Wednesday, May 11, 2011

KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG, ISYARAT NEGARA NAK MAMPUS!!!

Masalah kakitangan awam menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan parti politik pembangkang, sebenarnya sudah sampai ke tahap kronik yang bukan sahaja memerlukan pembedahan yang boleh membawa maut, bahkan mampu membubarkan kerajaan Malaysia!!!

Segala masalah di negara ini yang membabitkan red-tape sebenarnya adalah disebabkan kakitangan awam yang terlalu gemar berpolitik dan menunjuk kuasa.

Anda hanya perlu ke sebuah pejabat kerajaan dan bergaullah dengan kakitangannya. Anda akan dapati kebanyakan daripada mereka adalah kakitangan awam yang lebih gemar bercerita tentang politik negara terutama dalam usaha menyokong pembangkang menjadi kerajaan dengan angan-angan segala syurga datang sujud ke kaki mereka sekiranya pentadbiran negara bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk kemajuan negara.

Bahkan tidak sedikit yang berpendapat, kemajuan negara adalah dengan menukar kerajaan yang memerintah, bukannya mereka yang menjalankan amanah yang diberikan dengan bersungguh-sungguh tanpa dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian.

Antara yang paling teruk adalah institusi perguruan. Pada masa yang sama, puak-puak ini jugalah yang kerap menjerit kerana KONON KATANYA, BEBANAN KERJA MEREKA terlalu banyak. Tetapi SANGAT-SANGAT ANEH kerana, walaupun bebanan kerja terlalu berat, hampir tiga suku daripada waktu kerja mereka adalah politik. Malah di dalam kelas pun, cerita yang terkeluar adalah cerita tentang Anwar Ibrahim, Parti Islam, Negara Islam, mahupun UMNO zalim!!!

Kakitangan awam yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas mereka, amat kecil bilangannya. Dan mereka ini umpama golongan yang menggenggam bara. Mereka sentiasa terancam dan mempunyai kebarangkalian untuk dipulaukan, tidak dinaikkan pangkat, tidak menerima kenaikan gaji, kurang mendapat bonus bahkan bergaji serta berjawatan statik sekalipun tugas yang mereka lakukan menepati amanah yang mereka ikrarkan.

Kebebasan bersuara, kebebasan memilih parti politik, bahkan kebebasan untuk mengkagumi mana-mana pemimpin politik tidak sewajarnya dipergunakan untuk mempengaruhi mutu kerja mereka. Masalah paling ketara ialah apabila penyokong-penyokong parti pembangkang yang menjadi kakitangan awam, bukan sahaja menjalankan peranan mereka sebagai DAJAL, VIRUS dan SYAITAN BERSERBAN, bahkan mereka juga sebenarnya mengkhianati rakyat Malaysia.

Itulah yang berlaku kepada salah sebuah agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) apabila seorang juruaudit bertindak menyaman entiti kerajaan itu kerana hanky-panky dalam pentadbiran mengakitkan kenaikan pangkatnya disekat.

Biarpun KEDA atau mana-mana agensi yang lain berada di bawah kerajaan, kebanyakan kakitangannya tidak bertindak atau bekerja untuk dasar-dasar kerajaan. Sebaliknya kerja mereka ialah menegakkan dasar-dasar ceramah pemimpin politik pembangkang seperti Anwar Ibrahim.

Terdapat larangan kakitangan awam terlibat di dalam politik. Namun larangan tersebut hanya dicebik dan kalau boleh hendak diludah serta dikencing-kencingkan. Agak bernasib baik apabila ketua-ketua jabatan juga turut mempunyai otak yang hampir sama dengan kakitangan bawahan dalam hal berpolitik.

Manja yang keterlaluan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangan mereka, sebenarnya menjadi faktor utama kepada fenomena ini. Namun alasan yang kerap diberikan ialah, KESEDARAN BERPOLITIK. Yang mereka tak sedar ialah, sikap mereka lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding kepada menteri dan Perdana Menteri.

Terlalu banyak kes yang remeh-temeh tersangkut dan memerlukan masa yang sangat panjang untuk diselesaikan. Anda pergilah ke Pejabat Tanah dan buatlah permohonan untuk menggantikan geran tanah anda yang sudah rosak atau buat carian salinan geran. Anda akan dapati, lebih dari tiga bulan, belum tentu ada keputusannya!!!

