Saturday, May 14, 2011

GUAN ENG TAK MAHU DAP DISOALSIASAT!!!

Bersungguh-sungguh Guan Eng mahu KDN bertindak terhadap Utusan Malaysia. Katanya kalau KDN tidak bertindak terhadap Utusan, kerajaan sebenarnya merestui laporan yang dibuat oleh akhbar itu dan berat sebelah.

Yang Guan Eng tak sebutkan pula ialah, kalau kerajaan tidak bertindak dengan lebih teliti, terutama sekali menyeret mereka yang terlibat dalam kes ini, terutama sekali pastor-pastor dan Jeff Ooi ke muka pengadilan, kerajaan jauh lebih berat sebelah kerana tidak bertindak untuk kepentingan rakyat, sebaliknya memilih untuk menjadi takut kepada DAP.

Guan Eng sebenarnya sekadar mengulangi taktik yang digunakan untuk menekan SPRM agar mengaku yang agensi itulah pembunuh Teoh Beng Hock. Guan Eng tidak mahu rahsia besar DAP terbongkar. Seperti dia melarikan diri setelah diprovokasi oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang apabila ditanya mengapa bina jalan alternatif berharga RM5 juta, walhal jumlah tersebut boleh diselamatkan apabila Guan Eng menepati manifesto pilihanrayanya untuk menghapuskan tol Sg.Nyior, itulah yang dilakukan oleh Guan Eng dalam hal ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sangat kuat berbohong dan pandai berputar belit itu, sebenarnya tahu, sekiranya pihak berkuasa benar-benar bertindak atas lunas undang-undang, DAP akan menjadi sebuah organisasi haram dan pemimpin serta ahli-ahlinya akan diburu seperti pengganas komunis pada zaman darurat dahulu. Peluang DAP untuk merampas negara ini menerusi jalan pilihanraya akan hancur berkecai....

Mujur sangatlah kerajaan yang ada sekarang, sangat lemah-lembut dan sentiasa mengambil kira kepentingan DAP!!!

Mungkin sekiranya Menteri Dalam Negerinya adalah orang lain, DAP dan Guan Eng sekarang, mungkin terpaksa masuk dalam hutan dan berparlimen di banir pokok sambil menepis nyamuk dan agas seperti Chin Peng, si pembunuh ratusan ribu rakyat Tanah Melayu sepanjang dia menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang cuba menjajah negara ini bagi pihak Komunis China!!!

6 comments:

fakrul jumud said...

nasib dia baik sebab menteri KDN telur separuh masak... kalau tidak hahahaha ISA dah..

Anonymous said...

Harap polis akan >>>
1. siasat adaun yang di buat oleh semua pihak.

2. Ambil tindakan terhadap mereka2 yang bersalah.

Anonymous said...

Siasat segera lapuran Polis yang dibuat oleh penduduk Pulau Pinang fasal tanah orang India yang diambil buat pembangunan. Mesti DAP ada hun....

ANTI DAP said...

KAN AKU DAH KATA, ASAL ADA JE ISU2 SENSITIF YG TIMBUL DI NEGARA INI,
MESTI ADA KAITAN DGN DAP.
DARI DULU SAMPAI SKRG CAMTU LA JUGAK.
TAKKAN TAK FAHAM2 LAGI?

sb pencen said...

hisyammmm ... apa kau buat?aku buh penyepak baru tau.

Anonymous said...

Bukan setakat telor separuh masak, tetapi memang tidak ada telor SI Menteri KDN

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template