Saturday, May 7, 2011

MACAM BIASA, GUAN ENG AKAN KATA SEMUANYA TIPU DAN BERNIAT JAHAT!!!

Pendedahan yang dibuat oleh BIGDOGDOTCOM dan MY ANGER yang kemudiannya dipetik oleh Utusan Malaysia untuk disiarkan di muka hadapan akhbar tersebut, menyebabkan Lim Guan Eng panas punggung. Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang menganjurkan majlis ikrar mengkatholikkan Malaysia dan menaikkan Perdana Menteri Katholik, juga terpaksa membuat penafian dengan alasan bodoh.

Seperti biasa, Lim Guan Eng akan segera melabelkan Utusan Malaysia sebagai jahat dan membuat fitnah. Guan Eng tidak mampu membuat penafian, lebih dari itu. Dari dahulu sampailah sekarang, Guan Eng hanya mampu melabelkan Utusan Malaysia dengan label kegemarannya tanpa dapat menyanggah apa yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Permainan RASIS dan Katholik yang dimainkan oleh DAP cuba diselindungkan dengan menuduh Utusan Malaysia sebagai pengamal budaya rasis dan fitnah. Guan Eng berharap, serangannya ke atas Utusan Malaysia akan dituruti oleh para pencacai, sekaligus melupakan tentang misi sebenar DAP. Malah, menjadikan serangan itu sebagai perisai untuk DAP bergerak bebas MENGKATHOLIKKAN Malaysia dan misi menaikkan Perdana Menteri Katholik pertama di Malaysia.

Dalam keadaan sekarang, Lim Guan Eng akan berusaha menafikan berita dan pendedahan ini dengan walau apa cara sekalipun. Membenarkan pendedahan ini atau mengakui pengkatholikan seluruh Malaysia, akan membuatkan DAP diharamkan dan Jeff Ooi, serta sekalian yang hadir dalam majlis tersebut ke tali gantung kerana memerangi Yang Dipertuan Agong.

Mahu tak mahu, Guan Eng terpaksa mengatakan DAP berikrar mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara, walaupun pada masa yang sama, DAP sedang menyapu keluar umat Islam keluar dari Pulau Pinang serta tempat-tempat di mana DAP diberi kuasa!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template