Monday, May 2, 2011

JADAH APA CHUA SOI LEK TAKUT SANGAT DENGAN NEGARA ISLAM?

Amaran daripada Chua Soi Lek agar PAS mengubah prinsip perjuangannya kalau nak masuk Barisan Nasional atau bakal menghadapi bantahan keras daripada MCA, tidak mengejutkan langsung, bahkan menggelikan tali perut.

Apakan tidak, Presiden yang gagal mengemudikan dan memperkasakan parti pimpinannya lebih sibukkan parti orang lain. Lebih sibuk dan lebih takut dengan DAP berbanding langsung tidak ada wakil dalam kabinet kerajaan pada PRU akan datang.

MCA tidak perlu sebenarnya mempersoalkan prinsip perjuangan PAS. Walau sehina mana sekalipun PAS pada pandangan MCA, PAS sebenarnya mempunyai lebih banyak kerusi di Dewan Rakyat berbanding MCA yang bergantung sepenuhnya kepada UMNO. Sedangkan PAS pula dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk kedua-dua parti tersebut menambah bilangan kerusi.

Sepatutnya Presiden MCA ini lebih memikirkan tentang untung nasib MCA pada PRU yang akan datang. MCA tidak langsung kelihatan akan memperolehi mana-mana kerusi kalau dilihat dan disandarkan kepada prestasi semasa. Sebaliknya MCA menerusi Presidennya yang pernah dikaitkan dengan DVD Porno pula lebih sibuk nak keluarkan suara, sekalipun suara yang dikeluarkan, langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang Presiden MCA, sebaliknya seperti seorang apek penjual terompah kayu yang bising memekak kerana orang lebih senang pakai selipar jepun berbanding terompah kayu berwarna merahnya.

Yang anehnya, dia lebih nampak PAS berbanding parti yang dipimpinnya sendiri... Jadah apa dia rampas jawatan Presiden daripada Ong Tee Kiat pun, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan dan tidak terjawab oleh Chua Soi Lek sendiri!!!

Semakin dia bercakap tentang Melayu-Islam, semakin MCA dilihat seperti parti chauvinist yang semakin menuju ke zaman kepupusan!!!!

1 comments:

Anonymous said...

PAS sebenarnya bagus..Cuma dipimpin olih orang2 yang cetek dalam politik.
Pengikut2 PAS tersangat lah terukkkk sekali..
Kalu bolih ubah sikap dan jadi rasional sikit,Insyaallah bolih berkawan dengan UMNO.
Orang UMNO pun keluarga juga..
Tak semua dalam satu rumah semuanya penganut PAS.mesti ada UMNO juga.
Tapi dalam rumah satu keluarga..sah tak ada DAP..
Lainlah kalau ada cina yg masuk Islam dan kawin dengan keluarga dia orang..mungkin tak akan terjadi sebab cina DAP semuanya anti ISLAM..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template