Ketika kaum bawahan bertungkus-lumus untuk memastikan UMNO menang pada PRU13 nanti, keadaan pula sangat berbeza bagi golongan di dalam UMNO sendiri. Kebanyakan pemimpin atau yang berasakan mereka adalah pemimpin UMNO, tidak melihat sedikit pun tentang kepentingan PRU13. Sebaliknya mereka lebih mementingkan tentang pemilihan pucuk pimpinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Itu diakui sendiri oleh pembantu seorang pembesar UMNO yang merasmikan banyak mesyuarat Bahagian dan Cawangan. Kempen dan lobi-melobi untuk memastikan nama mereka tersenarai sebagai calon dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO mengatasi segala-galanya. Itu belum lagi usaha agar nama mereka tersenarai sebagai calon pilihanraya.
Sindrom 'tak apalah, Perdana Menteri boleh buat', rupa-rupanya masih menebal di hati kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka ini bukan sahaja SANGAT PEMALAS, SOMBONG dan SANGAT YAKIN MENANG, bahkan mereka juga turut berusaha agar tiada saingan bagi mereka mendapatkan jawatan penting di dalam UMNO.
Siapa Ketua Bahagian, siapa Ketua Pemuda, siapa Ketua Wanita, siapa Ketua Puteri... siapa pula AJK... itu yang lebih menjadi persoalan kepada para pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan. Tanpa jawatan di dalam UMNO, mereka tidak akan mampu untuk bekerja bagi pihak UMNO. Malah tanpa ragu-ragu, apabila mereka tidak tersenarai, puak-puak ini akan mengambil keputusan untuk menikam calon-calon yang tersenarai... seperti mana yang berlaku pada PRU12 apabila kalangan pemimpin UMNO sendiri yang mengalahkan calon-calon UMNO-BN.
Mungkin melihat kepada senario semasa, puak-puak ini beranggapan, apa-apa sahaja yang mereka lakukan akan disokong oleh golongan bawahan. Apatah lagi, ada kalangan mereka yang menggunakan jentera tersendiri dalam dunia siber!!!
Ahli-ahli UMNO seharusnya tidak mengamalkan sama sekali perangai ahli-ahli PAS yang wala' tidak bertempat dan tidak pernah meragui para pemimpin mereka, walaupun pemimpin yang naik itu BENAR-BENAR BODOH DAN BENGAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar. Seharusnya ahli-ahli UMNO mempunyai otak dan boleh berfikir secara jelas tentang peranan mereka di dalam parti.
Wala' atau ketaatan tidak seharusnya diberikan kepada para pemimpin secara membuta tuli. Sebaliknya niat sebenar para pemimpin yang bersungguh-sungguh mahu dipilih, perlu dipertikaikan kerana mereka yang benar-benar mahukan jawatan dan kuasa, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah MANUSIA PEMUSNAH yang sedang berlakon sebagai manusia yang baik.
DAN KALAULAH PARA PEMIMPIN UMNO LEBIH MEMENTINGKAN KEDUDUKAN SERTA PEREBUTAN JAWATAN DI DALAM PARTI, MUNGKIN ADA BAIKNYA UMNO 'DIREHATKAN' SEKALI LAGI PADA PRU13 AKAN DATANG.... dan selagi para pemimpin UMNO lebih mementingkan kedudukan di dalam parti, selagi itulah UMNO perlu terus 'direhatkan' sehinggalah para pemimpin dan ahli-ahli UMNO sedar, bahawa jawatan di dalam parti tidak sepenting kemenangan dalam Pilihanraya!!!


6 comments:
Amat benar seperti yang penulis katakan. Kadang-kadang rakyat yang tidak berparti seperti saya tewrasa dipinggirkan walaupun pada hakikatnya ramai yang menyokong BN tetapi tidak menyertai mana-mana parti. Saya yakin sekiranya rakyat yang tidak berparti ini disatukan mengundi sebuah Parti Bebas nescaya BN akan tumbang.
Malangnya peminpim-pemimpin BN, UMNO khasnya hanya memandang sebelah mata rakyat yang tidak berparti ini. Jauh sekali ingin menghargai, jika kami ingin mendekati pemimpin mereka yang turut kami undi dalam pilihanraya maka kami akan dipandang serong oleh ahli-ahli parti berkenaan.
Oleh itu janganlah terlalu yakin BN akan menang selesa pada PRU yang akan datang kerana orang yang tidak berparti inilah yang akan menentukan kemenangan mana-mana parti pilihan mereka.
Kadang-kadang kami muak dengan sikap ego dan sombong pemimpin yang merasakan bahawa kemenangan mereka adalah kerana mereka hebat.
Jangan biarkan gelombang yang melanda dalam PRU-12 berulang dalam PRU 13.
Terus terang... saya sendiri masih 50-50 siapa yg akan saya pangkah pada PRU 13 nanti walaupun sebelum ini saya belum pernah memangkah pembangkang.
Kita bakar sebelum PRU 13 nanti. Kita kikis mana yang berkarat. Biar UMNO bersih sebelum piliharaya. Trojan horse kita kumpulkan dalam satu tempat, kita ceraikan kaki dan kepala dari badan.
