Saturday, May 14, 2011

PUAK-PUAK PKR FAHAM KER APA ITU TAZKIRAH DAN SOLAT HAJAT?

Bila Nabi s.a.w kata, selesaikan masalah dengan bersolat, maka janji Nabi s.a.w itu adalah benar dan haq. Tidak perlu diragui bahawa sebarang masalah boleh diselesaikan menerusi solat. Tidak payah pakai hukum akal, tidak perlu nak sibuk guna ilmu mantiq Yunani.

Bila Allah Taala perintahkan, berdoalah kepada-Nya, nescaya diperkenankan doa itu. Maka janji Allah Taala adalah janji haq. Janji yang tidak perlu diragui. Janji yang tidak perlu dipertikaikan dan janji yang tidak memerlukan tipu helah serta alasan-alasan lain di samping mencari-cari jalan mengupas bagaimana Allah Taala menunaikan janji setiap seorang hamba-hamba-Nya yang berdoa, tak kiralah sama ada si hamba itu seorang murtad, musyrikin apatah lagi Muslim.

Istiqomah ketika memohon hajat dan munajat kepada Allah Taala adalah perbuatan yang sangat digalakkan. Tidak perlu menunjuk-nunjukkan, bahkan saat yang paling afdal bermunajat ialah apabila 'Allah Taala turun ke langit pertama' pada sepertiga malam, menunjukkan kepada kita bahawa Allah Taala tidak pernah tidak memperkenankan doa-doa hamba-hamba-Nya.

Cuma yang seringkali dilupakan oleh hamba-hamba-Nya ialah apabila Allah Taala memperkenankan doa-doa tersebut dengan 'cara-Nya'. Contoh terbaik, apabila si penjahat memohon kepada Allah Taala agar ditunjukkan jalan yang benar dan mengeluarkannya daripada jalan kesesatan serta kejahatan yang dipilih, maka diperkenankan Allah Taala dan si penjahat itu dihukum penjara atau dihukum bunuh.

Dari segi akal, kelihatan seolah-olah Allah Taala tidak memperkenankan bahkan telah menghukum si penjahat tersebut. Tetapi bagi mereka yang tahu kebesaran Allah Taala dan keindahan Af'al-Nya, si penjahat itu sebenarnya telah dikabulkan permohonannya. Dia telah ditunjukkan jalan yang benar dengan Allah Taala meletakkannya di dalam penjara, terkurung dan terlindung daripada segala macam anasir yang bersifat makhluk. Apabila bersendirian dan tiada gangguan, maka mudahlah untuk dia memikirkan kebesaran Allah Taala dan memberikan tumpuan kepada taubatan nasuhanya. Begitu juga apabila dia dihukum bunuh, bermakna Allah Taala telah memperkenankan doanya agar dia diselamatkan daripada terus melakukan kesalahan dan hukuman bunuh tersebut bertindak sebagai penyelamatnya daripada api neraka.

Namun manusia teramai yang berdoa dan bermunajat kepada Allah Taala ialah manusia yang mahu Allah Taala menunaikan doa mereka mengikut suara hari mereka. Merek istiqomah melakukannya, bukan kerana mahu Allah Taala menunjukkan kebenaran, tetapi agar Allah Taala membenarkan dia melakukan perbuatan jahat tanpa disekat atau dihalang oleh sesiapa pun.

3000 orang bermunajat lagi malam tadi di Stadium Selayang. Salah seorang daripada mereka adalah Anwar Ibrahim yang kelihatan sangat terdesak dan akhirnya terpaksa menjadi stereotaip sepertimana manusia beragama yang lain, yang hanya mengingati Allah Taala apabila sudah terdesak dan kesalahan mereka semakin timbul. Dan hal ini sebenarnya bukanlah perkara luar biasa kerana Allah Taala telah pun memperingatkan kita semua 1400 tahun dahulu apabila menggambarkan golongan yang tersepit akan mula mengingati Allah Taala dan memohon kepada-Nya apabila berada di dalam kesusahan. Pada ketika itu, doa mereka menjadi panjang dan air mata mereka mengalir membasahi pipi dan janggut. Bila bercakap pun, lemah sahaja nadanya seolah-olah mereka sudah terlalu pasrah dan bunga-bunga cakap, semuanya berkisar tentang agama, Allah Taala dan Islam.

