Apabila berita tentang keluarnya 225 orang ahli PAS dari parti tersebut di Kuala Kedah, maka ramailah pemimpin dan penyorak PAS menjerit sambil menafikan berita tersebut. Kata mereka, berita itu hanyalah satu dakyah UMNO-BN dan tidak benar langsung.Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah yang juga merupakan ADUN Kubang Rotan, Nasir Mustafa turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang 'menyamar' sebagai ahli PAS keluar parti itu.
Malu benarlah PAS jikalau ada ahlinya yang keluar parti tetapi besar-besaranlah berita tentang kemasukan ahli-ahli UMNO ke dalam PAS. Belum pernah lagi PAS mengaku ahli-ahli mereka keluar parti sebaliknya menganggap semua itu hanyalah dakyah semata-mata.
Berita tentang keluar parti dan menyertai parti lawan sebenarnya bukanlah berita yang sangat besar dan penting. Walaupun ada kalangan pembesar parti yang beranggapan itu menunjukkan satu kemenangan moral, hakikatnya pengaruh dan pola pengundi sebenarnya tidak berbeza. Apatah lagi yang bakal mengundi nanti, kebanyakannya bukan ahli mana-mana parti tetapi golongan muda yang akan memilih kerajaan berdasarkan emosi mereka, bukannya berdasarkan akal dan pertimbangan sewajarnya.
Seringkali tumpuan diberikan kepada golongan saluran 1 dan 2 tanpa menghiraukan golongan saluran 3 dan 4 yang jauh lebih penting serta mempunyai pandangan terhadap corak undi pada PRU akan datang.
Justeru tidak perlulah terlalu teruja dengan berita keluarnya 225 orang ahli PAS dari parti mereka menyertai UMNO kerana keluarnya 225 orang bererti ada 2250 orang yang sedang menyokong PAS dari generasi muda yang lebih berpengaruh dan mempunyai akses serta penyebaran maklumat yang lebih meluas!


0 comments:
Post a Comment