Ketua Penerangan PAS Selangor, merangkap Ahli Majlis MPSJ perlu dipuji dan diangkat setinggi langit. Kecekapannya mungkin mengatasi segala-galanya terutama dalam bab bersegera mendapatkan kontrak pembersihan setelah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menamatkan kontraktor yang bekerja dengan Alam Flora Sdn. Bhd.Menyedari yang Alam Flora Sdn. Bhd tidak boleh ditamatkan perkhidmatan mengangkut sampah di dalam tong sampah, kerajaan Pakatan Rakyat yang sangat bijak memanipulasi undang-undang dan akta sambil 'mempertahankan' geran RM60 juta untuk pembersihan dan RM16 juta untuk PBT daripada Kerajaan Pusat, maka ruang yang boleh digunakan untuk memperlekehkan AFSB dengan memberikan imej buruk dan gagal melaksanakan tugas ialah dengan MENGHAPUSKAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR PEMBERSIHAN yang kesemua mereka adalah Melayu sama ada Melayu PKR, Melayu PAS dan Melayu UMNO, bahkan Melayu yang tidak berparti politik!!!
Bagaimanapun, di sinilah perlunya Roslan Sahir Mohd Sahir yang lebih dikenali sebagai Roslan SMS dipuji. Sebabnya, belum pun kontraktor-kontraktor di 5 PBT tersebut ditamatkan khidmat mereka, dengar khabarnya dia telah pun membawa 30 kontraktor pembersihan yang baru menghadap Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Walaupun terdapat juga khabar, kontraktor-kontraktor baru itu sebenarnya hanyalah proksi untuk seorang TAUKEH BESAR CINA bernama Mr.Mok, namun tindakan Ahli Majlis MPSJ itu sebenarnya wajar diberikan pujian kerana masih lagi berusaha untuk membela kontraktor Melayu sekalipun mereka nantinya hanya mampu memperolehi 10% manakala 90% lagi milik taukeh berkenaan daripada pembayaran PBT tertentu!!!
Sekalung tahniah diucapkan kepada Roslan SMS, Ketua Penerangan PAS Selangor yang bertindak 'bijak' dengan mendahului keputusan penamatan khidmat kontraktor sedia ada!!!


5 comments:
Beginilah nasib menimpa kontraktor seperti Alam Flora. PAS hanya jadi tunggangan DAP & PKR.
aduuh... betoi ke nih? salahtu... 10% kepada kontraktor yang menjalankan tugas, 10% pegi ke PAS, 10% pegi ke PKR, 30% pegi ke DAP (mcm kes TBH) dan 40% pegi ke Mok... SPRM biler mau masuk? Pejabat AG, khaskan lar peguam2 untuk teliti isu2 seperti yang berlaku dinegeri PR nih... jahanam negara dibuatnya... bako anwar, bako, bako dia...
Laaa lagu nie ke? Baru saya percaya pemimpin PAS nie macam setan juga rupanya. Ingatkan betul2 Isle.hehehe
Ni la time nya dia nak rembat pulun abis...lepas ni jgn nk merasa lagi....bijak-bijak budak sms tu.
USUL KEBIJAKSANAAN PIHAK BLOGGER PANJANGKAN PERKARA INI KE PERINGKAT SPRM.. MEMANDANGKAN ISU INI TELAH DIPOLITIKKAN DAN TIDAK LAGI ISU TEKNIKAL.. TOLONG PANJANGKAN TUAN BLOGGER... SPRM SEDIA MENYIASAT PERKARA INI.. TERIMA KASIH..
Post a Comment