Tuesday, May 10, 2011

TAKTIK SUDAH DIJANGKA... ULANGAN KISAH ANCAMAN BUNUH SEBELUM LARI KE KEDUTAAN TURKI!!!

Seharusnya pada ketika artikel ini tersiar, pemandu peribadi Anwar Ibrahim sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Merchant Square kerana MENJANGKAKAN akan berlakunya satu kemalangan atau perbuatan jenayah ke atas Perdana Menteri 16 September itu.

Laporan portal berita yang PRO-ANWAR, turut menyiarkan gambar kereta dan nombor pendaftaran yang tidak ditutup.

Kononnya, pemandu peribadi yang telah 28 tahun bekerja dengan Anwar Ibrahim itu akan membuat laporan untuk meminta polis menyiasat kemungkinan wujud bukti cubaan 'menamatkan riwayat' Anwar Ibrahim.

Cerita ini sebenarnya bukanlah satu cerita baru. Kalau anda masih ingat, Anwar Ibrahim tergesa-gesa lari menyembunyikan diri di Kedutaan Turki apabila bekas pembancuh kopinya membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Senario yang sama juga nampaknya berlaku. Cuma kali ini SKRIPNYA agak advance dengan penyiaran gambar kereta serta nombor plat kereta berkenaan dengan tujuan yang mudah untuk ditanggapi dan difahami.

Khabar-khabar angin tentang Anwar bakal melarikan diri ke luar negara sudah bertiup kencang apabila video lucah yang dikaitkan dengannya tersebar secara meluas. Ditambah pula sekarang ini, cakera-cakera padat turut dijual dan diedarkan di seluruh negara. Cakera-cakera padat yang mengandungi rakaman cctv penyuntutan seseorang yang berwajah dan bertubuh badan seiras Anwar Ibrahim boleh dibeli dengan harga RM30 daripada penjual VCD haram, terutama sekali di Petaling Street.

Berita yang kononnya gempar, sebenarnya tidaklah segempar mana pun! Helah nak lari ke luar negara kerana konon-kononnya nyawanya terancam, Anwar dah buat semenjak lama dahulu.

Anwar disuntik virus HIV, Anwar ditumbuk dengan tangan bergari ke belakang dan kepala tertutup. Anwar diracun arsenik dan hampir mati... Anwar sakit tulang belakang sampai paralyse dan terpaksa naik kerusi roda macam OKU Karpal Singh... Anwar itu, Anwar ini... tapi Anwar sekarang boleh pergi ke mana-mana dengan selamat dan dengan senyum simpul sambil bergurau senda...

Tak pernah pula nampak ada ancaman terhadap keselamatan dan nyawanya ketika dia sibuk berceramah di seluruh negara untuk menafikan pembabitannya dalam video lucah sambil memanggil Najib Abdul Razak sebagai PANDIKUTTI.

Drama Anwar dah tak laku!!!

1 comments:

Anonymous said...

ada juga org bangang yang akan percaya citer bodoh tu..cayolah cakap den..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template