Tidak semena-mena Amerika Syarikat mengumumkan kematian Osama bin Laden, budak suruhan mereka sendiri ketika dateline semakin hampir untuk Amerika mengundurkan keseluruhan tenteranya dari Pakistan dan Afghanistan. Kononnya, Osama bin Laden telah berjaya dibunuh dalam satu serangan yang hebat. Dan bagi meyakinkan masyarakat dunia tentang kematian Bin Laden, maka gambar mayatnya disiarkan yang ternyata merupakan gambar Photoshop edited sepenuhnya.Bagi yang mengharapkan Osama bin Laden adalah Messiah umat, pastinya berasa sayu kerana seorang lagi pejuang Islam berjaya dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan dan tidak hanya membaca Harakah, Harakah Daily, Suara Keadilan, mahupun Rocket dan menonton segala macam sumber audio visual yang lain, pasti akan mengetahui bagaimana Bin Laden sebenarnya telah dididik, dibela, dibantu dan dilatih untuk menjahanamkan negara dan umat Islam.
Dengan bermodalkan nama Bin Laden, Amerika Syarikat telah menjahanamkan Iraq, Sudan, Yaman, dan segala macam negara di Asia Tengah serta Timur Tengah. Atau lebih tepat lagi di negara-negara yang menjadi telaga minyak dunia mahupun negara-negara yang merupakan laluan minyak utama menerusi paip.
Nama Bin Laden juga digunakan untuk mewujudkan suasana kekacauan yang menyaksikan Mesir tumbang, pemerintahan di beberapa buah negara Arab yang lain diganggu dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan besar-besaran sehingga menimbulkan kacau bilau yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.
Umat Islam sentiasa disibukkan dengan cerita ganas sesama sendiri. Anehnya, Kerajaan Malaysia juga turut terpukau dengan skrip pementasan Amerika yang menyifatkan kematian Osama bin Laden akan membawa keamanan kepada dunia. Sedangkan semua orang tahu bahawa yang menjadi pengganas adalah Amerika Syarikat dan Zionis yang berlindung di belakang pentadbiran Rumah Putih.
Cerita bodoh Amerika Syarikat yang kononnya jenazah Bin Laden disemadikan di laut dalam upacara Islam, turut diterima pakai. Apa perlu jenazah Bin Laden 'dilupuskan' di Laut Arab kecuali Amerika Syarikat sebenarnya sedang berusaha mengubah identiti diri kepada anak didik mereka dan pengkhianat umat Islam itu?
Justeru, tidak sepatutnya ada perasaan sayu dan bangga terhadap 'kematian' Osama bin Laden yang sepatutnya sudah lama mati dengan penyakit kanser tahap empat yang dikatakan dihidapi oleh ketua al Qaeda itu sebelum Amerika menghilangkan cerita kanser tersebut untuk melakukan serangan terhadap Pakistan bagi memudahkan mereka mengawal sepenuhnya laluan paip minyak dari Asia Tengah ke Laut Merah dan Lautan Hindi.


2 comments:
Osama penghancur umat Islam
hahah..setuju. Yang pasti sekarang ni Obama dapat sokongan mendadak dari rakyat Amerika. Org Islam masih berpecah belah.
Post a Comment