Sikap besar kepala, penting diri dan memantul-mantul sebagai merak buih, terus-menerus melanda UMNO Kedah. Perasan yang mereka masih lagi hebat, masih lagi dikehendaki dan masih lagi berpengaruh di Kedah, membuatkan mereka terus bersikap acuh tak acuh terhadap sebarang program yang boleh menaikkan rating mereka semula di negeri Jelapang Padi itu.Itulah yang berlaku dalam program PERKASA yang dianjurkan di Stadium Suka Menanti, Alor Star semalam. Sekalipun yang menjadi tetamu kehormat adalah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, jumlah ahli UMNO yang datang hanyalah sekitar 3 ribu orang.
Mungkin memikirkan yang PERKASA bukan UMNO kerana PERKASA memperjuangkan Melayu dan hak-hak Bumiputera, maka UMNO Kedah enggan terlibat sama. Kalau terlibat sekalipun, penggawa-penggawa dan pembesar-pembesar UMNO yang hadir, bolehlah dibilang dengan jari tangan. Barangkali juga UMNO-Kedah enggan dilabelkan sebagai rasis dan dibimbangi gelaran berkenaan akan menyebabkan UMNO Kedah kalah dalam PRU 13 nanti ekoran rakyat dan pengundi Kedah adalah terdiri daripada majoriti masyarakat campuran yang tidak langsung mempunyai sebarang elemen rasis!!!
Apa yang berlaku semalam, menampakkan ketidaksungguhan UMNO Kedah untuk 'bekerja' dan berusaha mencari pengaruh yang kian menipis. Sekadar menaikkan nama Mukhriz Mahathir ke dalam barisan kepimpinan negeri, UMNO Kedah dilihat langsung tidak kreatif untuk memukat ikan di lubuk yang dalam.
Sepatutnya UMNO Kedah tidak malu untuk menumpang populariti PERKASA dan turut sama menjayakan majlis berkenaan, sekaligus dapat membuktikan bahawa UMNO Kedah sebenarnya sudah pun berada di landasan perjuangan untuk merampas negeri itu semula dari tangan PAS sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh kepimpinan negeri.
Ternyata, segala teori selama ini tentang politik UMNO Kedah, memang benar belaka. PERKASA Kedah dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja marhein pengaruh tetapi juga marhein usaha. UMNO Kedah pula dipimpin oleh golongan yang bukan sahaja lapar kuasa, bahkan sanggup berkerat betis kalau berasakan kedudukan mereka tidak selamat. Gabungan pemimpin UMNO dan PERKASA melahirkan barisan kepimpinan katak-katak betung yang bukan sahaja kuat melaung tetapi berbadan kecil dan terpaksa sentiasa menyorok.
Dan dengan demikian, dapatlah kita buat kesimpulan, OSTAT KITA mempunyai wawasan dan pandangan yang sangat jauh lebih ke hadapan berbanding para pemimpin UMNO Kedah yang bukan sahaja dapat melihat laungan katak betung PERKASA setakat berbunyi OUNG-OUNG-OUNG di hujung paya, bahkan perhimpunan PERKASA KEDAH laksana perhimpunan budak-budak sekolah sebab didatangi nazir sekolah, tidak akan langsung menjejaskan PAS sebaliknya menambahkukuhkan pandangan bahawa Kedah selama-lamanya milik PAS.
Syabas OSTAT KITA kerana enggan terlibat dalam majlis BUTA SENI PERKASA, sekaligus tidak terlibat dengan cubaan mencari pengaruh oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang hilang kuku dan gigi tetapi kuat berpegang kepada PERKASA!!!!


3 comments:
Sebab kenapa pemimpin UMNO Kedah dan bahagian lari dari majlis perkasa kerana mereka anggap meraka akan jadi calon nanti.Bila jadi calon takut undi Cina tak dapat.Terutamanya ketua bahagian.Mereka sahaja anggap mereka layak.Sebenarnya mereka ini bukan layak jadi calon.Dari muka-muka yang ada sebagai ketua bahagian langsung tak layak.Penuh dengan segala masaalah peribadi dan skendel songsang.
