Wednesday, May 4, 2011

KALAU KATA HARAMJADAH, OVER SANGAT... TAPI MEMANG HARAMJADAHLAH!!!!

Masih ingat lagi anak kecil bernama Saiful Syazani yang berusia 7 tahun, dibelasah oleh seorang ustaz PAS di sekolah agama milik penuh parti itu di Perlis yang berakhir dengan kematian tragis? Barangkali juga anda telah membaca alasan-alasan yang diberikan oleh para pencacai Pakatan Rakyat menerusi blog dan portal berita untuk membela guru berkenaan yang turut berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah.

Bapa kepada kanak-kanak malang itu, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, tidak dapat melupakan bagaimana anaknya diikat, didera dan dihumban ke dinding oleh pengikut dan kakitangan PAS itu. Dia tidak dapat memaafkan pembunuh anaknya. Lebih-lebih lagi, kejadian yang meragut anaknya itu merupakan kejadian kedua melibatkan kakitangan PAS yang sama.


Sesuatu yang sangat menarik dan perlu diperhalusi di sini ialah tahap sokongan yang ditunjukkan oleh pencacai-pencacai PAS. Ketika kematian Aminul Rasyid yang ditembak oleh polis selepas cuba melarikan diri dengan memandu laju serta mendatangkan bahaya kepada orang lain, para pencacai PAS bertungkus lumus untuk mewujudkan kesalahan kepada anggota polis terbabit.

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock, bersungguh-sungguh benar mereka cuba menggambarkan bahawa SPRM adalah pembunuh Cina tersebut. Dalam kes Anwar Ibrahim pula, mereka tidak pernah jemu-jemu untuk mempertahankan Anwar walaupun Anwar meludah atas kepala Presiden dan Mursyidul Am PAS.

Namun dalam kes pembunuhan Saiful Syazani, tiada seorang pencacai PAS pun yang berani mengecam kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan PAS itu. Mereka tidak langsung memperkatakan tentang tahap pendidikan di sekolah terbabit yang dimiliki penuh oleh PAS.

Kalau ada pun, cumalah Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) yang cuba menyatakan bahawa guru penjenayah itu tidak bersalah, sebaliknya meletakkan kesalahan kepada kanak-kanak malang yang telah dibunuh. Mereka cuba menimbulkan beberapa bukti serta pengakuan yang menunjukkan guru terbabit adalah guru yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan tidak pernah mendera kanak-kanak itu.

Anehnya, dalam kes liwat dan melanggan pelacur, bersungguh-sungguh para pencacai PAS membela sampaikan tunggang langgang segala teori mereka sendiri. Namun apabila membabitkan nyawa dan keadilan untuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dibunuh oleh suspek yang merupakan sebahagian daripada anggota kaum mereka, masing-masing cuba menjadi pekak, tuli dan TIDAK BERHATI PERUT.

Ternyata bagi para pencacai PAS, nyawa seorang kanak-kanak yang dibunuh oleh suspek yang merupakan ahli PAS, tidak bernilai langsung, berbanding kemaluan seorang pemimpin mereka yang perlu dibela dan diselamatkan selepas melakukan pelbagai keaiban!!!

Bayangkanlah kalau suspek yang membunuh kanak-kanak berusia 7 tahun itu adalah seorang guru KEMAS atau guru sekolah kerajaan... barangkali tidak cukup ruang di Internet akan mereka gunakan untuk meroyan dan mencerca!!!


8 comments:

Ular Menyusur Akar on May 4, 2011 8:17 AM said...

Tepat, memang haramjadah!!!

Anonymous said...

yg membunuh kanak2 malang tu bukannya ostad tu tetapi JEMBALANG yg bersama-sama ostad tu, jembalang yg akan membawa ostad tu memasukki syurga PAS.

jadi ostad tu tetap akan masuk syurga PAS, sedangkan jembalang yg bersalah tu hanya sampai kedepan pintu syurga saja.

tak percaya? tanya nik aziz, pasti itulah jawapannya ...

Anonymous said...

pas hanya boleh berhujah jika ada keburukan pada orang lain dan pada diri sendiri tak ada yang nak dihujahkan. pas maksum.
orang pas yang pukul budak sampai mati tu tak buat salah pun. mereka samakan dengan kisah nabi musa dan nabi khaidir.
kalu perogol nak rogol pompuan, rogol ajer anak bini ahli pas. sebabnya pembuktian kena ada 4 orang saksi. anda akan terlepas punya. kalu rogol yang bukan ahli pas, nak kena penjara la pasal guna dna, dan bukti-bukti saintifik dan siasatan polis.

Anonymous said...

Ala lebai2 PAS ni mana takutkan dosa!
Ingat bagaimana lebai2 PAS telah merembat sehingga licin duit Dana Memali suatu masa dulu. Duit itu telah dikutip dari rakyat seluruh Malaysia utk membantu anak2 yatim dan balu2 dari tragedi Memali,
Kita semua tahu memakan duit anak yatim adalah diantara dosa2 BESAR.
Ini pula bunuh anak kecil. Small matter aje beb. Lagi pun Tuhan dah ampunkan dah melalui Nik Aziz!

Anonymous said...

Aku tak tau nak cakap apa. Patutnya tadika PASTI ni ok aje. Ntah apa jadi pada ostad yang belasah budak kecik sampai mati. Hilang akal agaknya.

ostad tu dah berkahwin ke? Dah ada anak? dia ada masalah mental kot? tekanan? banyak kerja selain mengajar di tadika tu. kerja2 yang melibatkan parti agaknya.

Benda ni kena dijadikan pengajaran. Orang2 PAS yang taksub tak tentu hala harus bertaubat.

Anonymous said...

Tengok Anwar=Perangai orang pas.
Kalau tak ikut anwar,nak ikut sapa lagi.
PKR bawa masuk budaya samseng kedalam PAS.
PAS tak seteruk ini.
Saya berikrar tidak akan bantu atau menyokong PAS sampai bila2 lagi..
Undi saya adalah untuk parti yg membela orang melayu.
hidup UMNO

Anonymous said...

mereka dah bukan tahap haramjadah tapi tahap haram serupa najis muhalazah!!!! puiiii!!!

Anonymous said...

Orang-orang PAS dan penganut-penganut nya adalah bukan manusia lagi tetapi bertopengkan manusia, sebaleknya tubuh badan jiwa raga mereka telah bersatu dengan syaitan, sebab itu mereka tidak memperdulukan apa yang berlaku, dan sengaja memperbesarkan kalau kesilapan orang lain, bukankah ini merupakan pekerjaan Syaitan? Jubah dan kopiah hanyalah pakaian, konon nak tunjuk keislaman, tetapi sebaleknya mereka adalah munafik. Gulungan inilah yang banyak memberi kesulitan kepada Rasullullah S.A.W semasa Rasul berhijrah ke Madinah. Zuriat keturunan mereka inilah kebanyakannya yang menjadi ahli PAS. Lahanat.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template