Sunday, May 1, 2011

'UGUTAN' NAJIB TIDAK AKAN DIPANDANG OLEH PENGUNDI CINA!!!

Apabila Najib Abdul Razak memberi amaran kepada para pengundi Cina bahawa mereka tidak akan mempunyai perwakilan seandainya undi mereka diberikan kepada DAP pada PRU13 nanti, sebenarnya ia hanya akan membawa natijah besar kepada UMNO-BN sendiri. Sebabnya, sekalipun UMNO-BN berjaya mengekalkan penguasaan di Parlimen, pengundi-pengundi Cina tetap akan menjadi kelompok yang paling 'disayangi' dan paling 'dihargai'.

Itulah yang berlaku selama ini. Bermula dengan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sehinggalah Pilihanraya Negeri Sarawak, pengundi-pengundi Cina yang diketahui tidak akan mengundi Barisan Nasional telah menikmati ratusan juta ringgit dalam bentuk bantuan yang tidak pun diperolehi oleh kelompok Bumiputera yang menjadi pengundi tetap Barisan Nasional.

Seperti yang berlaku di Sibu apabila Najib Abdul Razak mengumumkan pelbagai bentuk bantuan kepada masyarakat pengundi Cina, keputusan akhirnya memihak kepada DAP.

Ketidakseriusan Najib Abdul Razak dalam menangani kebangkrapan undi Cina sebenarnya telah menjadikan Najib Abdul Razak sebagai bahan lelucon oleh masyarakat tersebut. Bagi mereka, tanpa sokongan kepada Barisan Nasional, mereka akan memperolehi lebih banyak laba dan bantuan, terutama untuk pendidikan, media mahupun perniagaan.

Tiada perkara yang lebih penting kepada masyarakat berkenaan kecuali tiga perkara yang disebutkan di atas. Kecuali untuk kaum DAP yang memasukkan satu lagi elemen iaitu KATHOLIK, masyarakat Cina lebih mementingkan kepentingan serta keberuntungan untuk masyarakat mereka yang boleh diperolehi daripada kerajaan.

Kerana itulah, ketika orang Melayu kembali berdendang dengan lagu perpaduan PAS dan UMNO, DAP, GERAKAN, Cina PKR dan MCA mengambil bahagian dalam Forum After Sarawak Election - 'The Impact on Coming General Election' pada 28 April yang lalu di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Perai yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Mandarin.

Sama ada dari Pakatan Rakyat, mahupun parti-parti Cina yang menjadi komponen Barisan Nasional, nampaknya mereka sangat bersatu hati dalam hal masyarakat mereka. Ketika DAP yang menjadi ketua menggelarkan tindakan atau cubaan menggabungkan PAS dan UMNO sebagai satu tindakan rasis, parti-parti Cina itu pula membincangkan perkara yang menjadi pokok dalam kehidupan seharian rakyat Cina Malaysia tanpa sedikit pun tercatat dengan perkataan RASIS sungguhpun semua perbualan mereka dalam Bahasa Mandarin.

Disebabkan itulah, 'ugutan' yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sebenarnya tidak akan sampai ke mana. Kesudahannya, Najib sendiri yang terpaksa turun untuk melutut dan mencium tumit setiap pengundi Cina bagi memohon restu mereka menyokong UMNO-BN seperti yang dilakukan sebelum ini. Manakala para pemimpin dari MCA, GERAKAN dan PPP serta SUPP, LDP pula sekadar bercekak pinggang dan menunggu hasilnya semata-mata!

10 comments:

Anonymous said...

Siapa Najib untuk menasihatkan PAS supaya meninggalkan PR kerana katanya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kita hendak bertanya kepada Najib beberapa soalan :-

1) Pernahkan MCA dan MIC memperjuangkan Islam

2) Bila masa pula Umno berjuang untuk mendaulatkan Islam. Apa yang Umno buat ialah buat Bank Islam, Masjid, anjur muzakarah dan beberapa perkara lain. Tetapi pada masa Umno menghalang PAS untuk melaksanakan hudud, menghalang program-program agama di masjid, menghalalkan arak dan judi, menganjurkan program mungkar dan sebagainya.

