Doa Nik Abdul Aziz dimakbulkan Allah Taala serta-merta. Video HD yang disiarkan menerusi talian secara langsung atau streaming online, sudah pun tersedia untuk tatapan para pembela Anwar Ibrahim. Ia bukan sahaja untuk kemudahan para pembela Anwar Ibrahim untuk mencari dalih demi dalih, sebaliknya untuk memberikan pengetahuan yang lebih luas, solat adalah penyelesaian kepada segala-galanya.
Sudah diberitahu berulang-ulang kali bahawa segala sesuatu perlu diserahkan kepada Allah Taala, terutama sekali bagi perkara yang samar-samar dan menyimpan sebentar pembelaan terhadap orang yang pernah didapati bersalah kerana meliwat dan menyalahguna kuasa. Namun atas dasar assabiyah, Anwar Ibrahim terus dibela sekalipun memang sudah terlalu banyak tanda, Anwar Ibrahim adalah penjenayah yang tidak sepatutnya dibebaskan daripada penjara!
Mujurlah Allah Taala mengurniakan akal dan kudrat. Diilhamkan kepada Anwar Ibrahim agar menggerakkan sekutu-sekutu kuatnya seperti Nik Abdul Aziz yang mempunyai pengaruh besar di kalangan para ahli PAS dan PKR sendiri untuk mengetuai solat hajat dan berdoa kepada-Nya untuk menunjukkan keadilan dan menolak fitnah.
Maka dengan kebesaran-Nya dan dengan Af'al-Nya, digerakkan usaha kepada hamba tertentu yang memuatnaikkan dan meletakkan video Anwar untuk pembuktian kepada bersalahnya pembelaan pencacai-pencacai sekalian.
Semuanya kerana berkat doa dan solat hajat yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat!


7 comments:
Sekiranya BN ambik Anwar jadi ahli dan jadi menteri kabinet waktu ini, pasti dan teramat pasti orang yang sanjung Anwar berubah arah dan video tu lah jugak jadi asas kutukan.
macam tu juga kalau CSL maduk PKR pelakun dlm video tu bukan CSL walaupun dia dan mengaku
Fitnah yg merosak iman dan ketaqwaan kita pada yang ESA....Fitnah juga akan menyebabkan kita muflis di akhirat nanti.....Fikir2 kanlah..
balik balik fitnah, balik balik fitnah.. tengooooookk laa. Dah jelas depan mata. Isunya bukan pasal fitnah, aib atau konspirasi. Isunya adalah , orang yg dalam video tu.
Orang dalam video tu bersedap sedapan bersenda gurauan antara pusat & lutut, korang pegi malalak dalam rumah Allah macam budak kecik yang tak kenal antara taik & susu.
org yg ktuk tu pn lbih kurang jer ngan lam video tu,, nk tjuk baik ler kononnyer... xyah ler hipokrit sgt.. tgk fakta.. jgn le mmbutakn hati kerana pngkat dan duniawi semata2.. igt kite akn blik mngadap Tuhan RabbulJalil.. mse tu pnyesaln dh x bguna..klu tol pn dosa die ngan Tuhan.. yg hgpa smua dok klut nape.. korang dh hisab ke dri tu lps ke x di msyar nnti,,
betul....muhasabahlah ...diri...kita lebih baik....Dalam kecanggihan teknologi masa kini segala2nya berkemungkinan....terjadi....manusia yg terlalu gilakan pangkat dan harta sanggup buat apa saja...utk jatuhkan org lain....ini bukan sokong sapa2 tetapi kita semua akan kembali kpd ALLAH swt...juga...andaikata org yg mengata itu diberikan peluang utk dibuat video pornonya....dgn menggunakan wajah melalui kecanggihan teknologi...kini...sapa2 pun boleh percaya.... Salah satu tanda dekatnya kiamat....fitnah berleluasa.... tetapi tidakkah kita sayang dan cinta akan diri kita serta menghitung nasib diri kita di padang masyhar nanti....Biarlah kita cuba menepis sekuat2nya bisikan dr syaitan dan iblis......tapi ada juga insan yg sukar utk menerima pandangan ini kerana mereka terlalu taksub utk menghina , mengutuk dan mencaci...Insan2 ini berasa puas apabila mengeluarkan kata2 kesat.. apatah....org yg dikeji itu adalah yg paling dibencinya...APA BOLEH BUAT TEPUK DADA TANYA IMAN
taksub untuk mengina...mcm manatu ya....baru hari nie den dongar taksub untuk menghina. Den cadangkan pi dengar apa Nashruddin Tantawi kato nie ha..... http://theflyingkick.blogspot.com/2011/03/nasaruddin-tantawi-sokong-pendedahan.html
Post a Comment