Wednesday, May 11, 2011

UMNO DAH 65 TAHUN, PEMIMPINNYA PULA RAMAI YANG DAH NYANYUK!!!

UMNO bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-65. Dan dalam tempoh sambutan itu jugalah, maka akan kedengaranlah cerita-cerita manis tentang UMNO, tentang kejayaan UMNO, tentang jasa-jasa UMNO, tentang kehebatan UMNO dan tentang masa hadapan UMNO yang kononnya amat teguh dan perkasa.

Benarkah seperti yang dikatakan? Atau ia sebenarnya sekadar satu lagi cubaan untuk meruntuhkan UMNO sebagai salah sebuah institusi politik negara, seperti mana yang berlaku kepada PAS dan parti-parti Melayu yang lain di negara ini?

UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman hasil gabungan idea 200 orang tokoh-tokoh Melayu daripada pelbagai aliran, fahaman dan fikrah politik. UMNO kemudiannya ditubuhkan secara rasmi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru dan bermula dari tarikh itu, UMNO dikuasai oleh golongan elit, bangsawan dan jarang memijak tanah dengan telapak kaki!

Selepas pilihanraya tahun 1969, pilihanraya 2008 merupakan prestasi terburuk UMNO selaku parti utama dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga dan sekiranya Barisan Nasional Sabah serta Sarawak tidak membantu, pastinya UMNO sudah pun menjadi pembangkang dalam parlimen di negara ini.

Namun, apa yang berlaku pada tahun 2008, rupa-rupanya tidak meninggalkan kesan yang besar kepada para pemimpin UMNO. Kebanyakan pemimpin UMNO masih lagi lena diulit tidur yang damai. Mereka masih lagi meneruskan amalan yang telah menyebabkan parti mereka hampir tercampak daripada Putrajaya. Mereka masih lagi berebut-rebut jawatan di dalam parti dan terlalu kurang berusaha untuk menyeret pemimpin-pemimpin dari parti komponen khususnya di Semenanjung untuk merapati para pengundi dan bakal pengundi.

Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri TIDUR MALAYSIA yang paling terkenal. Pun begitu, setidur-tidurnya, Barisan Nasional masih lagi mampu menguasai lebih 130 kerusi Parlimen sekalipun bukan dua pertiga. Namun melihat kepada senario terkini, Najib Abdul Razak yang bekerja keras, bakal berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak kerana Ahli-Ahli Parlimen UMNO ramai yang lebih sibuk mengira bini, gundek, duit dalam akaun dan projek yang boleh disapu selain jawatan di dalam UMNO.

Kesemua Perdana Menteri Malaysia naik kerana Perikatan yang kemudian bertukar nama kepada Barisan Nasional. Tanpa Barisan Nasional, tidak akan ada Perdana Menteri UMNO. Yang dapat dilihat sekarang ialah, kesungguhan Najib Abdul Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Malangnya, apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin agak kurang mendapat sambutan dari kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, mahupun UMNO. Kebanyakan daripada mereka lebih senang mengambil sikap, 'tak apa, Najib ada'.

Tidak dapat dinafikan, Najib dan Muhyiddin memang popular kerana budaya turun padang mereka. Namun popular kedua-duanya adalah bersifat individu, bukannya membawa bersama UMNO dan Barisan Nasional. Bukan bermaksud kedua-duanya tidak berusaha membawa UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional yang enggan mengikut Najib dan Muhyiddin.

Di dalam UMNO ada Pemuda dan Puteri. Kedua-dua entiti ini sewajarnya menjadi penyambung serta penghubung dengan pengundi-pengundi muda. Namun sebanyak manakah Pemuda dan Puteri telah memainkan fungsi mereka?

Program yang diatur oleh Pemuda, tidak lain hanya untuk menunjukkan betapa kaya dan mewahnya pemimpin muda UMNO dengan kenderaan mewah yang harganya ada kalanya mencecah jutaan ringgit. Corak pendekatan yang dibuat pula hanyalah FUTSAL, bola sepak, karaoke dan segala macam yang seronok-seronok. Jangan tidak, masa kempen pilihanraya, barulah nampak muka ketuanya sibuk mengetuk paku di dinding rumah orang miskin.

Berapa kerat pemimpin muda UMNO yang benar-benar ingin melihat parti tersebut ditunjangi oleh golongan muda? Berapa kerat yang benar-benar turun ke padang dan melakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat, terutama golongan muda yang tidak pernah tahu tentang sejarah perjuangan serta jasa-jasa UMNO atau tidak kisah pun dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO?

Kalau ada pun, jumlah mereka boleh dibilang dengan jari. Umpama mencari jarum di tengah-tengah belukar, pemimpin muda UMNO sebenarnya lebih seronok hendak menunjuk kuasa, bahkan seringkali mengancam untuk memecat keahlian para pengkritik mereka.

Terlalu banyak sebenarnya sikap yang mendatangkan kebencian kepada para pengundi, ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO. Sudahlah kebanyakan mereka tinggal di istana kayangan, kaki pula jarang memijak tanah, bahkan makan pun bersudu dan bergarfu emas.