Seharusnya ada badan pemantau yang menangani disiplin kakitangan awam. Perasaan simpati dan kasihan terhadap kakitangan awam yang melampau berpolitik seharusnya tidak wujud langsung. Malaysia mungkin merupakan satu-satunya kerajaan di dunia yang sangat menyimpan kakitangan awamnya sekalipun kakitangan awamnya merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia, lebih sibuk bercerita tentang haram-halal tetapi seringkali membuang masa dengan bergebang politik bersama-sama rakannya yang lain tanpa mengambil kira setiap sen pendapatannya ADALAH HARAM MUTLAK!!!

Sebenarnya terlalu ramai rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah birokrasi yang ditunjukkan oleh kakitangan awam, ingin melihat majikan mereka bertindak tegas dengan memecat kakitangan awam tersebut beramai-ramai. Bahkan memenjarakan mereka kerana telah mencabul tanggungjawab yang diamanahkan. Malah kalau perlu MENGHUKUMGANTUNGKAN KAKITANGAN AWAM yang lebih sibuk dengan parti politik berbanding tugas dan tanggungjawabnya!!!!

11 comments:

Anonymous said...

tak semua kakitangan awam sokong pembangkang..majoriti yang sokong tuh mungkin kakitangan sokongan coz dorg tak terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar.

diperingkat pengurusan pula memang ada yang sokong pembangkang tapi mostly dari negeri kel***** dan juga orang C***/I****.

di peringkat pengurusan lah yang paling bahaya sebab terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar2 negara..

perlu dinasihatkan kakitangan awam ini supaya tidak mencampur aduk politik dan pentadbiran..

Qiara said...

Orang2 yang menyokong anwar dan pembangkang2 sesat Malaysia memng cari nahas.Mereka seperti membiarkan diri mereka dan anak cucu cicit mereka terjerumus ke lembah penghinaan sekali gus merosakkan nama baik negara bangsa dan agama..Apa yang diperjuangkan oleh parti2 pembangkang selama ini?Hingga kini seperti tidak ada arah tujuan langsung.Mengapa penyokong2 mereka begitu BODOH sekali.CELIKKAN MATA.TAJAMKAN AKAL DAN MINDA.PERJUANGKAN KEBENARAN BUKAN PERJUANGKAN KEMUNGKARAN DAN PEMIKIRAN SESAT KAMU!!!

Anonymous said...

saudara, saya seorang guru dan tidak dinafikan memang ada fenomena dimana guru-guru yang sepatutnya setia pada kerajaan yang memerintah bersikap menyokong pembangkang. Ini ibarat menggigit tangan yang menyuap mereka makan. Tetapi bukan semua. Kami yang lain masuk ke kelas mengajar apa yang sepatutnya tanpa melibatkan apa-apa unsur politik. Memang bebanan tugas guru banyak selain mengajar, menanda buku, menyiapkan bahan untuk mengajar kami juga mengemaskini rekod murid untuk disilin, kokurikulum, kesihatan dan bermacam-macam lagi yang mana kebanyakannya dengan ad hoc sampai adakalanya kami seolah-olah berlumba lari dengan masa untuk menyudahkan sesuatu arahan. Itu tak masuk lagi melayan karenah ibu bapa yang rajin complain dengan nada yang kesat hanya kerana kesalahan sekecil kehilangan pensil anak di kelas. Mungkin ada yang bersikap yang seperti saudara
nyatakan tapi bukan semua. Saya antara peminat saudara tapi hanya akan memberi komen terhadap perkara yang saya sendiri tahu kenyataannya.

Anonymous said...

saya setuju dengan statement yg mengatakan kakitangan kerajaan ramai yang menyokong parti pembangkang terutamanya dikalangan guru-guru. Amat membahayakan. Lebih sebuk berpolitik dari tugas hakikinya.

Pesara Kerajaan.

Anonymous said...

