Apa sudah jadi apabila Melayu ahli DAP buat laporan polis tentang apa yang berlaku dalam majlis pertemuan para pastor dan Jeff Ooi sendiri? Jeff Ooi nampaknya menggelidik sakan macam cacing kena bakar ekor.Alih-alih Jeff Ooi buat serkap jarang, Mohamed Razali Abdul Rahman, AJK DAP Cawangan Bukit Tumba kemungkinan telah dipaksa oleh saudaranya yang merupakan anggota polis untuk membuat laporan tersebut. Dengan kata lain, Jeff Ooi telah membuat tuduhan bahawa polis telah memaksa Mohamed Razali Abdul Rahman untuk memberikan keterangan memandangkan Mohamed Razali merupakan antara saksi yang hadir dalam majlis berkenaan.
Menggelupur sakan nampaknya DAP. Lim Guan Eng cuba menyalak, meminta Mohamed Razali mendedahkan isi kandungan laporan polisnya sedangkan Mohamed Razali dari awal lagi telah memberitahu bahawa dia tidak dapat mendedahkan laporan berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Senang benar DAP cipta sentimen untuk memusuhi pihak polis. Bagaimana pula anggota polis yang membantu ahli-ahli DAP dan PKR? Terutama yang banyak 'bertolak-ansur' dengan kegiatan jenayah yang sememangnya diketahui didalangi oleh geng-geng PKR-DAP seperti di Pandan Indah dan Pudu? Bagaimana pula dengan Insp. Malino di balai Ampang yang merupakan abang kepada Marlina, pegawai tadbir bahagian perlesenan yang bercinta pula dengan YDP MPAJ dan kemudian ada hubungan pula dengan Sooria, Ahli Majlis MPAJ.... dan sekarang, mereka ini sedang berusaha merampas hak 37 kontraktor Melayu berbilang parti di kawasan Ampang....
Yang tu, Jeff Ooi nak labelkan apa pula? Pencacai-pencacai dan penjilat-penjilat DAP yang seronok mengutuk polis, nak kata apa pula dengan anggota-anggota polis yang ada hubungan darah dengan kakitangan atau pemimpin DAP atau PKR?
Polis adalah entiti kerajaan. Mana-mana parti yang naik jadi kerajaan, itulah yang akan jadi majikan polis. Macam di Selangor juga, bila MB kerahkan FRU pi belasah orang Kampung Sungai Kerandang kalau mereka tak mahu keluar dari kampung yang hendak dimusnahkan oleh Khalid Ibrahim bagi memberi laluan kepada pemajak-pemajak baru bermata sepet!


0 comments:
Post a Comment