Friday, May 6, 2011

PERINGATAN KEPADA PAPAGOMO DAN PARPUKARI!!!

Gagal berhujah dan menafikan bukti yang ada, beberapa pihak yang menjadi PENCACAI Angkatan Muda Keadilan menjaja gambar-gambar Blogger Papagomo dan Parpukari untuk tujuan yang hanya mereka sahaja yang tahu!!!

Gambar kedua-dua blogger Pro-UMNO tersebut kini tersebar dan disebarkan terutama sekali di Lembah Kelang menerusi Internet dan BLOG. Kaitan peristiwa yang menyebabkan penyebaran gambar Parpukari dan Papagomo besar kemungkinan adalah video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Papagomo dan Parpukari sepatutnya sudah membuat laporan polis!!!

Video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sebenarnya telah menyusahkan PKR dan AMK. Sekalipun mereka gagal menghentikan penyebaran video tersebut, bahkan menjadikan video tersebut lebih hangat dan mendapat sambutan luar biasa, dendam pihak-pihak tertentu di dalam PKR dan AMK ternyata meruap-ruap. Mereka menyalahkan sepenuhnya penyebaran video berkenaan kepada Papagomo walaupun akidah mereka tentang video dan pemilikannya boleh disangsikan.

Kekerapan beberapa blog menyiarkan gambar Papagomo dan Parpukari dilihat sebagai usaha menakut-nakutkan dan mengugut blogger Pro-UMNO agar meninggalkan isu video lucah Anwar Ibrahim. Sekalipun sehingga kini tiada lagi provokasi secara fizikal dan lisan yang dikeluarkan, namun melihat kepada kesungguhan mereka menyebarkan gambar kedua-dua blogger tersebut, tujuan mereka sebenarnya sudah boleh diagak!

Peringatan kepada Parpukari dan Papagomo, anda berdua perlu lebih berhati-hati kerana gambar anda berdua sudah pun berada 'di pasaran'!!!

Kalau Rumah Allah pun mereka sanggup berkurang ajar dan kemudian menafikan kebiadapan mereka tanpa segan silu, maka tidak mustahil, ada 'muslihat sadis' yang akan dilakukan dan kemudian mereka menggunakan kaedah nafi seperti biasa!!!

6 comments:

Anonymous said...

SY 100% MENYOKONG PENDAPAT PAPAGOMO:

"Namun Gomo nak pesan pada AMK cicak mengkarung ni semua! Jika takut pada Risiko Usah Bicara soal Perjuangan! Datang 10 kita Lawan! Datang seribu pun kita lawan! Kalau datang sejuta tu pembohong pasal PKR tak mempunyai ahli sampai sejuta pun!"

Anonymous said...

UMNO tu dipenuhi dengan mrk yg ketagih bir dan alkohol

Anonymous said...

apa kaitan parpukari dlm isu video nihh..setakat tulis dlm blog x yah nak takut ler..kalau gomo tuh aku percaya..dah baper kali polis panggil suh beri keterangan..

Ular Menyusur Akar on May 6, 2011 2:36 PM said...

Apa hal pulak ni? Nak pukul curi ke? Kan senang pergi rumah Parpukari dan Papagomo pukul aje kat sana? Dahlah nuar kata dia agen 007. Anak buah jadi agen apa pulak?

AMK,kata memperjuangkan demokrasi. Ini dah nak memperjuangkan pukul curi. Pakai fakta lah beb oii....

Anonymous said...

Papakari papagomo demo berdua kena kuat.. lawan jangae takut Kuasa Allah lebih hebat dan berkuasa dari kumpulan bawah tanah PKR(puak korang nyiur).. Semuga Allah melindungi demo berdua

matpanah on May 6, 2011 6:48 PM said...

anon 1:46
'UMNO tu dipenuhi dengan mrk yg ketagih bir dan alkohol'

Ni la cara pencacai PKR. Persoalan sebenar tak jawab, lepas tu buat tuduhan rambang. Tangkap borong.

Dasar umat yang dah ditutup pintu hatinya!

Tahniah PAS kerana dah berjaya dibodohkan oleh lembu-lembu belaan Anwar tu.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template