Serangan bersepadu ke atas Utusan Malaysia dengan diketuai dan dirancang oleh Lim Guan Eng telah pun dilakukan oleh para cukong DAP dan Setiausaha Agung DAP itu. Paling menarik ialah apabila serangan tersebut turut disertai oleh manusia berotak bersaiz otak ayam yang menyokong kuat DAP dan Lim Guan Eng sepanjang pembentukan Pakatan Rakyat semenjak awal 2009.Isu terbaru sudah tentulah pendedahan yang dibuat oleh akhbar tersebut yang bersumberkan daripada dua buah blog pro-UMNO. Tembelang DAP untuk memerangkap rakyat negara ini daripada pelbagai kaum dan berbilang agama agar bersengketa sesama sendiri, berjaya didedahkan, sekaligus membuatkan Lim Guan Eng berang.
Utusan Malaysia ternyata sangat istiqomah menyerang DAP dan PKR, khususnya Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Apabila serangan dilakukan oleh Utusan Malaysia, kedua-dua orang berkenaan melatah dan semakin menunjukkan belang mereka yang sebenar.
Menyedari hal itulah, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berusaha agar Utusan Malaysia dianggap sebagai akhbar sampah dan berita-berita serta pendedahan-pendedahannya tidak mempunyai sebarang nilai. Saman yang dibuat oleh Lim Guan Eng ke atas Utusan Malaysia juga tidak mampu menghentikan akhbar berkenaan daripada terus menyerang Lim Guan Eng yang mempunyai misi menghuru-harakan negara ini.
Utusan Malaysia dikatakan RASIS apabila mendedahkan tentang rancangan para pemuka DAP untuk mengkatholikkan negara ini. Bagaimanapun, pada masa yang sama, para penyerang Utusan Malaysia tidak sama sekali berhajat untuk mengutuk, mencerca mahupun mengecam punca yang menyebabkan pendedahan itu terpaksa dilakukan. Mereka sebaliknya cuba menanam sentimen kebencian terhadap Utusan Malaysia di samping melindungi gerak kerja DAP yang cuba melaga-lagakan Bumiputera-Islam dan Bumiputera bukan Islam selain kaum-kaum lain yang menjadi rakyat negara ini.
Reaksi yang ditunjukkan oleh para penyokong DAP dari kalangan Bumiputera dan Melayu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya mempunyai saiz otak yang sangat kecil. Apa-apa sahaja yang dilontarkan oleh Lim Guan Eng dan jentera propagandanya seperti Malaysiakini akan diterima bulat-bulat. Pada masa yang sama, meragui pula apa yang dilontarkan oleh Utusan Malaysia.
Maka tidak hairanlah jikalau mereka hanya nampak salah Utusan Malaysia, tetapi pada masa yang sama, memejam mata terhadap si pelaku yang menyebabkan Utusan Malaysia menyiarkan pendedahan tersebut.
Kes yang hampir sama dengan mubahalah dan qazaf yang cuba ditimbulkan oleh PKR serta AMK. Mereka lebih sibukkan tentang mubahalah dan mahukan tindakan qazaf diambil terhadap si pembuat sumpah mubahalah. Sedangkan perkara pokok iaitu pelaku di dalam video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh. Bahkan membuat laporan polis dan meminta polis agar menyiasat serta mendedahkan tentang si pelaku yang 'menyamar' serta 'berlakon' seperti Anwar Ibrahim juga, mereka langsung tidak berani.
Taktik DAP dan Lim Guan Eng yang memberikan persepsi buruk kepada Utusan Malaysia sudah boleh dibaca. Selagi Utusan Malaysia berjaya mengesan dan menyiarkan penyelewengan serta pembohongan yang dilakukan oleh DAP, selagi itulah akhbar berkenaan akan terus dicop sebagai RASIS dan mencetuskan ketegangan kaum.
Namun, hanya mereka yang ada otak sahaja yang dapat melihat tipu daya DAP yang halus itu. Bagi mereka yang tidak berotak, mereka akan terus menelan kata-kata Lim Guan Eng dan DAP seperti mana mereka menelan julap yang dikatakan coklat tanpa berfikir panjang!!!


1 comments:
Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato Haron Din BACA UTUSAN MALAYSIA. sbb Utusan bukan media penyebar fitnah seperti Suara Keadilan/Keadilan Daily http://www.keadilandaily.com/haram-baca-utusan-akhbar-fitnah-dr-haron-din/, Harakah Online http://www.harakahonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=4217 dan media penyebar fitnah lain yg kebanyakknnya milik Pakatan dan pro pakatan haram.
Haron Din kata HARAM baca media penyebar fitnah!!!!!
Ingat HARAM baca surat khabar & media2 penyebar fitnah.
Baca UTUSAN TAK haram....beb! http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
so, kepada orang Islam pilih dan bacalah yang halal dan tak haram. jangan sengaja baca yang haram dan jgnlah kamu campakkn diri kamu ke dalam neraka!
Post a Comment