Tuesday, May 3, 2011

BILA PERMINTAAN WANITA UMNO KENA REJECT MENTAH-MENTAH!!!

Kalau bab bercakap, pemimpin UMNO memang hebat. Pendek kata, belum buka mulut, dah keluar suara dah. Tapi kalau bab kerja, semuanya akan saling tolak menolak kepada orang lain kecuali kalau kerja tu ada peruntukan. Kalau memang tahu, kerja yang bakal dibuat ada peruntukan, ramailah pemimpin UMNO yang akan tunjuk muka sambil mengaku itu ini. Malah ada yang tak kenal sesiapa pun, akan sibuk bagitahu, si polan orang kita, si anu di bawah kami.

Wanita UMNO merupakan tulang belakang UMNO. Tanpa kerja-kerja Wanita UMNO, rasa-rasanya sudah lama UMNO ghuyub dalam buku teks dan muzium yang kurang menarik perhatian pengunjung. Malah nama UMNO pun mungkin akan disalah tafsir sebagai sebuah persatuan kelas masak-memasak atau kelas bimbingan untuk buta huruf!

Dalam mana-mana pilihanraya pun, sama ada pilihanraya kecil, umum mahupun negeri, Wanita UMNOlah yang akan bergerak ke sana ke mari dengan ligat sampaikan ada Wanita UMNO yang terlalu teruja berkempen di rumah pengundi sedangkan lakinya pula sedang sibuk berkempen dengan gundek baru!

Wanita UMNO juga yang angkat kain sampai ke paras lutut meranduk banjir untuk bagi bantuan. Wanita UMNO yang masuk ke kawasan-kawasan pedalaman mengajak para pengundi keluar mengundi dan memilih UMNO atau Barisan Nasional. Wanita UMNO yang ligat dengan Gelombang Merah sehinggakan ada Muslimat dan Nisa' PAS yang terpaksa menyamar sebagai Wanita UMNO untuk turut berkempen bagi parti mereka.

Pendek kata, Wanita UMNO memang kuat bekerja. Kalau diharapkan kepada Pemuda UMNO, jawabnya, calon UMNO-BN boleh makan tayar atau minyak hitam motor atau kereta mewah sahajalah. Pemuda UMNO hanya gemar dengan aktiviti futsal, berarak dengan motosikal dan kereta berjenama mewah, berpakaian serba hitam dan bercakap tung-tang-tung-tang, macam anak Red Indian baru belajar pakai spender!

Dengan segala macam Unit di bawah Pergerakan Pemuda UMNO, Pemuda UMNO tetap lembik, lesu, telur labuh sampai ke tumit dan otak beku bagaikan ketul batu disimpan dalam peti sejuk. Terlalu banyak retorik dan para pemimpin Pemuda UMNO yang cuba menyaingi atau paling tidak pun kelihatan bergaya seperti Ketua mereka, menjadikan Pemuda UMNO tidak ubah seperti budak pemalas yang sangat manja dengan bulu ketiak mak bapak. Yang mereka tahu dan mampu lakukan ialah mendesak Perdana Menteri agar melantik Ketua Pemuda UMNO ke jawatan Menteri!!!

Berbeza pula dengan Wanita UMNO yang tetap bekerja keras sekalipun peruntukan untuk mereka di dalam UMNO dan kerajaan bukan sahaja disekat oleh Pemuda UMNO, bahkan oleh bekas pemimpin Wanita UMNO sendiri!

Permintaan Wanita UMNO agar kuota untuk mereka bertanding dalam pilihanraya, dipandang enteng. Tetapi apabila datang waktu kerja, Wanita UMNOlah yang akan dikerah bagaikan lembu pawah sedangkan sayap-sayap yang lain berlagak dengan sembang besar mereka.

Dalam keadaan sekarang, Wanita UMNO dilihat lebih berkelayakan mengambil tempat Pemuda UMNO sepenuhnya. Pemuda UMNO eloklah disejukbekukan atau dilupuskan terus kerana tidak mendatangkan sebarang fungsi pun, kecuali sebagai tempat biawak-biawak mengumpulkan bangkai. Kuota calon pilihanraya seharusnya dilebihkan Wanita berbanding Pemuda kerana sudah terbukti, Wanita SAHAJALAH yang bekerja lebih kuat berbanding Pemuda. Sekalipun Unit-Unit di dalam Pergerakan Wanita tidaklah sehebat Unit-Unit di dalam Pergerakan Pemuda UMNO seperti Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO yang SANGAT SUPERB itu, namun kerja keras mereka tanpa banyak songel dan banyak kerenah telah membuktikan, mereka jauh lebih efisien dan memang tahu buat kerja untuk memenangkan UMNO, bukannya memenangkan kocek sendiri sambil bersikap, 'Pergi mampuslah sama orang lain, janji aku kaya!'

Justeru, penolakan permintaan Pergerakan Wanita UMNO agar diberikan kuota yang lebih, seharusnya diulangkaji semula dengan sebaik-baiknya. Dengan suasana sekarang yang lebih kondusif, Pergerakan Wanita UMNO dilihat sebagai calon yang jauh lebih layak berbanding calon-calon yang diperkenalkan oleh Pemuda UMNO!

2 comments:

Anonymous said...

SETUJU BENARLAH TU, DAN APA YANG DITUNTUT ADALAH MUNASABAH DAN IANYA MERUPAKAN GANJARAN KEDIDIHAN MEREKA SEJAK MERDEKA LAGI DULU. JADI DATUK NAJIB KENA FIKIR DAN ANALISA SECARA TERPERINCI DAN MEMBERI PERTIMBANGAN YANG ADIL

parang terbang on May 3, 2011 11:23 PM said...

ganti je seorang wakil puteri umno ke pemuda umno...

orang sibuk2 kempen dia terjun...

apa punya bodo...

ingat pak mertua dia ke duduk tgkt 4 tu?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template