Cara terbaik untuk mewujudkan bukti dalam kemelut PENGHAPUSAN KONTRAKTOR PEMBERSIHAN di Ampang adalah dengan membanyakkan kes-kes pembuangan sampah haram. Jadi, apabila terdapat banyak sampah haram, maka berkokoklah Cina-Cina DAP bahawa kontraktor Melayu-Bumiputera tak pandai buat kerja. Alam Flora Sdn. Bhd yang pegangan majoritinya adalah Melayu, perlu ditamatkan kontrak. Kontrak pembersihan perlu dikembalikan kepada PBT dan PBT kena buat kerja yang tidak akan mampu mereka buat melainkan terpaksa mengambil kontraktor lain.
DAP tak berani berterus-terang yang kontraktor Kelas F sudah dimansuhkan di Selangor sepertimana mereka cuba memansuhkan 1Malaysia. Jadi, cara terbaik adalah dengan menyerahkan semua kerja kepada dalang yang berada di sebalik projek penghapusan kontraktor Melayu dengan menggunakan lesen dan permit Melayu.
MPAJ dan Kelang mencatatkan jumlah sampah haram dan sampah pembinaan haram yang cukup banyak. Memandangkan penguatkuasaan yang lemah dan berpilih-pilih, maka sudah boleh diagak, apa corak sebenar permainan yang mengikut skrip peringkat atasan di PBT dan kerajaan negeri.
DAP melihat kontrak pembersihan sebagai satu peluang besar untuk diraih. Pendapatan dan komisyen 20%-25% daripada kontrak tersebut, sepertimana yang dilakukan oleh Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan, menyebabkan mereka perlu membunuh Melayu seberapa ramai yang boleh.
Untuk bersikap gentleman dengan mempersoalkan hak keistimewaan bawah RM50 ribu kontraktor Bumiputera, DAP tidak sanggup berhadapan dengan kehilangan sokongan Melayu menerusi PKR dan PAS. Jadi, cara terbaik adalah dengan melambakkan sampah haram sebanyak-banyaknya dan sekerap-kerapnya di kawasan-kawasan strategik!
Isu kecil yang biasanya terlepas pandang. Seperti juga isu penyelewengan RM1000-RM5000 seperti yang dilakukan oleh DAP di DUN Seri Kembangan, Serdang dan Kajang. DAP sudah berjaya menyonglap segala peruntukan untuk kontraktor Bumiputera dengan cara yang paling mudah dan mereka kini sudah tahu lubang-lubang dan lohong-lohong pada undang-undang yang boleh mereka tembusi.
Kini langkah seterusnya akan diatur... menghapuskan syarikat-syarikat korporat yang teras perniagaan mereka adalah di Selangor dan Pulau Pinang!


1 comments:
Salam tuan,
Jangan berlebih-lebih sangat mengata DAP, nanti PAS marah...
Post a Comment