3) Berapa buah masjid dan surau telah diruntuhkan oleh DAP sedangkan dalam sejarah kita semua tahu Umno pernah meruntuhkan masjid dan surau.

4) Berapa orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP sedangkan siapa yang membunuh As Syahid Ibrahim Libya dan sahabatnya.

5) Berapa luas tanah orang Melayu dan dirampas oleh DAP sedangkan jutaan hektar tanah orang Melayu di rampas Umno dan ada yang diserahkan kepada Singapura contohnya WPI.

dan banyak lagi ........

Anonymous said...

AMAT BENAR.
SELAGI NAJIB MASIH BERMURAH HATI DGN KELOMPOK ITU, SELAGI ITU DIA AKAN DIPERMAINKAN..SEPATUTNYA, KENA TEGAS DAN BERHEMAH PADA TEMPATNYA, BARU RAKYAT RESPECT. TUNJUKKANLAH PENGHARGAAN YG SEPATUTNYA KPD PENYOKONG SETIA ANDA.
SEKIAN

Tok We on May 1, 2011 4:23 PM said...

Salam,
Ambo apabila memikirkan masalah UMNO yang berterusan melutut kepada Cina ni sakit kepala tahap 4 terus menjadi. Masa Pak Lah dulu ambo turut gelarkan PM paling lemah yang pernah UMNO hasilkan.

Tengok konsep DS Najib ambo ada cuak sedikit. Jenama besar 1Malaysia silap haribulan KO. Pruntukan besar-besaran kepada bangsa dari Tiongkok ini kadang-kadang menyakitkan hati.

Marilah kita pakat membangunkan perasaan pertahankan ketuanan Melayu-Islam di bumi ini.

Anonymous said...

kalau umno dan pas bersatu...insyallah tidak adaa satu negeri pon dalam malaysia ini akan jatuh ke tangan cina..kecuali pulau pinang..

biarkan mereka melatah..biarkan mereka mengundi DAP...biar tiada wakil cina dalam parlimen..biar padan muka mereka..jangan takut dengan mereka..jangan melutut pada mereka...

Teruskan usaha murni penyatuan PAS-UMNO..

Kami tetap sokong Datuk Seri Najib

Allahhuakbarrrrrrrrrrrrr!!!!

Anonymous said...

sepatut nya Dato Najib sudah dapat membaca fikiran mereka, tinggalkan mereka Dato dan tumpu dan curahkan kemakmuran untuk daerah yang mengundi
BN bukan membuang masa dengan bangsat yang tak mengenang budi, dan satu pesan saya lagi, letakan orang melayu di kawasan majoriti nya melayu bukan bangsa yang bangsat dan tak mengenang budi, tak payah lah Dato terhegeh2 cuba mengambil hati yang bangsat itu, kami tetap menyokong Dato! Long Live Dato Najib!

Anonymous said...

Najib WAJIB menasihatkan PAS supaya meninggalkan PR kerana DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Rakyat melihat dengan jelas peranan UMNO selama ini:

1) MCA dan MIC tidak pernah menghalang pembangunan syariat dan syiar Islam kecuali DAP

2) Selama ini Umno berjuang untuk mendaulatkan syiar dan syariat Islam. Termasuklah penubuhan mahkamah syariah, pembelajaran ilmu Islam ke dalam kurikulum kebangsaan, mewujudkan sistem Bank Islam, pembinaan Masjid dan surau, menganjurkan muzakarah, meningkatkan ilmuan islam, profesional Islam, usahawan Islam, peguam Islam.
Tetapi pada masa Pas bermain politik dengan meretorikkan hudud, negara islam dengan memperalatkan masjid dan surau, sambil menigkatkan permusuhan, perpecahan dan kebencian.

3) Berapa buah masjid dan surau yang dibina oleh Pas dan DAP? Yang berlaku hanyalah Pas membawa DAP masuk ke mesjid dan Pas juga gunakan mesjid untuk berdemonstrasi.