65 tahun UMNO wujud, namun semenjak akhir-akhir ini, UMNO bagaikan lembu yang sudah sedia untuk disembelih dan dilapah terutama dengan kreativiti para pemimpinnya yang akan melakukan apa-apa sahaja asalkan mereka memperolehi jawatan di dalam UMNO dan kabinet.

Justeru, tidak perlulah bermegah-megah dengan pencapaian UMNO selama enam dekad, tetapi renungilah masa yang semakin suntuk untuk UMNO dikambus dan dikuburkan tanpa nisan angkara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri!!!

7 comments:

Ular Menyusur Akar on May 11, 2011 7:07 AM said...

Lu memang berani Bro. UMA angkat ibu jari...

Bukan UMA tak beri tahu kepada YB UMNO. Dah tua, liat..

Tolong grease Bro. He..he...tapi mereka tak baca.

CUCU TOK WAN on May 11, 2011 7:20 AM said...

depa tak baca tak apa... tapi yang mengundi dan memilih depa akan baca... kalau pun puak tu pun tak baca juga, anak-anak depa akan baca dan mula bercerita...

bila budak-budak tu lebih seronok cerita tentang Nik Aziz, cerita tentang Anwar Ibrahim, cerita tentang Lim Kit Siang, time tu kalu tak sedar juga, sememangnya hati mereka telah dihijab, telinga mereka telah ditulikan dan mata mereka telah dibutakan...

cermin2mirror on May 11, 2011 7:37 AM said...

betul!!!!!
Kalau ada pun Ketua yg turun padang atau pergi berjumpa pengundi mesti kena buat sambutan hebat2..
Jarang ada ketua yg tetiba singgah di gerai tepi jalan sorg2 dan minum sama2 dengan rakyat yg mengenali YB mereka..
Saya ingat zaman syed Razak (Pak Tuan),nama biasa bagi org2 sekitar alor Star,yg sering berhenti tepi jalan (Ikut suka hati dia).
Kalau dia free
,dia akan masuk kampung.
Kaum2 muda lain adaka buat macam ni?.
kalau tak buat lagi,pergi lah jalan2 dalam Kampung,kalau free,tidor dalam kampung tu..
Rasa nikmat kampung.

HatiSakit said...

Sakit sangat hati aku bila baca utusan pagi nie:
"cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan."

"cukai pendapatan persendirian dan korporat MUNGKIN boleh dikurangkan"

kepala hotak korang la...

beriya-iya lah kita nie backup kerajaan... ini yg diaorg balas kat rakyat...

Bagus Najib.. Bagus!

cucuwanmilah said...

teruslah kita berjuang.. saudara 'cucutokwan' contoh yang baik,menegur dgn penuh ikhlas kepada pemimpin UMNO ini.Najib perlu sedar tentang perkara ini.. jangan terlalu bersalut gula dengan kata2 pemimpin lama yang dah berkarat ini..berkaratnya mereka sampai ke anak2 mereka yg lena di ulit dgn kemewahan.kita tidak persoalkan hal ini cuma yg perlu adalah kesedaran mereka.. tak sabar nak tunggu pilihanraya dan melihat keletah masing2 dalam pemilihancalon..

bayangkan yg tangan dah berbau tahi ayam,sungguhpun tahi ayamnya tak nampak pun sibuk nak bertanding.. sedar2 lah diri tu.. buatlah kerja seadanya.. jangan merenget macam anak2..tak mampu presiden dan timbalan presiden nak buat semua perkara tu.. kalau setakat mengampu dan menikam sesama sendiri nak buat apa?

Ampuh ketidaknya dalam keadaan yg 'terang lagi bersuluh' hehe aku suka ayat ini... ternyata video seks itu adalah anwar,tetapi masih lagi kita tidak mampu menyakinkan rakyat perangai buruk itu perangai anwar.. suatu persoalan yg perlu kita fikir bahawa rakyat pada ketika ini memang bukan benci dgn UMNO,tetapi mahukan perubahan baru..whole new look.

Harap semoga muka2 baru ini nanti memperlihatkan kesemua wajah2 baru yg bersemangat dan membawa perubahan baru untuk UMNO.. saya harap muka2 lama tidak tampil semula.. cukuplah apa yg telah di berikan oleh mereka..dan kalau boleh biarlah mereka bertindak sebagai penasihat kepada muka2 baru nanti.

zxc on May 11, 2011 4:18 PM said...

kat tempat kite besepah poster haram ceramah perdana parti pembangkang, selang seminggu dua mesti ada lagi ceramah. UMNO mana? org atasan pemuda takkan duduk diam jer & melancong gi hadnyai. buat la ceramah seminggu skali.

pak din kk said...

Presiden Umno DS Najib berkata beliau akan uji kesetiaan anggota Umno terhadap perjuangan parti apabila tiba masanya dan ujian itu secara langsung dikaitkan dengan pemilihan calon pada PRU ke - 13 akan datang-SUMBER MEDIA UMNO.

amacam ? buat laa kerja ..sengal lah orang2 kita ni...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template