Sunday, May 8, 2011

TAKTIK BODOHKAN DAN JAHILKAN MUSUH DAH TERPALIT KE MUKA PAS SENDIRI!!!

Tak payah bersembang dengan ahli serta penyokonglah, anda berbuallah dengan pemimpin-pemimpin PAS. Rumusan yang anda akan dapat ialah, mereka adalah manusia yang paling tidak sabar ketika menjalankan tugas memberikan penerangan tentang KEBAIKAN dan KEHARUSAN memilih PAS sebagai wadah perjuangan utama rakyat Malaysia, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Kaedah yang paling kerap mereka gunakan ialah dengan melabelkan golongan yang menentang PAS sebagai golongan bodoh, jahil, juhalak dan sebagainya. Konfrontasi adalah amalan yang dianggap sebagai daya penarik. Namun apabila konfrontasi dan provokasi yang dilakukan, berjaya diterbalikkan, mereka sendiri gagal mengawal kemarahan.

Mungkin suatu ketika dahulu, taktik tersebut berjaya. Ditambah pula dengan penjatuhan hukuman kafir, sesat, taghut dan menyeleweng diberikan, maka mahu tidak mahu, orang yang diprovokasi terpaksa akur dengan kata-kata mereka. Kerana takut dengan gelaran-gelaran yang diberikan, maka PAS akhirnya mendapat sokongan daripada kaum yang jahil, yang mempunyai pemikiran sehala dan sangat sempit.

Namun taktik tersebut, kini diterbalikkan. PAS melakukan kesilapan besar apabila melabelkan UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti orang bukan Islam yang lain. Kerjasama PAS dengan DAP yang diatasnamakan kepada tahaluf siyasi, tidak menjawab persoalan yang PAS bangkitkan terhadap UMNO. Lebih mengerikan ialah apabila DAP pula 'membalas dendam' terhadap PAS yang sebelum ini terlalu banyak mengutuk mereka dengan memperhambakan dan memperlekehkan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Dakwah yang kononnya ingin dilakukan oleh PAS akhirnya terbarai begitu sahaja. Mereka bukannya berdakwah, tetapi sekarang didakwah pula oleh DAP terutama dalam beberapa perlaksanaan dasar yang diperjuangkan oleh PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Ditambah dengan sikap tabligh buruk yang dilakukan oleh para pengikut dan mesin propaganda mereka, menjadikan imej PAS sangat buruk. UMNO dikatakan dan dilabelkan dengan pelbagai gelaran jahat, tetapi PAS juga yang akhirnya membuktikan bahawa amalan mereka sangat teruk dan langsung tidak menyamai orang Islam, walaupun mereka mendakwa lebih Islam daripada UMNO.

Contoh terbaik ialah buruk laku Mahfuz Omar dan Idris Ahmad, dua pemuka PAS yang sedang bergelut untuk mempertahankan jawatan masing-masing dalam muktamar yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Pergilah ke Facebook dan berhadapanlah dengan budak-budak PAS yang sedang mencari pengaruh serta gemar berdebat. Anda akan dapati, mereka bukan sahaja sangat jahil ilmu tetapi juga terlalu jahil sikap. Mereka cuba berlagak pandai, tetapi setelah anda berhadapan tidak lebih dari lima minit anda akan tahu, mereka hanyalah golongan copy-paste yang tidak tahu apa-apa tentang yang perkara yang dicopy-paste-kan.

Paling menggelikan hati ialah apabila al Quran dikatakan untuk copy-paste oleh umat Islam!

1 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Ayat ini sesuai utk gaambarkan sikap penganut pas:

22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template