Drama dan skrip DAP untuk melarikan diri daripada bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock, nampaknya semakin terbuka dan terdedah. Setelah bermacam-macam perkara yang dilakukan oleh DAP, siasatan Suruhanjaya Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock nampaknya semakin hampir untuk merumuskan punca kematian Teoh Beng Hock adalah DAP dan para pemimpinnya, khususnya Ean Yong Hian Wah, majikan Teoh Beng Hock sendiri. Dua orang pakar psikiatris telah memberikan keterangan dan menjelaskan bagaimana Teoh Beng Hock begitu tertekan selepas dipanggil memberi keterangan kepada SPRM. Dia lebih tertekan apabila komputer ribanya turut terpaksa diserahkan kepada SPRM. Akibat tekanan teruk yang dialaminya bagi melindungi majikan dan para pemimpin DAPnya yang lain, Teoh Beng Hock membuat 37 panggilan kepada Ean Yong dan Mandy Ooi, kawan Ean Yong.
Keterangan yang diberikan oleh saksi sebelum ini, mengesahkan mengapa Teoh Beng Hock mempunyai motif untuk membunuh diri. Begitu juga dengan penyalahgunaan permit dan lesen bumiputera yang dilakukan oleh kroni Ean Yong bagi mendapatkan projek dan tender Kerajaan Negeri Selangor.
Dari awal kematian Teoh Beng Hock lagi, DAP cuba meletakkan segala kesalahan kepada SPRM. DAP mahu umum melihat bahawa SPRM adalah pembunuh Teoh Beng Hock. Ahli keluarga Teoh Beng Hock yang merupakan penyokong tegar juga diyakinkan bahawa Teoh Beng Hock mati kerana disoalsiasat.
Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh DAP Selangor membabitkan Ean Yong serta beberapa pemimpin kanan DAP Selangor yang lain, begitu meresahkan. Tatkala DAP cuba menggambarkan mereka adalah sebuah parti yang bersih dan penuh ketelusan, ternyata parti tersebut hanyalah sekumpulan manusia dari kongsi gelap yang tidak mahu diburu oleh polis sebaliknya mahu berkuasa menerusi jalan politik. Dan biarpun mereka sudah berubah pakaian, tetapi perangai dan hati mereka tetapi bercirikan ahli kongsi gelap.
Sama seperti Anwar Ibrahim yang menggunakan pelbagai helah dan drama untuk menyelamatkan kemaluannya setelah melakukan persundalan, DAP juga terpaksa mencipta banyak senario dan babak-babak yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia melupakan tentang penyelewengan yang mereka lakukan.
Pastinya, DAP sedang memikirkan taktik seterusnya agar kes kematian Teoh Beng Hock tidak dikaitkan dengan penyelewengan serta rasuah yang mereka lakukan. Dan yang pastinya juga, seluruh rakyat Malaysia akan menerima bahang natijah akibat angkara DAP yang cuba menutup tembelang.
Sesuatu yang menarik ialah BERNAMA melaporkan tentang kemungkinan besar Teoh Beng Hock membunuh diri adalah tinggi berdasarkan keterangan dua orang psikiatris, manakala PORTAL BERITA PENCACAI DAP pula membuat laporan sebaliknya berdasarkan laporan yang diberikan oleh seorang pakar luar negara yang motifnya mudah diteka.


2 comments:
TAK PERLU FIKIR SECARA MENDALAM,
KALAU FIKIR IKUT LOGIK JE, BILA TBH MATI, SAPE UNTUNG?
SUDAH TENTU DAP.
ITU PUN TAK BOLEH FIKIR KE?
JGN PERCAYA SIKITPUN KAT DAP!
kimak depa la DAP anwar sundal
Post a Comment