Guan Eng dah nafi. Jeff Ooi pun turut membuat penafian dengan wajah pucat dan suara terketar-ketar. DAP kononnya, akan mempertahankan perlembagaan dan berpegang bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Dan DAP juga khabarnya menafikan bahawa parti mereka adalah parti mubaligh.Awas!
DAP yang semua tahu sangat licik mencipta alasan dan peristiwa, sedang mencuba sesuatu yang sangat merbahaya. Melaga-lagakan dan melarikan sokongan kaum Bumiputera-Khatolik khususnya dari Sabah dan Sarawak kepada mereka, dapat dilihat pada berita DAP ingin mengkatholikkan negara ini.
Selama ini, Bumiputera-Katholik yang merupakan majoriti penduduk Sabah dan Sarawak merupakan penyokong dan pengundi tegar UMNO-BN. DAP melihat peluang untuk merampas sokongan tersebut terutama apabila mereka gagal bekerjasama dengan SNAP yang sudah pun mengisytiharkan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
Para pemimpin DAP itu cuba menggambarkan bahawa sokongan Katholik adalah sepenuhnya kepada mereka, terutama dalam kejayaan mereka menawan 12 kerusi di Sarawak pada PRN baru-baru ini. Hakikatnya, berita itu tidak benar. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh DAP seperti isu Al-Kitab berbahasa Melayu, kalimah ALLAH dan sebagainya yang bersangkutan dengan kebebasan beragama, sebenarnya kurang mendapat sokongan daripada kaum Bumiputera-Katholik sendiri.
DAP terus memasang perangkap dan lukah. 13 Mei 1969, mereka gagal ketika menggunakan isu Melayu-Cina. Kini mereka mengalihkan isu kepada Katholik-Islam. Selama 53 tahun, umat Malaysia hidup rukun damai biarpun berbilang agama, bangsa dan bahasa, jangan sampai kerana isu Katholik yang cuba dicetuskan oleh DAP, negara ini akan menjadi seperti Indonesia yang sehingga kini gagal dibangunkan selepas pernah menjadi Harimau Asia suatu ketika dahulu akibat perbalahan antara kaum dan agama.
Yang sangat pasti ialah, DAP sudah pun membuktikan keserakahan mereka menerusi perbuatan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang hanya mementingkan Cina, sebaliknya bertindak kejam terhadap Bumiputera dan kaum India selepas berjanji bulan dan bintang. Di Sarawak pula, dalam kabinet bayangan mereka, nama Bumiputera-Islam dan Bumiputera-Bukan Islam sekadar pelengkap, sedangkan nama Cina-Cina DAP menguasai segala-galanya.
Mereka gunakan isu Katholik, tetapi setelah berjaya, mereka akan mengenepikan kaum Bumiputera biarpun Bumiputera berkenaan seagama dengan para pemimpin DAP!!!


0 comments:
Post a Comment