Sunday, May 8, 2011

KETUA PENERANGAN PAS DILANDA DENIAL SYNDROM AKUT!!!

Marah sungguh Idris Ahmad apabila Hishamuddin Hussein yang biasanya lemah-lembut dan bersopan santun mengatakan, PAS tidak akan menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan PAS. Maka berhamburanlah maki seranahnya kepada Hishamuddin untuk menafikan perkara tersebut. (BACA DI SINI)

Dan seperti biasa juga, Idris Ahmad seperti kebanyakan pemimpin PAS lain yang sudah ketandusan idea akan mengatakan, MCA, MIC dan GERAKAN yang telah menggantikan UMNO walaupun hakikatnya, UMNO yang mengetuai Barisan Nasional dengan kebanyakan kementerian penting dipegang oleh UMNO. Bahkan berbanding parti-parti komponen yang lain, UMNO adalah majoriti dalam Parlimen.

Chua Soi Lek yang dilihat sebagai Presiden MCA paling lancang dan paling akur dengan taktik DAP, tidak begitu berani untuk membantah secara berterus-terang dan sangat berhati-hati ketika mengugut dan mengancam UMNO dengan undi Cina. Manakala Presiden MIC seperti yang diketahui, amat bimbang sekiranya jawatan Senatornya akan ditarik balik. Palanivel pernah berputih mata apabila dia tidak dicalonkan sebagai calon Hulu Selangor walaupun Sammy Vellu, bekas Presiden MIC yang pada ketika itu, masih lagi berkuasa dan kuat menyokongnya.

Manakala kebanyakan pemimpin GERAKAN pula sekadar boleh menyorokkan kepala dalam badan masing-masing apabila cuba berlaku biadap seperti yang berlaku kepada Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang yang pernah berkongsi pandangan dengan DAP dan PAS untuk membawa masuk Chin Peng ke negara ini.

Keadaan yang berbeza buat PAS. PAS tidak pernah mampu bersuara kepada DAP. Ketika DAP dan PKR memungkiri janji mereka untuk melantik Salleh Man sebagai Pengerusi JAIPP mahupun mengetuai baitulmal negeri tersebut, PAS sekadar diam. PAS tidak ada wakil dalam barisan Exco Pulau Pinang, Idris Ahmad hanya pasrah. PAS ketika Pakatan berkuasa di Perak, sekadar mempunyai wakil selaku Menteri Besar dengan portfolio lain semuanya untuk DAP dan PKR, Idris Ahmad hilang telur. Bahkan PAS ketika DAP melawak-lawakkan Hasan Ali di Selangor sehingga akhirnya Hasan Ali yang meminta maaf kepada Ronnie Liu, langsung tidak berani angkat muka.

Lebih sadis, apabila Karpal Singh secara berterusan menyatakan dia menentang Negara Islam PAS, para pemimpin tertinggi PAS termasuklah Idris Ahmad sekadar mampu memujuk hati sendiri bahawa itu adalah pendapat peribadi Karpal Singh. Apabila Lim Kit Siang juga senada dengan Karpal Singh, yang keluar dari mulut Mursyidul Am ialah, dia sudah nampak bulan di dada Karpal Singh....

Jadi, pertanyaan Idris Ahmad kepada Hishamuddin, wajar dikembalikan kepadanya semula. Sekolah mana yang Idris belajar sehingga PAS yang lembik lotek dan boleh disekeh-sekeh kepalanya oleh Lim Guan Eng, berani panggung kepala pada masa hadapan, seterusnya menjadi ketua Pakatan Rakyat? Peluang apa yang ada pada PAS untuk menggantikan UMNO kalau segala-galanya tentang PAS, sehinggakan perbelanjaan untuk berkempen di Sarawak pun mengharapkan kantung DAP dan PKR, boleh menggantikan UMNO?

Selagi kepimpinan PAS sedia ada tunduk kepada Lim Guan Eng dan mudah ditipu oleh DAP dengan gula-gula yang ditabur sekarang, IDRIS AHMAD TIDAK PAYAHLAH BERMIMPI PAS AKAN GANTI UMNO. Sebaliknya yang berlaku ialah, PAS akan menjadi salah satu sayap yang setaraf dengan DAPSY dalam DAP Kebangsaan.

Tak perlulah Idris Ahmad mencipta cerita dongeng kononnya PAS semakin mendapat sokongan ramai sehingga boleh menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. PAS sendiri pun terpaksa membahagi-bahagikan sokongan yang diterimanya kepada PKR dan DAP tanpa sebarang keuntungan seperti yang berlaku di Sarawak hanya semata-mata kerana SEMANGAT SETIAKAWAN BODOHNYA!!!

Akui sajalah PAS sudah tersalah arah dan mudah termakan taktik pihak musuh!!! Ia jauh lebih mulia berbanding mendabik dada dan terpaksa menyedapkan hati sendiri seperti yang kerap dilakukan oleh Idris Ahmad setiap kali dia membuka mulut.

3 comments:

Anonymous said...

Sekarang pemimpin2 pas ni dah tak berani nak sebut pasai negara islam pasal hudud kalau ada pun dalam masjid semasa majlis ilmu takut takut kena luku kepala nuuuuu.

Anonymous said...

itulah sifat tawaduk pas. tawaduk kepada kafir harbi. apabila ustazah teresa kok suruh perlahankan azan, diperlahankan dengan penuh taat. apabila diarahkan arak yang dirampas dikembalikan maka diserahkannya dengan patuh, apabila diarahkan junjung dan usung bendera dap dengan penuh takzim puak-puak pas usung, adakah kita pernah tengok puak mata sepet usung bendera pas. tarak yilek pucik. hatta menyatakan bahawa pangkah dap itu satu kewajipan, adakah kita mahu pangkah dap yang terang-terang menyatakan langkah mayat ustaz karpal sin dan khalifah lim kait siang dulu baru bolih tubuh negara islam, maka umno tetap dituduh kapir kerana kononnya berkata politik suku agama suku.

Anonymous said...

AKU HARAP KICKDFELA BANTAI SAMPAI MABUK2 semua PEMUDA PAS NI... TAK SEDAR DIRI BETUL.. TAKDA AHLI DAP ANGKAT BENDRA PAS...DAH LAH KALAH KAT SERAWAK..KENA TIPU NGAN DAP LAGI.....MALU LA WOI..NAK GANTI UMNO..RASANYA GANTI PPP JE PALING TINGGI PUN GANTI MIC JE...

SHAME SHME SHAME

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template