh dan bersih.Tak kira lah dari dalam parti ker,dari ngo ker,dari kacamata penduduk setempat ke dan bekas penjawat awam.Jangan duk pandang sangat pemimpin2 lama ni.. zaman dah berubah,kalau nak juga pemimpin lama ni,minta dia jadi penasihat sudah.. kalau tak masih macam tu juga lah UMNO dulu,kini dan selamanya.Org dah benci,takkan Dato Presiden tak boleh baca dan nampak.

Kita acap kali membicarakan soal lobi calon, kempen mulut depan belakang orang ni boleh, orang tu boleh..tapi sampai bila pun tak sudah.Tak semestinya muka baru itu tak bagus dan mengekalkan muka-muka lama jalan yang bijak.

kemenangan yang penting sekarang ini.Cuba lihat barisan pertahanan dan pejuang2 DAP.. Tak payah pergi jauhlah cara kita berkempen dan approach UMNO sendiri dah cukup utk kita nilai.. macam berita utama RTM vs TV3.Perubahan itu perlu.. memang perlu.. kalau nak dengar lah.. sebagai penyokong UMNO dan BN inilah pendapat saya..kalau salah abang2 dapat tegur saya ya.Saya nak menonton movie baru lepas download "Company Men" wassalam.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template