Mereka inilah yang kuat makan rasuah sambil menuduh kerajaan yang ada mengamalkan rasuah. Mereka inilah yang tidak cekap sambil menuduh kerajaan tidak cekap. Mereka ini memang pengkhianat yang nyata kepada AGAMA, BANGSA dan Negara.

anakbangsa on May 11, 2011 12:58 PM said...

saudara,saya kakitangan kerajaan.saya bersetuju dgn apa yg saudara utarakan.sebenar kakitangan yang menyokong pembangkang inilah yang seringkali menggagalkan transformasi yang cuba dibuat kerajaan.mereka yg mensabotaj kerajaan dgn tidak bersungguh2 utk memalukan kerajaan.apa2 kesalahan yg dilakukan mereka maka kerajaan jua lah yg perlu memikul bebannya.tindakan tatatertib jarang diambil sedangkan mereka bertambah bermaharajalela.pls kerajaan tubuhkan satu bdn yg berupaya mengawal selia perbuatan mereka.sesungguhnya mereka merupakan manusia yg x tahu malu.macam anjing,adakala gigit balik org yg beri mkn.jgn ckp lah memang tanggungjawab kerajaan buat segala kebaikan utk rakyat.memang kerajaan yg baik buat kebaikan utk rakyat ,kerajaan yg mereka kata x bagus ini yg membela rakyat sedangkan kerajaan yg mereka sanjung hanya membuatkan mengalirnya air mata rakyat.Ya Allah,buka lah mata saudara2 ku,melihat kebenaran,jauhkan mereka dari kebatilan,jgn lah kau butakan mata hati mereka ya Allah.Amin

Anonymous said...

Menjalankan tugas melaksanakan dasar kerajaan yang memerintah, pada masa yang sama membenci segala2 tentang kerajaan yang memerintah. Apa ke jadahnya?????????? Memang bukan sdikit penyokong PAS dan PKR bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Sama2 mereka di dalam pejabat, tidak ada kerja lain mengumpat, membusuk-busukkan kerajaan dan ahli kabinet serta sesiapa sahaja yang BN atau UMNO. Kakitangan kerajaan begini hipokrit sebab bertalam seribu muka. Tidak jujur dan ikhlas menjalan tugas, kerana otak lain, buat lain kata, cakap lain, hati lain.

rajadangdut said...

kakitangan kerajaan kebanyakannya maukan kenaikan gaji dan mungkin juga akibat kenaikan harga barang. mereka mengharapkan sesuatu harus dilakukan oleh kerajaan untuk menaikkan gaji mereka. tak taulah kalau kerajaan tak dengar permintaan mereka, kemungkinan kerajaan akan hilang sokongan daripada mereka apabila PRU13 nanti. sejak akhir-akhir ini begitu banyak rungutan daripada mereka... fikir-fikirkanlah....

rajadangdut said...

apa yang kerajaan harus buat ialah naikkan gaji kakitangan kerajaan. kerana ianya boleh meningkatkan sokongan terus-menerus mereka ini. kenaikan harga barang yg meningkat sejak akhir-akhir ini, ianya sangat membebankan mereka... bertindaklah sebelum terlambat...

Anonymous said...

dgn menaikkan gaji mereka kembali sokong kerajaan??xkan semudah tue @rajadangdut??
mereka nie mmg penyokong tegar pembangkang..sama gak mcm satu kaum di malaysia nie..lg byk kerajaan beri..lg byk permintaan yg di minta..
mereka2 yg meminta2 itu ini adalah mereka2 yg tidak jujur dan ikhlas menjalan tugas..percaya la..kalau wat keje ngan ikhlas..rezeki tue sendiri akan datang..

anakbangsa on May 11, 2011 10:19 PM said...

rajadangdut,kalau kerajaan naikkan gaji mereka,bagaimana dgn mereka yg bekerja swasta?kalau gaji dinaikkan,brg2 pun turutnaik.peniaga yg tamak akan naikkan harga brg.mereka cukup berani kerana kerajaan terlalu berlembut.akhirnya gaji yg dinaikkan x mendtgkan apa2.bagaimana dgn org kg?ada kita fikirkan pasal mereka?jgn le asyik nak naik gaji tp kerja asyik nak hentam kerajaan je.kerja smbil lewa.buat malu kerajaan saja.masih nak minta naik gaji lg?ada mereka kerja bersungguh2 nak tambahkan produktiviti?adakah mereka bekerja secara efisien?adakah mereka inovatif dlm meningkatkan perkhidmatan?adakah mereka prihatin ketika melayan org ramai?jawapan nya adalah......lebih byk x de dr ada.jd x yah berangan nak minta naik gaji.x layak.....

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template