Kalau dah namanya peguam, walau dengan cara apa sekalipun, semuanya nak diputarbelit. Berbekalkan jawatan di dalam Persatuan Peguam-Peguam Syarie, seorang peguam penyokong Anwar Ibrahim mengeluarkan FATWA bahawa sumpah mubahalah hanya untuk perkara membabitkan akidah semata-mata. Rujukannya ialah MEMUTARBELITKAN fakta dari dalam al Quran untuk golongan juhalak yang bodoh dan buta kayu!!!Kononnya hanya terdapat sumpah qasamah di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Sumpah mubahalah tidak ada. Bahkan ada kalangan si bodoh bebal yang hanya berpura-pura beriman kepada al Quran yang berani menyatakan, SUMPAH MUBAHALAH adalah PERBUATAN KHURAFAT!!!
Yang disibukkan oleh Timbalan Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang ialah tentang Sumpah Mubahalah yang kononnya tidak menepati syariat Islam. Bahkan kononnya tidak ada di dalam Islam. Walhal sumpah mubahalah yang dilakukan oleh Eskay adalah sumpah melaknat dirinya sendiri jikalau dia berdusta dan menfitnah.
Kenapa pula Musa Awang yang tergedik-gedik macam dibaham sumpah? Yang duk ada sekarang, bukankah satu bayyinah? Mengapa ditolak bayyinah yang ada sehingga perlu qazaf? Adakah kerana bayyinah itu mengesahkan orang berkenaan adalah Anwar Ibrahim?
Sayang sangatkah Musa Awang dan para penyokong Anwar Ibrahim kepada Shazryl Eskay kerana memohon Allah Taala melaknat dirinya jikalau dia berdusta, sehingga kelam-kabut dengan qazaf? Padahal Sumpah Mubahalah itu sebenarnya bukan tujuan untuk perundangan dan tidak laku di dalam mahkamah kalau ada perbicaraan? Ia hanya bersifat peribadi dan tidak seharusnya menimbulkan ketakutan kepada para penyokong Anwar Ibrahim kerana perlaknatan tersebut adalah ke atas diri Shazryl Eskay sekiranya dia berbohong dan menfitnah Anwar Ibrahim.
Apakah desakan qazaf dilakukan untuk menutup perkara sebenar, terutama kerana ada pendapat yang mengatakan mubahalah adalah perbuatan khurafat? Apakah makhluk lidah bercabang yang mementingkan keuntungan seperti Musa Awang, mahu meletakkan Mubahalah sama kedudukannya dengan qazaf di dalam mahkamah?
Nyata, kebenaran yang Allah Taala tunjukkan tidak memerlukan ceramah dan siri penjelajahan ke seluruh negara untuk berkempen. Sebaliknya sudah cukup dengan menunjukkan betapa kelam-kabutnya para penyokong Anwar Ibrahim yang cuba menaikkan isu qazaf di mahkamah berbanding mubahalah yang tiada kena-mengena dengan perundangan.
Nak Islam sangatlah kononnya... kalau betul-betul mahukan Islam dan mengangkat Islam ke puncak, sepatutnya para penyokong Anwar Ibrahim sudah pun menasihati Ketua Umum PKR itu agar berhenti dan tidak terlibat langsung dengan politik selagi kesnya belum selesai, bahkan menasihati agar video berkenaan dibawa ke mahkamah untuk mengenalpasti si pelakunya.
Sebabnya, antara salah satu penyebab, walayah seorang pemimpin gugur adalah apabila peribadinya dilihat kotor dan kekuasaannya mencemarkan imej serta kepemimpinan umat Islam!


0 comments:
Post a Comment