Thursday, May 12, 2011

OSTAT KITAS BERJAYA BUKTIKAN, KERAJAAN NEGERI DULU MAIN TARAM SAJA!!!

Bangunan Majlis Bandaraya Alor Star telah disita setelah sebuah syarikat membekalkan alat penjimatan elektrik untuk lampu awam, berjaya memperolehi perintah Mahkamah Tinggi. Perjanjian antara MBAS dengan syarikat berkenaan pada tahun 2007, telah dicabuli oleh MBAS pada September 2008.

Alasan yang diberikan oleh MBAS yang enggan membuat pembayaran ialah syarikat berkenaan tidak memberikan laporan atau butiran operasi mereka. Atau lebih tepat lagi ialah, operasi syarikat berkenaan meragukan dan pembayaran yang dibuat oleh MBAS tidak berbaloi.

Mungkin akan ada orang UMNO yang ingin mengejek dan menggelakkan OSTAT KITA kerana bangunan Majlis Bandaraya Alor Star disita oleh sebuah syarikat yang berjaya memperolehi projek dan kontrak pada zaman mereka memerintah Kedah. Namun, seandainya itulah yang dilakukan, pemimpin UMNO terbabit sekadar mengesahkan bahawa UMNO Kedah sebenarnya buta kayu dan bangkrap idea.

Projek penjimatan elektrik itu sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah berbanding memberikan kemudahan. Apatah lagi, terlalu banyak ASET CABUK yang dibeli oleh UMNO Kedah pada zaman terakhir UMNO memerintah negeri tersebut, masih dapat dilihat oleh penduduk negeri Kedah.

Justeru apabila OSTAT KITA membiarkan bangunan MBAS disita oleh syarikat berkenaan, tindakan tersebut sebenarnya hanya ingin membuktikan bahawa pensitaan hanyalah salah satu daripada cara pendedahan bagaimana hasil negeri yang sepatutnya mengalir kepada rakyat, dialirkan kepada syarikat-syarikat tertentu.

UMNO Kedah yang berada di bawah pentadbiran baru seharusnya memberikan kerjasama kepada OSTAT KITA untuk mendedahkan masalah yang dilakukan oleh pentadbiran lalu kalau benar mereka ingin mendapatkan pengaruh daripada para pengundi. Tiada gunanya bersilat dan bertaichi menepis segala fakta yang sudah termaktub kerana tindakan tersebut hanya akan menyebabkan persepsi UMNO Kedah penuh dengan jembalang, ifrit dan puaka, tidak akan dapat dilupuskan.

2 comments:

Anonymous said...

Depa buat projek di Bandar Raya Aloq Staq tuuuu... tak penah runding dengan UMNO puuunn... UMNO tak leh campur urusan pentadbiran Kerajaan Tempatan. Apatah lagilah urusan tender-tender niiihhh... lagi pun projek kecik-kecik mana ada tender-tender punya. Kengkadang tuuuu... YDP jeeeerr yang buat keputusan.

Ape kebendengan alat jimat letrik tuuuu... Dapat keulusan Sirim dan TNB keeee...

Peguam Bandaraya bodohkah, tak dapat lawan kes yang sekecil tuuuu... Dulu zaman Taulan Rasul jadi Penasihat Undang-Undang MBAS, adaaa ka kes macam niiiii...???.

Anonymous said...

ketidakcekapan dalam pentadbiran - itu sahaja jawapannya biar apa pun mau pusing

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template