Apa yang dilakukan oleh Jeff Oii dan pastor-pastor berkenaan bolehlah dibaca di MY ANGER dan BIGDOGDOTCOM.
Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sejauh manakah perkara ini akan menimbulkan kesan kepada negara? Persoalan agama telah menyebabkan banyak negara mengalami kehancuran. Sebagai contoh, Indonesia yang sangat terkenal dengan liberal dan terbukanya, sehinggakan pihak berkuasa agama di Indonesia telah 'meringankan' hukum perkahwinan yang mendasarkan kepada umat Islam dibenarkan berkahwin dengan golongan ahli kitab, juga hancur lebur ekoran persengketaan antara umat Islam dengan Kristian. Itu belum lagi persengketaan antara golongan Ahmadiyyah dan Nahdatul Ulama. Belum lagi cerita tentang persengketaan antara Salafi dan Batiniyyah. Belum lagi cerita tentang wanita dibenarkan berkahwin empat!




DAP dalam hal ini telah berjaya mencapai beberapa matlamat. Kegagalan REVOLUSI 13 MEI 1969 dengan menggunakan isu bangsa Cina di Malaysia, mendorong DAP mencari jalan lain bagi memperolehi kuasa. Dan memandangkan isu bangsa, agak kurang manis, maka isu agama digunakan. Apatah lagi, sebahagian besar daripada Bumiputera di Sabah dan Sarawak adalah penganut Katholik. Apa yang perlu dilakukan oleh DAP ialah 'menangkap' dan 'memerangkap' satu kumpulan Islam yang kelihatan kuat dan berpengaruh untuk bekerjasama bagi pihak mereka.
Dan mereka telah berjaya apabila PAS pada tahun 2008 menyatakan secara rasmi pertalian serta hubungan setiakawan yang tidak berbelah bahagi kepada DAP dan misi mereka mengkatholikkan seluruh Malaysia. Sedangkan para pemimpin PAS sebelum 2008, agak berhati-hati dalam menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan DAP sekalipun sudah ada pakatan gelap antara PAS dan DAP semenjak dari zaman Datuk Asri Muda (Tan Sri, Allahyarham) menjadi Presiden PAS lagi.
Menjuarai isu Katholik dan bertindak sebagai pejuang Katholik, membuatkan DAP kelihatan seperti Super-Hero yang diutuskan oleh Saul atau St.Paul ke bumi. Itulah yang mendorong DAP mempergunakan isu Al-Kitab dalam Bahasa Melayu dan memulakan kempen, Undi BN bererti menentang Jesus Christ terutama ketika kempen pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas!

Ketiadaan tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk mencantas benih-benih permusuhan dan persengketaan seperti yang berlaku di Indonesia, menyebabkan DAP menerusi pemimpin-pemimpin mereka seperti Jeff Ooi, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Wong Ho Leng dan sebagainya, terus berleluasa. Semuanya kerana KDN terlalu GENTAR dan PENAKUT untuk bertindak serta mencegah kemudaratan.
Menteri terbabit ternyata lebih mementingkan undi popular dan bimbang kehilangan sokongan kaum Cina Katholik yang tidak akan sesekali menyerahkan undi mereka kepada UMNO-BN sekalipun Menteri terbabit berjaya membawa Jesus Christ di hadapan Jeff Ooi dan Lim Guan Eng!!!
Perlu diingat, antara kejayaan besar UMNO ialah memastikan pentadbiran negara berada di tangan umat Islam. Sebabnya, kalau berdasarkan demokrasi dan komposisi penduduk, umat Islam di negara ini adalah golongan minoriti semenjak dari zaman awal kemerdekaan lagi. Selama 53 tahun UMNO berjaya mengekalkan penguasaan tersebut biarpun British dari awal lagi cuba menghapuskan Melayu menerusi kerakyatan jus-soli dan ancaman tentang kemerdekaan selain menggalakkan kewujudan pelbagai jenis parti politik sebelum mengharamkannya dan melaga-lagakan sesama pemimpin Melayu-Islam-Bumiputera!
Namun berdasarkan kepada senario semasa, penguasaan tersebut nampaknya semakin longgar. Bukan kerana umat Islam di Malaysia semakin mengecil jumlahnya, tetapi helah DAP menggunakan isu toleransi agama, kebebasan beragama dan kebebasan bersuara, semakin mendapat sokongan dari umat Islam di Malaysia sendiri.
Gabungan kaum imigran di Malaysia, kalau benar-benar berlaku akan menyebabkan Melayu-Bumiputera akan menjadi masyarakat yang bukan sahaja terpinggir dari segi ekonomi, bahkan kuasa politik mereka turut akan hilang.
DAP hanya perlu terus berjanji dan memuji rakan sekutu yang mewakili kelompok umat Islam untuk terus mencapai matlamat. Melayu-Bumiputera akan dilaga-lagakan sepertimana yang dilakukan oleh British apabila membenarkan pelbagai parti politik Melayu wujud termasuklah PAS pada tahun 1951, kononnya itu adalah demokrasi, sedangkan hakikatnya ialah memastikan Melayu terus berpecah atas nama pendapat politik dan TERLEBIH-LEBIH LAGI DARI SUDUT AGAMA!
Perlu diingat, jumlah Melayu-Bumiputera di Tanah Melayu pada tahun 1951 hanyalah 41% daripada keseluruhan penduduk!
Dengan kemenangan DAP di Sarawak selain sambutan hangat yang diberikan di Semenanjung, dan jangkaan bahawa DAP akan menang besar di kerusi-kerusi yang bakal ditandinginya pada PRU13 nanti, Negara Malaysia dengan Katholik sebagai agama rasmi, sudah semakin hampir. Apatah lagi gabungan dengan PAS dan PKR juga dikatakan semakin kuat dan mendapat sambutan ramai!!!
Jeff Ooi tidak akan berani berterus-terang menganjurkan majlis seperti itu jikalau DAP tidak mampu menang besar.... apatah lagi tindakannya hanya akan menyebabkan dia boleh didakwa dan jikalau didapati bersalah, menyebabkan nyawanya berakhir di tali gantung kerana cubaan memerangi KDYMM Yang Dipertuan Agong!!!