4) DAP sentiasa mengalu-alukan Pas meneruskan usahanya memecahkan perpaduan umat Islam dan dibayar dengan sedikit undi dlm p/raya. Kehebatan Penjenayah Politik Ibrahim Libya yang sanggup memperalatkan agama dan orang kampung menentang kerajaan menggunakan senjata, sangat dihormati dan dikehendaki oleh DAP. Termasuklah menderhaka kepada Sultan Perak pd 2008 yang lalu.

5) Pas menghasut Umat Islam supaya membantu DAP merampas Pulau Pinang. Sedangkan P. Pinang diperintahkan oleh BN dengan semangat muafakat dan kerjasama yang tulen bersama China gerakan dan MCA. Kini DAP melakukan apa sahaja yg dikehendakinya tanpa mempedulikan Pas yang hanya menjadi anjing ternakan mereka sahaja.

Anonymous said...

kalau Dato' Najib xnpk gak xtau la..jgn bagi muke lg kat bangsa yg satu nie..

Anonymous said...

Artikel ini teramat benar dan ianya patut dibaca dan dihayati oleh Datuk Najib. Kita tidak perlu umumkan apa yang hendak dibuat nanti yang penting kita kena buat bagi menjamin kepentingan Melayu/Bumiputra dan Islam terpelihara dan terbela. Buatlah macamana sekali pun Orang Cina akan tetap mengundi DAP, kerana dalam jiwa MCA, Gerakan dan SUPP pada masa ini terdapatnya roh dan jiwa DAP. Jadi apa yang hendak dimalukan lagi? pastikan dalam pilihanraya akan datang MCA, Gerakan dan SUPP diletakkan dikawasan yang majoriti Cina, biar mereka berentap sesama Cina. Ambik balik kawasan mojoriti Melayu dan Bumiputra dan letakkan calon-calon Melayu/Bumiputra. Kalau mereka maseh menuntut dengan alasan pembahagian traditional, katakan bahawa ini merupakan alasan strategi untuk memastikan BN mendapat 2/3, dari segi pembahagian kabinet kita boleh rundingkan berdasarkan setiakawan BN dan traditional. Datuk Najib kena lebih smart dan bertegas dan bertenaga dalam hal ini. Jangan malu-malu alah kepada mereka ini, kerana mereka pun tanpa segan silu untuk menyokong DAP............

Anonymous said...

anon 2:09 pm
tak perlu beri hujah yg panjang lebar,
aku bagi 1 contoh je..
mca dan mic tak pernah ada wakil yg kata langkah mayat dia dulu jika hendak menubuhkan negara Islam..itu je

Anonymous said...

NI AMBO NAK GHOYAK BUI NIRH... ADA PUN SEKELIAN NYO.. NAJIB MHU JANGAN HOK SUKO2 LAGI BAGI MUKO KAT PUAK CINO TUH... OREGH CINO MEMEE TO SEH NAK SOKONG UMNO DOH..DIO TAK SUKO OREGH2 MELAYU DERHHH.... MHU KENA LAYAN CINO NIH MACHE KAWE DAN SEKELIAN ALAM YG ADO BUAT GHAPO CINI DI KELATE.. KALO TOK MHU SUSAH.. OREGH MELAYU MAKIN LAMA MAKIN BERPECAH BELAH.. PAS MHU TAU KEPALA DIA HOK BERAT NAK PIKIR SEBAB BERSALUT SELALU..LG SATU DIO SUKA DUDUK DI MESEJID.. DIA KECEK POLITIK TAPI DIO TAK BUAT KIJO...MHU JANGE LAGI KIRO DEHH BANGSO CINO NIRH... MHU DAH MULO PEJUANG BANGSO MHU... CINO HOK MCA DIO BOLEH.. DAP DIO POLEH..DIO TAK KIRO APA PUN...DIA JANJI BOLEH DAPAT PITIH JAH... BUAT SEKATAN SIKIT PADA BANGSO CINO NIH ABEYYYYY.... 'THE ONLY STRAGHTEN ABT CHINESE IS ONLY THEIR HAIR LAH'... HOK DULU FOO KOK KEONG DA ONLY CURLY CURLY HAIR...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template