Monday, May 9, 2011

KATA KEBEBASAN BERSUARA, AWAT GUAN ENG TAK HALANG POLIS?

Sumber dan gambar: PEJUANG BANGSA

Tidak kedengaran langsung suara pencacai dan penjilat najis kering Guan Eng apabila polis bertindak menahan 4 orang pendemo yang memprotes pembohongan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ketika si pembohong besar tersebut datang untuk merasmikan jalan alternatif yang dibina oleh kerajaan negeri di Pasar Taman Bagan.

Konon kata pencacai dan penjilat najis kering Guan Eng, berdemonstrasi adalah hak rakyat. Mereka seringkali mempertikaikan tindakan polis menyuraikan demonstrasi-demonstrasi ganas yang dianjurkan oleh AMK-PKR dengan dibantu oleh PAS. Dengan jumlah yang ramai, mereka mahu agar demonstrasi dibenarkan dan budaya tersebut tidak dipancung sama sekali.

Tetapi itu hanya untuk mereka. Apabila pihak UMNO-BN pula yang meniru perlakuan mereka, pandai pulak pencacai dan penjilat najis kering itu beralasan, tindakan yang dilakukan oleh pendemo-pendemo yang kononnya didalangi oleh UMNO-BN akan mengganggu ketenteraman umum.

Bahkan Guan Eng juga sudah banyak kali menyuarakan bantahan terhadap tindakan polis yang menghentikan dan menamatkan demonstrasi ganas kaum penjilatnya. Cuma apabila demonstrasi dibuat terhadapnya, kuranglah sedikit Guan Eng bercakap tentang perlunya demonstrasi dibenarkan dan dibudayakan. Sebabnya, sudah beberapa kali, demonstrasi-demonstrasi kecil-kecilan dibuat terhadapnya. Dan walaupun kecil-kecilan, ternyata si penipu itu sangat takut dan seringkali lari menyorok!!!

Demonstrasi semalam juga menyebabkan Guan Eng malu besar apabila dia AKHIRNYA TERPAKSA MENGAKU BAHAWA DIA ADALAH SEORANG PENIPU. Mungkin para penjilat dan pencacainya akan hempas serban dan kepiah putih masing-masing sebab tidak boleh terima kenyataan ini.

Namun itulah yang berlaku... cakap pandainya apabila dibiarkan mikrofon sahaja di hadapannya, hilang begitu sahaja apabila disoal secara langsung. Dia akan tergagap-gagap dan mencari-cari akal untuk melarikan soalan asal tanpa menjawabnya seperti yang dilakukan oleh para pencacai dan penjilatnya jikalau dikonfrontasi.... Guan Eng pernah melakukannya ketika debat yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara dengan Tsu Koon. (BACA DI SINI)

1 comments:

Anonymous said...

"menahan 4 orang pendemo yang memprotes pembohongan Ketua Menteri Melaka itu ketika si pembohong besar tersebut datang untuk merasmikan jalan alternatif yang dibina oleh kerajaan negeri di Pasar Taman Bagan."

Ketua Menteri Melaka?????? Bio bebeno sikit yop... budak guan eng ni dah tak laku di Melaka!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template