2.UMNO bahagian di Kedah bukan ada program pun.Yang ada nanti ialah majlis penyampaian elaun JKKKP.Bukan nak kuat parti tapi kuat sendiri.Kalau ada pun program tumpang tui sahaja.
3.Krisis dalam bahagian bukan makin kendur.Sebaliknya semakin tegang kerana berubut pula nak jadi calon.
4.Pemimpin UMNO termasuk Pemuda masih syok sendiri.Khayal dengan jawatan.
5.Perkasa hanyalah dipandang sebelah mata sahaja oleh pemimpin UMNO.Sedih kerana mereka tidak menghargai perjuangan Perkasa.
6.UMNO Kedah sudah lumpuh dan lemah.Se3ngketa belum tamat.Itu lah cerita yang amat sedih dikedah saat ini.
Cantik lah ulasan CTW mengenai kelibat pemimpin UMNO/PAS dikarnivel PERKASA pada 29 dan 30hb April yang lalu. Bacam buuunga!!!!!.
Ostad Azizan dan konconya lebih awal menafikan kehadzirannya kamajlis tersebut. Maklumat awal diberitahu Ostad Azizan akan hadzir, itu kata kawan-kawan PERKASA dan blog-bog, juga beberapa FB pro-PERKASA dan FB mirip-mirip UMNO. Kononnya, kerana Ostad Azizan nak menghormati Tun Dr Mahathir. Tiba-tiba konconya menafikan kehadzirannya, sebab-sebab tak bagi tahu. Tapi ayat penafian itu, ada gaya marah sikit "TAK ADA SEBAB MB NAK HADZIR".
Nampak jelas, bahawa ketidakhadziran Ostaz Azinn pun kerana takut dia kelihatan bersekongkol dengan PERKASA memperjuangkan Melayu dibumi Kedah yang dia perintah sekarang ini. Dia takut undi Cina dan India lari dari mengundi parti lain dari PAS dan PKR (+ DAP = PAKATAN RAPOH). Walau pun Ostad Azizan tidak hadzir, beliau tetap juga di puji oleh Tun Dr Mahathir kerana Ostad Azizan pemimpin PAS yang boleh berbincang, tida sama dengan pemimpin PAS yang lain. Itu Tun Dr Mahathir belum tahu lagi, Ostad Azizan dengan orang bawahan serta wartawan, "dia ni panas baran Tuuuunn...".
Ketidakhadziran pemimpin UMNO Kedah kamajlis tersebut memang agak mendukacitakan. Itu tidak dapat dinafikan. Malah ada Pengerusi PERKASA Daerah di Kedah yang tidak hadzir punnn... Ditanya, kenapa?. Banyak sebabnya. Jika dizahirkan ada banyak batang hidung yang kena ketuk. Apabila tidak dizahirkan, pemimpin UMNO pulak yang depa ketuk. Itu biasa orang terlibat dalam politik, kan?.
Kekadang jadi orang politik niii.., bila dah sampai kaperingkat pemimpin jadi serba salah yang kekadang hilang panduan. Nak jaga si 'A' si 'B' marah, sebaliknya jaga si 'B' si 'A' marah. Malah, akibah salah langkah banyak yang rugi. Boleh jadi, akibahnya merugikan Ugama, Bangsa dan Negara.
Tetapi, satelah lama jadi orang politik, salepas banyak orang marah dan banyak orang sayang, orang politik jadi sayang nak tinggalkan politik. Hujung-hujung depa join MUBARAK jika depa bekas ADUN, MP atau Senator. Depa join VETRAN jika depa tak pegang jawan dalam parti. Atau, depa join PERKASA jika depa
rasa perjuangan depa kurang berkesan dalam UMNO. Apa pun, kekadang depa niiii... ada juga yang tersalah langkah atau sengaja......????.
Mutakhirnya, orang politik niii...
jadi macam 'anak ayam dogiang tersesat dalam hutan nenas, KIOK KIOK... nak keluar tak boleh, matilah dia dalam hutan nenas tuuu....'
Undi Cina juga yang dikejar ... kenapa tak kejar undi Melayu ek ? Cina bukan ramai sangat kat Kedah ... Pelik eh.
Post a Comment