Sunday, May 8, 2011

BUKTIKAN WAHAI PAS!!! JANGAN ASYIK JADI PELACUR UNTUK DAP!!!

PAS berikrar untuk mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Itu tak ada masalahlah... sememangnya itu adalah tugas PAS sebagai salah sebuah entiti politik negara. PAS berjanji untuk bersama-sama Pakatan Rakyat mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan... juga tiada masalah kerana tiada sesiapa pun yang boleh menukar agama rasmi di negara ini kecuali setelah mendapat kuasa dua pertiga majoriti di Parlimen dan berjaya mengubah Perlembagaan selain berjaya mendapatkan perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong.

Sikap PAS yang sangat berpegang kepada perjanjian selepas mereka sendiri menjadi pemungkir ketika berada dalam Barisan Nasional dahulu, juga dipuji dan tidak ada cacat celanya. Perbuatan mungkir dan menikam belakang seperti yang PAS amalkan sewaktu menjadi komponen singkat Barisan Nasional dahulu, menyebabkan mereka sangat sedar kerugian yang bakal ditanggung oleh PAS bukan kecik anak.

Yang menjadi persoalan ialah, mampukah PAS bertahan dengan apa yang dijanjikannya? Umum mengetahui, sikap dan pandangan para pemimpin PAS kerapkali berubah-ubah seperti awan di langit. PAS tidak pernah mempunyai pendirian yang tetap walaupun pada dasarnya perlembagaan parti tersebut adalah menjunjung Islam, al Quran dan sunnah.

Salah satu daripada sikap pembongok dalam PAS yang ketara benar baghalnya ialah sikap membuta tuli mereka menyokong para pemimpin DAP hanya kerana pemimpin DAP adalah rakan sekutu mereka dalam pakatan haram, Pakatan Rakyat. Namun apabila para pemimpin PAS dibelasah, para pemimpin DAP memilih untuk jadi pemerhati.

Perjuangan 'takut orang DAP benci Islam' jauh lebih besar berbanding perjuangan untuk terus menghidupkan kelompok Islam. Ketika kelompok Islam dicaci dinista kerana tidak menyertai PAS dan perjuangannya, kelompok DAP yang hanya pegang bendera PAS dan memuji-muji PAS disanjung setinggi-tingginya.

Lebih menghairankan, apabila penafian atas tuduhan yang dilakukan oleh PAS dilakukan oleh UMNO, beriya-iya pula PAS mengatakan UMNO berbohong. Tetapi apabila penafian dilakukan oleh para pemimpin DAP terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada mereka, PAS segera menanggapi tuduhan tersebut sebagai fitnah...

Semuanya kerana DAP adalah rakan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat!

Justeru apabila DAP berikrar akan mempertahankan Perlembagaan dan PAS pula turut serta dalam ikrar tersebut, buktikanlah. Buktikan bahawa tiada langsung unsur-unsur atau elemen-elemen pendakwahan Kristianisasi sama ada menerusi tulisan, kalimah, nama khas dan sebagainya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan. Jangan ambil perkara umum sahaja, sedangkan pada masa yang sama, PAS menyokong pula kalimah ALLAH untuk semua agama dan penyamarataan agama di Malaysia menerusi sistem pluralisasi.

Tak perlulah menyalahkan UMNO kerana umat Islam di Malaysia tidak kuat. Berdasarkan kepada tugas selaku pemerintah, UMNO telah pun menjalankan tugasnya menyediakan prasaran dan kemudahan pendidikan. Yang menjadi masalah ialah, bilamana penyokong PAS di dalam prasarana dan kemudahan pendidikan itu, seringkali memasukkan unsur-unsur memilih parti politik sebagai elemen utama beragama.

Kebencian terhadap parti politik, mengatasi kebencian dan kejijikan terhadap kemusyrikan... bukankah itu yang menyebabkan kelemahan ummat? Bukankah itu yang Allah Taala peringatkan tentang golongan musyrik yang sentiasa berusaha memusuhi agama Allah Taala meskipun sekadar memuji seorang pembesar daripada sebuah parti yang berjenama Islam.

Hanya kerana wujudnya istilah Zimmi dan perintah Allah Taala agar umat Islam beradab apabila berurusan dengan kaum berkenaan, tidak bermakna semuanya bukan Harbi. Walaupun adab Islam ialah tidak mengganggu urusan keduniaan, ibadat dan harta benda kaum Zimmi, tetapi tidak bermakna, segala-galanya akan terus kekal, terutama apabila wujudnya cubaan untuk membunuh perdamaian yang sedia ada daripada tingkah laku kaum Harbi seperti yang sedang dilakukan oleh DAP!!!

PAS wajar membuktikan peranan mereka, bukannya sekadar bersilat lidah dan cuma mahir membelit serban tetapi hasil kerja, KOSONG!!!

3 comments:

janice bulu panjang said...

tonton bukit kepong arahan jins samsudin... sama macam apa yg berlaku pada PAS + DAP.

Anonymous said...

pas memang juara cakap,juara janji,cakap pasal hukum, pasal hadis memang no wahid... tapi setakat itu jer lah.sampai aku tak nampak apa sebenar nya kebaikan yg di bawak oleh pas ni..selain mengondem dan perasan diri lebih alim dari org lain.dasar HAMPAS!!

Anonymous said...

PAS DAH TAK RELEVAN. CAKAP BERDEGAR2 TAPI MENIKUS BILA KENA SOUND OLEH DAP DAN PKR.
BUAT MALU JE..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template