Tuesday, May 3, 2011

KEBEBASAN AKHBAR.... KEPALA HOTAKLAH!!!

Pakatan Rakyat saban hari menyuarakan betapa di Malaysia sebenarnya, kebebasan akhbar sudah tidak ada. Akhbar-akhbar Malaysia terlalu terikat dengan UMNO dan Kerajaan. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak pula menceritakan tentang akhbar-akhbar dan tabloid-tabloid mereka yang tidak pernah menulis walau satu kebaikan pun tentang kerajaan dan UMNO, sebaliknya mengada-adakan cerita yang dianggap boleh menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui bahawa UMNO dan beberapa parti komponen dalam Barisan Nasional memiliki syarikat-syarikat media untuk bekerja bagi pihak mereka. UMNO misalnya memiliki Utusan Melayu Berhad, NSTP dan Media Prima, manakala MCA memiliki Nanyang Siang Pau. Bahkan MIC dan PBB turut memiliki media mereka yang tersendiri.

Dan sudah tentulah, media-media yang dimiliki oleh parti-parti komponen Barisan Nasional itu akan bekerja bagi pihak parti yang membiayai mereka, sungguhpun beberapa keadaan, kita akan melihat ruang diberikan sedikit kepada pihak lawan, terutama sekali berita tentang kerajaan negeri.

Manakala parti-parti pembangkang pula turut memiliki media mereka yang tersendiri, sungguhpun berskala kecil dan bersifat untuk edaran di kalangan ahli-ahli sahaja. Meminta ruang untuk kerajaan dan UMNO di dalam media-media yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat, samalah seperti menaikkan harta karun dari perut bumi. Ia tidak mungkin dan sangat mustahil untuk dilakukan walaupun ada usaha UMNO dan kerajaan yang memberikan kebaikan kepada Pakatan Rakyat.

Justeru apabila cerita tentang kebebasan akhbar didendangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, ia sebenarnya adalah cerita paling kelakar yang boleh kita gelak sampai pecah perut. Tatkala media-media mereka sendiri tidak pernah dapat bebas dan berlakon seperti terbuka, mereka mengharapkan media-media milik Barisan Nasional akan memberikan ruang untuk mereka bergerak bebas.

Tidak ada satu akhbar atau media milik entiti tertentu di dunia ini yang akan menceritakan tentang kebaikan pihak lawan. Itu adalah amalan standard. Pakatan Rakyat pula cuba melakukan sesuatu yang sebenarnya sangat menyongsang iaitu meminta ruang yang bukan hak mereka. Sedangkan UMNO-BN tidak pula pernah meminta ruang di dalam media-media mereka untuk UMNO-BN mengeluarkan hujah.

Kebebasan akhbar sepatutnya tidak ada kena-mengena dengan akhbar sedia ada. Sedangkan sebarang syarikat atau individu di Malaysia bebas mendapatkan permit pengeluaran akhbar dan mana-mana media, menjadikan ruang untuk pihak Pakatan Rakyat menyuarakan pandangan mereka secara bebas, tidak pernah tertutup. Apatah lagi dengan dasar kerajaan yang tidak pernah menghalang penyiaran di Internet dan dunia maya.

Bukankah aneh apabila Pakatan Rakyat langsung tidak mampu menghasilkan sebuah stesen televisyen dan akhbar berstatus perdana untuk mereka menari mengikut rentak dan gendang yang mereka sendiri palu. Apa perlu mereka terhegeh-hegeh untuk menagih ruang di media-media milik UMNO-BN dengan menggunakan alasan kebebasan akhbar?

Pergi sahajalah ambil borang permit akhbar harian di KDN. Pergi sahajalah pohon permit dan lesen penyiaran audio visual daripada Kementerian Penerangan. Jangan bagi alasan, Pakatan Rakyat tidak ada duit seperti UMNO-BN kerana kononnya Pakatan Rakyat bersih daripada sebarang penyelewengan. Deretan senarai penyelewengan yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Perak, di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sebenarnya sudah cukup untuk mewujudkan beberapa buah stesen televisyen dan radio di samping akhbar-akhbar berstatus perdana.

Hampir setiap masa, para pemimpin Pakatan Rakyat berkeriau tentang kebebasan akhbar. Tetapi hampir setiap masa juga, para pemimpin Pakatan Rakyat, diam tidak bertelur apabila dicabar memohon permit untuk pengeluaran akhbar harian berstatus perdana.

Jadi, untuk para pemimpin Pakatan Rakyat yang sibuk dengan berteriak atas nama KEBEBASAN AKHBAR.... KEPALA HOTAK HANGPALAH!!!

5 comments:

Anonymous said...

BRO, BAHLOL MANA YANG MINTAK KEBEBASAN AKHBAR NI?SUH DIA PERGI KEDAI MAMAK ATAU RESTOREN MAMAK ATAU STESEN2 MINYAK ATAU MANA2 TEMPAT YG JUAL BAHAN BACAAN SEKITAR PERAK NI,SURAT KHABAR APA YANG TAKDE?, MAJALAH APA YANG TAKDE?SEMUANYA ADA, TAPI KALAU AKHBAR ASYIK NAK MENFITNAH DAN MENIPU ORANG JE, SAPER NAK BELI, BODOHHH!!!!

aku terbang on May 3, 2011 6:08 PM said...

panass baru dilancarkan, undi di sini http://mari-mengundi.blogspot.com/

Anonymous said...

Bagi aku satu je "kebebasan" yg disekat..
-pembangkang bebas utk cakap apa saja, kritik sapa saja...abis2 pun kena "diambil kenyataan".
tapi UMNo tak leh cakap sebarang..kritik sebarang!!

Jika kritik mana2 pempin pembangkang..dikatakan hina ulamak, atau apa saja.

Anonymous said...

Aku pernah baca haramkah!!!!masyaalllah...
Semuanya FITNAH,fitnah,fitnah.fitanh terhadap UMNO...
Naik meluat..apa punya otak pun aku tak tau...
UMNO..sementara ada kuasa..ambik tindakan tegas laaa...tunggu apaa..biarlah apa dia orang nak kata...

Anonymous said...

bior je..tapi, saman je ler kalau fitnah!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template