Sunday, May 8, 2011

JEFF OII YANG BEST!!!

Jeff Ooi dah buat laporan polis terhadap Utusan Malaysia, seorang penulis blog bernama Zakir dan seorang penulis blog yang 'tidak dikenali' berhubung laporan dan pendedahan tentang majlis yang dikatakan telah dianjurkannya sehingga menimbulkan prasangka bahawa DAP mahu menjadikan Katholik sebagai agama rasmi negara. (BACA DI SINI)

Paling menarik ialah apabila Jeff Ooi hanya menyatakan adalah satu fitnah bahawa dia hadir ke majlis tersebut untuk bersama-sama berdoa bagi memastikan Katholik menjadi agama rasmi Malaysia dan seorang Perdana Menteri dari kalangan Katholik akan dilantik.

Maka atas alasan FITNAH, Jeff Ooi meminta Utusan Malaysia dan kedua-dua orang blogger tersebut meminta maaf kepadanya dan seluruh umat Kristian di Malaysia!

Agak menarik apabila Jeff Ooi walaupun menafikan pembabitannya, tetapi masih meletakkan dirinya sebagai mewakili umat Kristian. Sedangkan kedua-dua blog tersebut sekadar memperkatakan tentang DAP dan Jeff Ooi, bukan keseluruhan umat Kristian di negara ini yang mempunyai pelbagai mazhab selain Katholik. Katholik bukanlah mewakili keseluruhan Kristian. Bahkan bukan semua Katholik bermazhab DAP!!!

Kedua-dua blog serta Utusan Malaysia tidak langsung mempamerkan permusuhan terhadap umat Katholik di negara ini, sebaliknya mendedahkan tentang helah DAP yang cuba menggunakan isu Katholik untuk menarik sokongan lebih ramai kepada parti tersebut.

Nampaknya Jeff Ooi secara tidak langsung telah pun mengakui dan berasa gentar kerana laporan demi laporan telah dibuat terhadapnya dan DAP sehingga menyebabkan dia tersasul menyebut bahawa berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia telah memperlihatkan sisi chauvinist dan elemen subversif di dalam DAP!!!

Dan kerana ketakutan itulah, Jeff Ooi tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut, sebaliknya terpaksa menarik keseluruhan umat Kristian di negara ini agar membantunya dan menyelamatkan tengkuknya daripada tali gantung!!!

Agak aneh, selalunya DAP akan pantas menyiarkan bukti betapa mereka tidak seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia, seperti bukti bohong Lim Guan Eng yang kononnya dia telah 'dianiayai' dalam satu majlis membabitkan kerajaan pusat suatu ketika dahulu. Itu kes ringan membabitkan protokol.

Takkanlah apabila membabitkan tengkuk ke tali gantung, Jeff Ooi yang pernah mengepalai Malaysiakini tidak mampu keluarkan? Takkanlah tak ada sebarang video untuk menyokong penafiannya? Pastinya, orang gadjet seperti Jeff Ooi tidak akan lari daripada rakaman video... maka bentangkanlah video tersebut untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa DAP bukan seperti yang dikatakan.... takkan pakai penafian lisan saja kut? Yang tu, hak eksklusif Anwar Ibrahim saja!!!

Amacam para penjilat Pakatan Rakyat? Suruhlah Jeff Ooi siarkan video majlis yang dilangsungkan di Red Rock Hotel itu. Takkanlah hukum video itu sama juga seperti video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim juga kut?

5 comments:

chin peng jahanam said...

pergi jahanam dengan sentimen maaf.. ini kali tak perlu maaf2 lagi... jangan sampai tersilap macam hisyamudin pegang keris.. bikin malu saja.. apa peduli kalau cina nak marah pun..lantak dia laa... dia tak suka dia blleh brammm dari malaysia...

Anonymous said...

assalamualaikum, tuan. mintak penjelasan. betulkah Jeff Ooi itu beragama budha? kalo betullah dia beragama budha seperti yg diperkatakan oleh blog MILOSUAM, kenapakah dia perlu berjuang atas dasar kristian? (setahu ana, org yg bernama Jeff, Jason berketurunan cina adalah beragama Kristian dan yg nama seperti Ong, Chee adalah beragama Budha) lg 1, benarkah DAP xmampu untuk menjdikan kristian agama rasmi Malaysia, kerana PM DS Najib pernah berkata dlm ucapan beliau bhwa AGAMA ISLAM adalah telah termaktub sbgai AGAMA RASMI MALAYSIA DAN TELAH TERPAHAT, TERSIMPAN RAPI DI DALAM PERLEMBAGAAN, jadi kalo dilihat disitu, mana mungkin DAP mampu utk mengubah PERLEMBAGAAN tersebut tambahan pula Yg di Pertuan Agong adalah KETAU AGAMA ISLAM di MALAYSIA. MINTAK PENJELASKAN HAL INI... (rakyat keliru)

ANTI DAP said...

SEBAB TU AKU DAH KATA BYK KALI..
JGN PERCAYA SIKIT PUN KAT DAP..

Anonymous said...

Ramai cina yg nama matsaleh mcm Richard, Michael, Jeff, Janice, Margaret, Theresa tu bukan semua Krsitian...depa saja bubuh nama matsaleh sebab nama depa bunyi tak sedap, depa malu.. jadi depa tambah la nama matsaleh..supaya nampak western skit..nampak modern skit..ini semua inferiority complex depa...kompleks rasa rendah diri... ini memang betul..tanya la mana2 Cina pun...jadi aku tak heran kalau Jeff Ooi tu beragama Buddha.

Anonymous said...

aku tertarik dgn apa yg aku baca dalam blog ini:

http://halwagula.blogspot.com/

"Orang Melayu bukan bodoh lagi. Jangan jadikan orang UMNO bahan ketawa rakyat Malaysia yang lain. Sedangkan orang PAS pun ada peningkatannya (dari segi ini). Orang PKR pulak?...no comment. Ku memang tak ada respect langsung kat orang Melayu PKR...bak kata Amir Raja lawak --- "I'm sorry... "

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template