IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, May 16, 2011

KESEDAR, KEDA, KEJORA, KETENGAH... SARANG PEROMPAK DAN PENGKHIANAT!!!

Monday, May 16, 2011
Agensi-agensi kerajaan ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada rakyat. Dan pegawai-pegawai kerajaan yang ditugaskan di dalam agensi-agensi tersebut, diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menjalankan dasar-dasar yang memberi kebaikan kepada rakyat.

Namun, tahukah anda, agensi-agensi kerajaan pusat di negeri seperti KESEDAR, KEDA, KETENGAH dan KEJORA sebenarnya merupakan sarang dan lubuk para pegawai yang fikiran mereka sarat dengan tujuan-tujuan politik. Dan tahukah anda, terlalu banyak tindakan pegawai-pegawai kerajaan di agensi-agensi tersebut, lebih bermotifkan politik dan bukannya untuk menjalankan dasar kerajaan.

Dasar kerajaan yang tidak memilih parti politik anutan rakyat, telah ditukarkan dengan sengaja oleh pegawai-pegawai yang bekerja di dalam agensi-agensi terbabit. KEDA umpamanya, ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Kedah, terutama yang tidak mempunyai tanah dan rumah.

Namun, memandangkan kebanyakan kakitangan di dalam KEDA mempunyai fikiran PAS hidup dan mati juga PAS, apa yang berlaku amatlah menyedihkan. Golongan yang sepatutnya menerima bantuan, terbiar, sebaliknya yang diberikan kemudahan tersebut adalah golongan yang sememangnya ada tanah, ada rumah bahkan mempunyai pendapatan tetap yang tidak sepatutnya melayakkan mereka berada di bawah paras kemiskinan.

Itu hanya di KEDA. KESEDAR merupakan agensi yang paling teruk dan paling korup dengan agensi terbabit lebih layak dikatakan sebagai sayap PAS berbanding agensi kerajaan yang membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Para pemimpin PAS seringkali menyalahkan kerajaan kerana hanya memilih kalangan ahli-ahli UMNO untuk sesuatu projek. Malangnya, apa yang berlaku di peringkat akar umbi adalah sebaliknya. Ditambah pula, terlalu ramai sebenarnya pegawai-pegawai kerajaan yang tidak faham tentang kebebasan memilih parti politik, bermain politik dan menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan.

Sehingga setakat ini, tiada sebarang pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan dijalankan bagi mengurangkan ketirisan peruntukan yang disalurkan ke agensi-agensi tersebut. Keadaan ini melanda dalam hampir kesemua agensi kerajaan. Setiap kali ada pegawai yang berfikiran PAS dan PKR, maka masalah yang ditimbulkan lebih memberi kesan kepada rakyat berbanding kerajaan.

Penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku, menyebabkan rakyat memandang kerajaan yang bersalah sekalipun sebenarnya yang melakukan kesalahan adalah pegawai-pegawai kerajaan berkenaan.

Itu jugalah yang berlaku di tanah-tanah rancangan FELDA dan FELCRA apabila pegawai-pegawai yang diberikan tanggungjawab telah menyalahguna kuasa. Akibatnya muncullah perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat. Kesempatan ini dipergunakan oleh para pemimpin parti pembangkang, sekalipun yang memulakan semua itu adalah pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong pembangkang.

Keadaan ini sebenarnya semakin teruk dan ia berlaku dalam semua agensi kerajaan. Mungkin pihak atasan telah pun mengetahui keadaan ini tetapi memilih untuk membiarkannya dengan harapan pegawai-pegawai kerajaan berkenaan akan 'sedar' dengan sendirinya.

Sesetengah pegawai kerajaan berterus-terang tentang keinginan mereka untuk melihat kerajaan beralih. Kempen-kempen politik dilakukan tanpa berselindung. Harapan mereka untuk melihat kerajaan sedia ada tumbang dengan mereka sendiri memainkan peranan iaitu tanpa menjalankan tugas yang diamanahkan, dilihat semakin membuahkan hasil.

Sebabnya, rakyat biasanya tidak meluahkan kemarahan mereka kepada pegawai-pegawai kerajaan, sebaliknya kepada kerajaan sendiri, sekalipun kerajaan menubuhkan pelbagai agensi untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Sesuatu sebenarnya harus dilakukan secara drastik. Agensi-agensi seperti KEDA, KESEDAR, KETENGAH dan KEJORA selain MARA, TEKUN dan sebagainya perlu dimasuki. Transformasi drastik perlu dibuat agar rakyat tidak dibunuh oleh pegawai-pegawai yang bercita-cita tinggi dalam bidang politik ini.

Masalahnya ialah, adakah mana-mana menteri yang sanggup menentang Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai kerajaan yang sudah sah terlibat dalam politik dan mempolitikkan tugas-tugas mereka?

1 comments:

hassan said...

yang lain tak tau... Tapi KEDA kena jaga sikit... memang semua pencacai juak2 PAS dalam tu.Kerajaan kena pantau dan hantar sb utk siasat.Mereka ini bagaikan mencuri duit kerajaan makan minum dan menentang kerajaan balik.. kalau dah tak suka kerajaan pergi lah balik kelantan kerja di ladang wakil rakyat...

Blog Archive

Labels