Wednesday, May 4, 2011

TAK PAYAH NAK SEDAPKAN HATI, WAHAI HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN!!!

Tujuan sebenar Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan bahawa Malaysia bukanlah sasaran kegiatan pengganas antarabangsa, sebenarnya sangat mudah difahami. Bagaimanapun, seperti biasa juga, kebanyakan kenyataan Hishamuddin seringkali sangat bercanggah daripada apa yang diketahui oleh rakyat Malaysia, khususnya yang mempunyai akses Internet serta parabola di Sabah dan Sarawak.

Memang benar, di Malaysia tidak ada Al-Qaeda, Taliban mahupun Jamaat-El-Islami yang cuba menggulingkan kerajaan boneka mereka dengan meletupkan diri. Namun Malaysia mempunyai pergerakan 'pengganas' terbesar iaitu Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP!!!

Keganasan yang dilakukan oleh DAP sebenarnya jauh lebih merbahaya berbanding keganasan yang dilakukan oleh pergerakan-pergerakan atau individu-individu Islam seperti Osama Bin Laden yang berfudamentalkan Amerika Syarikat dan Zionis yang berkeinginan untuk menghapuskan umat Islam serta negara-negara Islam di seluruh dunia!

Sehingga ke hari ini, KDN masih lagi gagal bertindak terhadap mana-mana pemimpin DAP yang sudah terlalu banyak melakukan perlanggaran Perlembagaan termasuklah mempertikaikan hak keistimewaan Melayu dan Islam. DAP juga telah mengajar PAS agar menentang raja-raja Melayu selain disokong pula oleh pergerakan Pluralisme Anwar Ibrahim dari PKR untuk menyamaratakan semua agama selain menerima liwat dan melanggan pelacur sebagai satu amalan yang sah menerusi pembelaan bersungguh-sungguh mereka terhadap perbuatan Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh rakaman yang kini boleh diperolehi di Internet.

Nga Kor Ming misalnya, pernah membangkitkan persoalan mengapa peruntukan untuk masjid dan sekolah-sekolah agama rakyat dilebihkan berbanding rumah-rumah ibadat yang lain. Walhal perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan ia tidak boleh sama sekali dipersoalkan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan konkrit yang dilakukan oleh KDN, sama ada menggugurkan kerakyatan dan menghalau Nga Kor Ming keluar dari Malaysia, mahupun menyeretnya ke muka pengadilan atau merehatkannya di Kamunting Taiping untuk tempoh 5 dekad.

Lim Guan Eng yang berbangga dengan mengisytiharkan, tiada lagi hak keistimewaan Melayu di Pulau Pinang selepas mengambilalih negeri itu dari tangan Barisan Nasional juga masih lagi bebas bergelar Ketua Menteri sambil menghalau orang Melayu keluar dari pulau berkenaan bagi memberi laluan kepada warga Singapura, Taiwan dan Hong Kong membanjiri negeri tersebut, terutama di bahagian pulau.

Itu hanyalah contoh-contoh bagaimana pergerakan pengganas yang bergelar DAP dan Pakatan Rakyat, bertapak serta bertunjang di negara ini. Ia tidak lagi bersifat politik sebaliknya, DAP dan Pakatan Rakyat sudah pun menjadi sebahagian daripada anggota subversif terutama sekali dalam sokongan mereka kepada Parti Komunis Malaya dan Chin Peng yang didesak agar Malaysia membenarkan kemasukan komunis tua itu ke negara ini.

Justeru, tindakan Hishamuddin meuar-uarkan bahawa Malaysia tidak pernah menjadi sarang kepada kegiatan pengganas, adalah tidak tepat sama sekali. Yang lebih tepat lagi ialah, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri langsung tidak bertegas untuk menghapuskan PENGGANAS yang sudah pun bertapak di negara ini semenjak 1967 yang kini mulai kelihatan sangat kuat dan mampu menghapuskan rakyat negara ini yang cintakan kedamaian dengan sekali jerkahan!!!

9 comments:

Anonymous said...

Sia sia saja berdamai dengan PKM.Polis dan tentera bertungkus lumus melemahkan PKM..
Hari ini..melayu yg berpolitik cetek menghidupkan kembali PKM melaui DAP..
Gara2 nak menyokong sekor Anwar,semua dah sanggup gadaikan maruah melayu..
Kita nak jaga Anwar dan azmin sorang ker atau Malaysia?
KDN...Pengkkhianat Negara harus di hukum seberat2nya.
Menteri tak der telor..

Anonymous said...

Aku memang dah lama benci kat Kerismuddin ni! Sebab dia lah KJ dah jadi Ketua Pemuda. Kurang ajar!

zsk69 on May 4, 2011 2:16 PM said...

Tengok aje muka pondan nie, menyirap darah aku. Menteri KDN paling lemah dan penakut dalam sejarah Malaysia. Mentang2lah sepupu DS Najib, dia ingat kedudukan politiknya selama-lamanya selamat.

KALAU TAK MAMPU JADI MENTERI KDN, BELAH AJE LEEE.

hangkedee on May 4, 2011 3:10 PM said...

anon 1;17.PKM masih ujud sehingga kini tapi rupa parasnya glamour,Mereka di bandar bandar besar malah di parlimen.mereka kaya raya.Yang sedih Melayu tumpang sekaki beri Tanah sampai 999 tahun ada akai ke?Sedis mengenang pejuang sperti askar melayu,PPH melawan komunis .Ada yang putus kaki,kematian tersayang.Tak terbalas .Bila aman Damai si kafir harbi ini ditatang oleh melayu bebal .Bodohnya Melayu.Isu KDN dan Si Kitol menantu TUN DOL BODOHwi lah salah satu puncanya.

Anonymous said...

Along along pun tak takut dengan Hishamuddin. Kalau setakat memantau dan amaran tak payahlah jadi menteri.Menteri ini memang tak ada teloq.

Anonymous said...

SAPE YG UNDI PKR/PAS = UNDI DAP KAFIR HARBI.
SEDAR2LAH..

Anonymous said...

angkat keris konon. lepas itu minta maaf. bodoh !!!

Anonymous said...

bila melayu banyak sangat makan babi...jadi mcm ni la..umno pas pkr semua babi....

Anonymous said...

dah lah tu..jangan dok kutuk sangat menteri nihh... dia mana tau rasa susah... hobi dia pun hang tengok lah..semua mewah2... main lukisan,main 4x4 dan macam2 lg.. kita tak kisah kalau mudin minat benda2 macam tu..sebab dia mampu.. yang kedua mudin ..hang jangan lah lembut sangat.. bantulah marwah org melayu, cina ni dah lebih sangat lah...jangan duk mandom macam takdak teloq... hang nak ikut macam pak lah ka? kaki tiduqqqq... hang kaki merokok... jd bermula esok pagi ..aku nak tengok hang cargas buat keja..bela melayu.. bukan aku tak kenai budak2 sembrong hang... semua lembik2 macam hang jaa... kerja sikit bai!!!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template