Pendirian dan perjuangan PAS kini diragui kerana sanggup “mendakap” DAP dan melindungi pemimpin tidak bermoral. Sejak terbongkarnya video seks yang membabitkan Anwar Ibrahim, PAS mula goyah dengan pendirian dan perjuangannya demi kepentingan politik untuk berkuasa. Kalau dulu PAS bersemangat memperjuangkan isu berkaitan umat Islam di negara ini namun kini PAS ketara cuba melindungi pemimpin tidak bermoral.
Perjuangan PAS terpesong jauh dari landasan asal yang berteraskan kepada moral, etika dan agama. Ini jelas dibuktikan setelah pemimpin PAS melalui pelbagai usaha cuba membela Anwar Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video seks yang tersebar luas malah bernada sama dalam Kes Liwat I dan II yang turut membabitkan Ketua Pembangkang tersebut. Mereka sanggup mengenepikan soal moral, etika dan agama jika ianya membabitkan kepentingan politik PAS untuk berkuasa.
PAS secara lantang mempertikai pelaksanaan sumpah laknat oleh Datuk Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada 29 April 2011. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa pula mahu Datuk Eskay menjalani ujian poligraf. Dalam hal ini, kenapa PAS tidak mendesak Anwar untuk melaksanakan sumpah laknat dan menjalani ujian poligraf? Jika PAS benar-benar ikhlas, mereka perlu menyokong usaha-usaha mencari kebenaran dan bukannya berdolak-dalik demi melindungi Anwar yang tidak bermoral. Ternyata pendirian PAS dalam isu Anwar ini bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. Terlalu banyak kontroversi dan skandal yang melibatkan Anwar malah kredibiliti moralnya bukan lagi sekadar tercalar malah telah tercemar. Sampai bilakah PAS akan melindungi Anwar yang tidak bermoral?



2 comments:
Tuan,
PAS memang sejak dari dulu dan kini membohongi rakyat Malaysia dan penyokong mereka dengan slogan negara Islam. Tetapi pada hakikatnya mereka tidak membenarkan kata-kata mereka. Mereka berkata hendak tegakkan negara Islam tetapi pada setiap pilihanraya mereka hanya bertanding 60 kerusi dari 222 kerusi parlimen. Tambahan pula sekarang PAS berpakat dengan DAP yang langsung tidak berpegang pada Islam. Sudah-sudahlah berbohong pada rakyat Malaysia dan pada pengundi.
Sesuai lah dengan Slogan nya "Pas bukan nak mentadbir..tapi nak tegak kan Islam" kononnya.. tapi bila sedar Perak di rampas semula oleh kerajaan BN, yang terbaring tengah2 jalan halang anak sultan lalu siapa..? orang melayu berserban... sanggup gadai nyawa semata2 nak perjuangkan MB darah cina merangkap pencacai najis Ngah dan ngeh... Kalau aku anak raja tu.. aku lenggek kan ajer... Jihad lah perbuatannya... tapi kena ingat2 sikit, itu jihad jahanam namanya.. Kalau nak tegak Islam..tegaklah cara yg sebetulnya ikut quran sunnah dan hadith sahih dari muhammad s.a.w . Bukan ikut syiah macam mat sabuuuu tohhh. konco2 bebal dan bengap jadi ikutan anta anta enteee..... Alim Ulama Pas.. Ular dalam semak!
Post a Comment