Wednesday, May 4, 2011

PEMIMPIN PAS GUNA VIDEO LUCAH ANWAR UNTUK BERKEMPEN!!!

Perebutan jawatan di dalam PAS menjelang Muktamar Agung tidak lama lagi, nampaknya lebih hangat dan panas. Sudah ada yang membakar bangunan kerana hangat hati sebab kalah. Ada yang mulai menimbulkan permusuhan dan perpecahan di dalam jemaah kerana gagal memperolehi jawatan yang diidam-idamkan.

Namun yang paling hebat, penggunaan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim turut digunakan secara meluas. Beberapa laporan yang diterima menunjukkan kecenderungan pemimpin-pemimpin PAS tertentu menggunakan video lucah tersebut untuk memperolehi pengaruh dan sokongan, mempunyai signifikan yang tersendiri dalam menentukan hala tuju hubungan antara PAS dan Anwar Ibrahim.

Video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim juga menyebabkan ramai pemimpin PAS yang mulai mengumpul semula bukti-bukti visual dan audio tentang kerendahan moral Anwar, terutama sekali ketika dia menjawat jawatan di dalam kabinet. Antara yang paling popular adalah cerita tentang Hairani Mohd. Nafis.

Ramai yang kurang mengenali Hairani Mohd. Nafis. Hairani Mohd. Nafis asalnya adalah salah seorang pensyarah UKM. Dia mula berkenalan dengan Anwar Ibrahim ketika Anwar membuat lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada penghujung tahun 80-an. Hairani yang juga merupakan kawan akrab Raja Ahmad Alauddin, seorang pensyarah dan pengarah filem terkenal, kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan bekerja dengan Anwar Ibrahim sebagai penulis ucapan Anwar dengan gaji RM14,000.

Sama seperti lelaki-lelaki yang bekerja dengan Anwar, Hairani juga tergolong sebagai lelaki jambu. Apa yang berlaku selepas itu, tiada sesiapa pun yang tahu. Dan apa nasib Hairani juga, hanya orang-orang tertentu yang lebih maklum.

Bagi yang kurang mengenali atau langsung tidak tahu siapa Hairani Mohd. Nafis, berikut adalah video pengakuannya diliwat oleh Anwar Ibrahim di hadapan Taib Azzamuddin, salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang pada waktu ini merupakan Imam Besar Masjid Negara.


Trend kerendahan moral dan memilih pemimpin yang tidak terlibat dengan sebarang masalah besar telah pun menjadi sebahagian daripada amalan. Walaupun para pendokong Anwar yang ramai di dalam PAS cuba mewujudkan perasaan jijik terhadap pendedahan kerendahan moral Anwar, namun bagi pemimpin PAS yang benar-benar menghayati maksud perjuangan, mereka ternyata lebih memilih kaedah, CEGAH SEBELUM MUDARAT.

Mungkinkah ini juga satu lagi konspirasi UMNO-BN dalam Muktamar Agung PAS?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template