8 comments:
Minat juak2 PAS selesaikan masaalah ini.Kita tengok kekuatan PAS untuk menyelesaikan isu penubuhan pemimpin no 1 yg berugama Katholik di Malaysia.
UMNO tak payah sibuk menanggung masaalah yg terang2 di lakukan olih DAP & PAS.
Biar PKR jadi orang tengah.
Memang PAS yang patut jawab isu ni.
Dap tu abang depa...
Soalnya, PAS berani ka?
Kena sergah dgn LKS atau Karpal, tunduk cium tanah la!
cakap macam orang pandai, nak salah kan orang je keje nye, fakta yang ada kat atas tu berlaku bila??, bukankah ia sedang berlaku sekarang sejak sekian lama dan akan terus berlaku, pernah ke DAP perintah Sarawak?? bukan ke BN yang jaga sekarang?? kenapa ko tak hantap Taik Mamut tu sebab biarkan kristianiti ni berlaku??
puak UMNO yang bebal,
komen aku tu siarkan ye
Miji = seorang lagi juak juak PAS yang bodoh dan bengap....
Miji,
Kau tu la bebal. Salah, baghal. Isu pokoknya di sini bkn pasal Sarawak tp pasal agenda besar paderi-paderi tu: 'enjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Katholik dan berPerdana Menterikan seseorang yang beragama Katholik. '
Nak komen tu baca la bagi habis. Jangan amal perangai puak kau orang yang suka buat kesimpulan tanpa selami hujung pangkal tu.
Yang di Sarawak tu jadi macam tu sebab apa? Sebab adanya manusia-manusia penganut plurarisme macam dewa pujaan kau orang tu la. Liberal konon.
Nak sibuk pasai Taib Mahmud. Cuba suruh Ostaz Azizan kau orang tutup pusat-pusat maksiat dan kedai judi di Kedah...ada dia berani? Pasai apa?
jangan jadi bahlol yang perasaan pandai...
sebelum PAS bersubahat terang-terang dengan DAP, DAP tidak pernah berani mengkatolikkan negara ini. Disebabkan para pemimpin dan si baghal dalam PAS seperti kau, maka DAP pun tak lagi berselindung. Sebabnya, walau apa pun yang DAP buat, PAS akan sokong 100%
berkenaan hal Sarawak, patutnya kau pergi belajar dan cari, berapa peratus umat Islam berbanding umat bukan Islam... jangan sembanglah tentang DAP tak perintah Sarawak. Belum perintah Sarawak pun, baru menang 12 kerusi berbanding 9 pada tahun 2006, DAP sudah mula berkurang ajar. Lagi-lagi majoriti penduduk Sarawak adalah Katholik.
Hebat betul sokongan kau kat DAP. Kau mesti Katholik, kan?
miji=jumud PAS.. Persoalan yg sering digunapakai semua oleh pencacai PAS.. 'itu zaman UMNO.. dia yg buat.. susah PAS nak perbetui'.
woi si penjual agama semata2 nak memerintah..selama ko berkongsi kemenangan dalam pemerintahan apa ko buat?OKU menghina Islam pun ko tak mampu nak lawan..Apatah lagi kes arak dan berbagai2 masalah keruntuhan akhlak ko senyap jer.Ini lah contoh melayu islam PAS yang taksub tak tentu hala yang mengadai agama bangsa dan negara.Tentu hala mat rempit yg rosak akhlak pun tahu sentimen agama.. Apa perjuangan Islam yang PAS bawa sampai toleransinya dan sampai ketahap pencacai najis DAP.Ko boleh jawab?Menghina orang melayu Islam UMNO kotor,jijik dan kafir..dari mulut pemimpin ko kan? Si pemimpin pemcacai najis DAP.Orang UMNO ada keluar kenyataan menghina ko sampai ketahap ini? Ada buruk sangka dengan Pas sampai ketahap ini? Apa dengan menjadi ahli PAS dalam firman Allah dan Hadith2 sahih bahawa semua ahli2 PAS masuk syurga? Apa dengan menyokong UMNO semua merengkok dalam neraka? Tok Nek ko lah! Perjuangan apa ko bawak? Taksub tak tentu hala.. Dari kecil ko makan minum dan hidup semua UMNO yang pelihara..sekarang ko nak bantai org2 UMNO balik.. Manusia macam ko boleh hidup bawah celah lubang teresa kok.. jangan lupa pakai sarban ya.. kalau banyak sangat air keluar.. bodoh punya pencacai najis.
Post a Comment