Sememangnya amat ganjil apabila Presiden PAS berkata, PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak mahu bersubahat dalam tolong-menolong untuk melakukan kezaliman, penindasan dan menegakkan keadilan. Lebih ganjil apabila Presiden PAS itu berkata, PAS di dalam Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh UMNO-BN. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang itu adalah sebagai mengulas pelawaan Najib Abdul Razak agar PAS menyertai Barisan Nasional atau keluar dari Pakatan Rakyat.
Walau seretorik mana pun mana-mana pemimpin PAS bercakap tentang kebaikan PAS berada di sisi PKR dan DAP, rakyat sebenarnya dapat melihat bagaimana PAS hilang mulut dan hilang suara terutama terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan DAP, PKR dan PAS sendiri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Bagaimana yang dikatakan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan jikalau PAS membuta tuli membela Anwar Ibrahim tanpa sedikit pun memberi peluang kepada orang yang menuduh Anwar melakukan kezaliman? Sedangkan Islam pula mengajar, pembelaan perlu dilakukan setelah pendapat kedua-dua pihak didengar berserta bukti. Bukti yang menyatakan Anwar adalah seorang penzalim dan seorang yang cenderung kepada perbuatan jahat telah pun wujud sejak dia masih berada dalam Kabinet lagi, dan keputusan mahkamah yang menegaskan bahawa dia memang terlibat dalam kegiatan homoseksual.
Begitu juga kekejaman dan kezaliman DAP di Pulau Pinang yang langsung tidak bertolak ansur dengan orang Melayu sungguhpun mereka mengatakan, DAP sekadar mengikut undang-undang. Undang-undang pada pendapat DAP ialah tiada tolak ansur kepada Melayu tetapi untuk masyarakat Cina, mereka bukan sahaja bertolak ansur malahan membenarkan perlanggaran semua undang-undang termasuklah undang-undang kecil penjaja.
Apa yang telah dilakukan oleh PAS untuk menentang kezaliman sepanjang berada di dalam Pakatan Rakyat? Sebaliknya ramai yang melihat, PAS hanyalah tidak ubah seperti pak badut yang disuruh menari dengan langkah zapin di hadapan orang ramai oleh DAP dan PKR.


3 comments:
Kita kena terima hakikat bahwa PAS adalah parti politik..dan Hj Hadi, Nik Aziz dll adalah ahli2 politik..
PAS sama je darjatnya ngan DAP, PKR, UMNO, dll yakni parti politik..
Disini..agama dibelakangkan, parti didepankan.
kononnya ds anwar telah difitnah dengan dahsyatnya olih puak-puak umno yang rakus mahu mengekalkan kuasa politik mereka. maka sebagai seorang yang difitnah selayaknya ds anwar memohon doa kepada allah dengan mendoakan pelakun yang menyamar sebagai dirinya itu dihukum dengan penuh azab olih allah. lakukanlah amalan sembahyang hajat dan bacaan yasin 40 jemaah selama 40 malam berturut-turut. jika ds anwar tidak mahu mendoakan penyamarnya itu sebagai penyokong setia pkr, pas, pencinta ds anwar mesti melakukannya amalan tersebut. semua masjid kawasan dun dan parlimen yang dikuasai olih pakatan rakyat hendaklah berusaha menyelamatkan ds anwar dengan kaedah itu. masjid melawati yang khabarnya kuat membela ds anwar amat disarankan mengamalkannya. anda mesti selamatkan ds anwar dengan kaedah ini sekiranya anda menyintai ds anwar. oh ya jangan lupa doakan juga agar allah munsahkan kebatilan semusnah-musnahnya bagi kes saiful vs ds anwar. iaitu sekiranya saiful berbohong maka mohonlah bala kepada saiful begitu juga sebaliknya. harap semua bloger penyokong bn menyebarkan saranan ini kepada blogger pakatan rakyat, kita akan lihat bagaimana mereka pusing. berikan saranan ini kepada ds anwar, kak wan, nurul, geng-geng amk yang mengamuk dalam masjid. kalau mahu tunjukan kepada rakyat usaha ini maka semua media mereka mesti siarkan. tapi kalau saranan ini tak mahu diamalkan dan semua nama yang disebutkan itu tak mahu amalkan juga kaedah ini maka, sepatah kata "lu fikir la sendiri ..."
malaysia tak lama nanti mungkin di tadbir oleh orang yang mirip mukanya dengan anwar, hati2 penyokong PKR mirip anwar mungkin agen UMNO, so penduduk permatang pauh hati2 bila pangkah anwar masa pilihanraya, mungkin ini cuma mirip anwar (agen UMNO)
Post a Comment