Monday, May 9, 2011

MEMANG NIAT KAU, NEGARA NI AKAN BERPERANG, KAN GUAN ENG?!!!

Guan Eng telah pun membayangkan bahawa DAP akan memulakan kerja-kerja menghasut rakyat Malaysia agar berperang sesama sendiri, ekoran pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia bahawa DAP sedang melakukan kerja-kerja subversif di negara ini.

Cubaannya untuk meletakkan segala masalah kepada UMNO-BN walhal yang mencetuskannya adalah DAP menerusi Jeff Ooi dan wakil Kidurong, Sarawak, jelas menunjukkan bahawa Guan Eng sememangnya mengetahui dan merestui apa yang berlaku di Red Rock Hotel, Jalan Maccalister tiga hari lepas.

Sepatutnya, kalau benar Lim Guan Eng seorang rakyat Malaysia yang tulen, dia tutup mulut dan mula menyiasat tentang pendedahan tersebut, bukannya kelam-kabut mencari jalan berputar belit untuk menyalahkan pihak yang mendedahkan anasir subversif di dalam partinya sendiri.

Melainkan Guan Eng juga turut terlibat, Ketua Menteri Pulau Pinang ini cuba mencari kesempatan agar tidak dipersalahkan, sepertimana yang dilakukan oleh bapanya pada tahun 1969 apabila menyalahkan UMNO setelah dia sendiri terlibat aktif dalam ceramah dan rapat umum menaikkan sentimen anti Melayu di kalangan orang Cina.

Guan Eng cuba berbohong dengan mengatakan Utusan Malaysia berkempen agar wujud kebencian terhadap kaum Katholik di negara ini. Walhal Utusan Malaysia sekadar melaporkan tentang tindakan Jeff Ooi dan pastor-pastor yang berkempen bagi pihak DAP di Sarawak yang menggunakan Katholik sebagai peluang mereka menghuru-harakan Malaysia.

Apakah Setiausaha Agung DAP ini sebenarnya cuba memberitahu bahawa DAP mewakili seluruh penduduk dan rakyat Malaysia yang beragama Katholik? Dan pada masa yang sama, mengharapkan kenyataannya akan menaikkan sentimen Katholik dan memberikan sokongan padu kepada DAP?

Atau lebih tepat lagi, sebelum 'diserang', Katholik DAP yang menyerang terlebih dahulu?

Adakah itu yang dimaksudkan oleh Guan Eng dalam kenyataannya DI SINI?

1 comments:

wak lu said...

siasat.... jika benar.. hukum gantung erkkk?

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template