Itu yang Allah Taala firmankan di dalam Al Quran. Dan firman Allah Taala, tidak ada satu pun yang bersalahan, mungkir mahupun tersilap. Anwar Ibrahim adalah contoh terbaik untuk membuktikan kebenaran Al Quran dan Firman Allah Taala.

Tatkala berkuasa, makhluk ini tersangat sombong. Usul agama seringkali diperlekehkan. Gerakan-gerakan Islam dianggapnya sebagai selipar jamban dan mangkuk tandas. Serangan terhadap gerakan Islam tidak pernah berperikemanusiaan. Apabila Dr. Mahathir mengatakan pentadbiran negara memerlukan pembangkang Melayu-Islam yang kuat, Anwar pula bertindak sebaliknya.

Dan sekarang, dia menjadi si pengasih PAS melebihi kasih ahli-ahli PAS kepada PAS sendiri. Dia menjadi lebih pengkagum Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang, sekalipun kedua-duanya ketika dia berkuasa dahulu adalah selipar jamban dan mangkuk tandas.

Justeru, marilah kita sama-sama meningkatkan iman kepada Allah Taala, mengenal-Nya dengan sebenar-benar kenal. Beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Mencintai-Nya dengan sebenar-benar cinta.... dan beramal ibadat kepada-Nya dengan sebenar-benar amal dan ibadat... tanpa perlu menyengutukan-Nya dengan mana-mana tokoh politik mahupun dasar-dasar parti politik!!!

Sesungguhnya tiada sekutu bagi-Nya dan Dialah Tuhan seru sekalian alam!!!

Maha Suci Dia yang tidak memerlukan makhluk melainkan makhluk yang memerlukan-Nya!!!

9 comments:

Anonymous said...

To cucu Tok Wan......

..WELL SAID (WRITTEN)

Hahn on May 15, 2011 1:25 AM said...

3000 orang? Wow! Lagi bertambah panas lah si Iblis kena solat hajat tu.

Terima kasih PAS. Semakin lagi Allah bukakan petunjuk kepada PAS yang masih tak faham petunjuk dari solat solat hajat yang lepas.

Kelakuan PAS sama dengan kelakuan Bani Israel dalam Surah Al-Baqarah. Apabila di minta menyembelih lembu betina.

Perkerjaan yang mudah menjadi susah kerana banyak songel.

Mungkin kalau masih tak faham lagi bahang solat hajat itu akan meresap pula dalam PAS.

Mari kita lihat!

Anonymous said...

Last sekali si anu ghajrah ni ni jadi batu macam tanggang baru ahlul PAS nak percaya bahawa si dia ni peliwat dan pelanggan china doll agak nya kot?

Anonymous said...

puak puak ni mana tau apa,peti ayat quran sepatah ja depa pakat ternganga konon nya islam la sangat,rupa nya depa nak kena jual tak sedar lagi, orang islam banyak percaya bomoh pasal bomoh pun petik sepatah dua ayat quran, akhirnya pakat sesat..padan muka.

Najis Awang said...

Nik Najis dan Hadi Awang. cukup lah dengan pembohongan dan menjual agama kau demi kepentingan politik. Dgn solat Hajat ini apa yg boleh dan perlu kau bukti kan tentang Anwar Ibrahim?
Pas sekali lagi menyalah gunakan agama dan ibadah demi untuk kepentingan politik parti nya..

Semoga kali ini hajat yg di minta oleh puak2 PAS ini terkabul.. terima kasih kerana meletak kan taraf dan maruah Islam di Malaysia di tahap yg paling hina dan keji.

Jo said...

LGE, Nga khor ming DAPig..petik dua tiga ayat quraan...langsung bisu PAS...

Anonymous said...

ARTIKEL YG SGT BAIK!!

aljubori said...

petikan kata2 Dr Wahbah Az zuhaily (Harakah daily):Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke Hadrat Allah SWT dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh temeh ini," tegasnya pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tak reti2 lagi ker? Dah kena perli macam tu, dah kantoi nak jugak jadi pemimpin.bawk2 bertaubat saja lah Anwar.

jie on May 15, 2011 5:30 PM said...

artikel yang bagus. teruskan perjuangan saudara.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template