Orang dah pusing kepala, mereka masih syok sendiri.
Para blogger Pro UMNO tolong sampaikan isi hati pengundi-pengundi atas pagar macam saya dan yg diluar sana (saya pengundi BN sejak dulu lagi walaupun ramai bagi undi protes dlm PRU12, tapi saya tetap BN)kepada Presiden UMNO bagi mesej yg kuat kuat kat puak-puak UMNO yg kuat melobi nak rebut jawatan tu & calon pilihanraya selagi tak buat kerja untuk tarik ramai pengundi ke BN, jgn harap nak dpt jawatan atau calon.Jgn peduli puak2 ni.Yg penting pengundi UMNO dan atas pagar. Melayu & Islam dah nak mampus pun asyik nak rebut-rebut lagi . Silap haribulan pengundi macam kami yg taat pada BN/UMNO sejak dulu, PRU13 ni terus pusing 720 degree. AWAS!!!!
Setuju sepenuhnya dgn luahan sdr yg saya rasakan lebih jiwa perjuangan dr setengah2 pemimpin Bahagian. Saya sendiri sebagai pemimpin pemuda di bahagian sya memberi amaran kepada semua jentera supaya jgn sesekali membincangkan ttg pemilihan parti waimah siapa calon yg akan mewakili BN pd PRU yg akan dtg ini. Secara individu saya juga merasakan bahawa sekiranya ada mana2 pemimpin yg telah melobi utk jawatan tersebut kita kena sama2 tentukan manusia yg mcm ini tidak perlu ada utk memimpin generasi yg akan datang. Wallahualam.
suka diingatkan kepada pemegang-pemegang jawatan didalam pucuk pimpinan UMNO,samaada bahagian atau cawangan..hentikan tindakan memecah belahkan parti di kawasan masing-masing..hentikan kerja bingai lobi melobi diri sendiri dan meniup angin kononnya calon anu bin anu akan di pertandingkan... fikirlah baik2.. pengundi2 bukan bodoh dan bahlol macam dulu,malah lebih bijak dr anda-anda semua.saya tetap bersama UMNO,tetapi ingat..ini adalah amaran keras dalam bentuk mesej kepada para pemimpin UMNO cawangan,bahagian dan majlis tertinggi.Jangan difikirkan tentang pencalonan..pemerhati luar tahu siapakah yang akan dipilih.Jangan mimpi calon datang dalam parti..kerana Presiden telah berpesan 'winable candidate' akan di calonkan,samaada dari dalam parti mahupun luar parti dan walau pun si penjual goreng pisang.Jadi ayuh kita sama-sama bekerja,berusaha dan berjuang demi kemenangan kali ini melebihi 2/3 kemenangan kerusi.. siapa yang bakal naik itu tidak penting..yang penting kemenangan,tiada kemenangan tanpa bersatu hati..hendaklah kita bersatu hati untuk berjuang..tapi bukan bersatu hati bila makan sate saje....seperti doa yang kita selalu sebut2.. Ya Allah satukan lah hati-hati kami....
Memang benar sangat sangat apa yang dikatakan olih penyokong penyokong TEGAR kerajaan BN yang bukan ahli UMNO. Pada setiap PR saya akan tetap memangkah BN walaupun saya tahu wakil yang saya pangkah itu bukan lah bolih diharapkan sangat. Namun olih kerana sayangkan Agama dan bangsa MELAYU saya tetap mahukan orang MELAYU memerintah negara tersayang ini.Rata rata saya beranggapan bahawa pemegang pemegang jawatan dalam UMNO lebih berusaha untuk memegang jawatan untuk kepentingan peribadi. Berusaha untuk membesarkan TEMBOLOK sendiri daripada berusaha untuk membesarkan tembolok rakyat. Segala apa yang dikatakan adalah lah lebih kepada kepura puraan untuk meraih undi dari rakyat daripada untuk berkhidmat untuk rakyat yang sebenarnya. Mereka ini tidak serik lagi dengan apa yang terjadi pada PRU 12 dan sehingga sekarang ini kedudukan orang MELAYU bolih dikatakan dalam keadaan tidak terurus,tiada seorang pun pemimpin UMNO yang bolih mendabik dada mengatakan saya berjuang semata mata kerana RAKYAT DAN KERANA ALLAH SWT DENGAN BERANI DAN IKHLAS.Saya sebenarnya masih tercari cari dan tertanya tanya apakah tidak adakah lagi seorang, duaorang atau tigaorang yang ingin digelarkan sebagai pemimpin setaraf atau sebanding dengan yang amat saya sayangi Tun. Mahathir, walaupun ada cacat cela nya, saya pasti pejuangan beliau adalah lebih baik daripada seluruh pemimpin dalam UMNO sekarang. Maka dengan ini saya menasihatkan pemimpin ataupun wanabe pemimpin bekerja dan berjuang lah dengan penuh ikhlas kerana ALLAH swt dan untuk bangsa MEKAYU kamu, Jika ada yang berbuat sedemikain yang pastinya saya akan memberi sepenuh sokongan.Sekiran nya segala perbuatan adalah untuk kebaikan maka kebaikan akan datang kepada diri kamu di dunia dan juga di akhirat kelak, wallahu'alam.
Post a Comment