Najib Abdul Razak telah cuba menaikkan semangat UMNO Selangor agar bangun dan merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Rakyat kebanyakannya pun bersetuju dengan saranan Najib Abdul Razak. Malangnya UMNO Selangor tidak bersedia langsung untuk menang dan merampas Selangor dari tangan Khalid Ibrahim dan Teresa Kok.Bukan kerana UMNO Selangor sudah tidak mempunyai cawangan dan bahagian lagi. Tetapi sebaliknya kerana UMNO Selangor masih lagi berasakan mereka adalah pihak yang menang dan tidak perlu bekerja kuat.
Noh Omar adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Daripada apa yang dilihat, Noh Omar TAHU bahawa UMNO Selangor kalah, tetapi dia TIDAK RASA kekalahan tersebut. Sebabnya, Noh Omar bertanding di kawasan yang dimenangi oleh UMNO-BN. Noh Omar gagal melihat sikap pengundi yang lebih cenderung kepada DAP dan PKR di kawasannya.
Tahu tentang kekalahan tetapi tidak merasai kekalahan adalah dua perkara yang sama sekali bertentangan. Noh Omar tahu tentang pokok getah tetapi dia tidak pernah sampai pun ke kebun getah, apatah lagi memegang pisau menoreh, bagaimana dia boleh bercerita tentang kehidupan seorang penoreh getah?
Kerana itulah, UMNO Selangor bekerja bagaikan melepas batok di tangga. Tiada kesungguhan untuk menang. Ada tidak pun, hanyalah SSDE. Lebih daripada itu, ghuyub al-ghaib!!!
Perlantikan Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru, juga tidak ubah seperti melantik musang menggantikan biawak. Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru dilantik ini, kerjanya tidak lain hanyalah FUTSAL. Keluar pulak kenyataannya di akhbar yang sukan akan mendisiplinkan golongan belia!!!
Mungkin KP UMNO Selangor ini menganggap dia adalah cikgu pendidikan jasmani, bukannya sebagai KP UMNO Selangor. Dek kerana itulah, dia melihat dari skop yang sangat sempit untuk meraih sokongan dari golongan muda iaitu FUTSAL, padahal MUSIM KEGILAAN FUTSAL telah pun berlalu dan sekarang ini, golongan belia sudah semakin kurang ghairah untuk berfutsal.
Malangnya KP UMNO Selangor masih tertinggal jauh di belakang. Cuba tanya, selain daripada 9 majlis yang melibatkan FUTSAL, apakah kerjanya yang lain dibuat atas kapasiti KP UMNO Selangor?
Mana kelibat UMNO di kawasan-kawasan kalah mereka yang suatu masa dahulu merupakan kubu kuat? UMNO Cempaka masih lagi bertaburan dengan perangai tikam-tikam belakang, cantas-mencantas, dan jatuh dipijak. Kekalahan calon Wanita pada 2008 di Cempaka kepada Iskandar Samad mempunyai kaitan yang cukup besar kepada pergolakan dan perebutan ingin menjadi calon di UMNO Cempaka.
UMNO Ampang, masih dikawal oleh Trojan Horse dalam bentuk JMM. Bekas anggota PKR yang kemudian keluar dari PKR dan menyertai UMNO untuk mendapatkan kedudukan, telah berjaya melemahkan dan mengucar-ngacirkan UMNO Ampang. Yang benar-benar bekerja untuk UMNO, disepak diterajang, sebaliknya yang sibuk mengaku kerja orang lain sebagai kerja mereka sendiri, itulah yang ditatang-tatang dan disanjung-sanjung!
Itu baru dua kawasan. Belum lagi diceritakan tentang kawasan-kawasan lain, seperti Gombak, Kinrara, Puchong dan sebagainya.
Dan berdasarkan kepada senario yang ada, tidak nampak gaya pun, UMNO Selangor akan berjaya mengambilalih semula negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat. Apatah lagi, ketidaksungguhan para pemimpin UMNO Negeri sendiri untuk kembali berkuasa. Kalau ada yang bersungguh-sungguhpun, kebanyakan daripada mereka hanya mahu nama mereka dinaikkan dan mereka menjadi calon pada PRU akan datang!!!
UMNO Selangor perlukan perubahan yang sangat drastik kalau mahu menghapuskan DAP-PKR dari tampuk pentadbiran negeri!!!


5 comments:
Salam bro FK.
Minggu depan Najib akan datang meresmikan mesyuarat perwakilan Ampang di bangunan baru mereka.Apakata kita berdepan dengan najib dan khabarkan apa yg sebenarnya berlaku di Ampang dan Cempaka?
Salam perjuangan.
Salam CTW,
Aduh pusing kepala tgok CTW punya komen. Akar umbi nak buat mcm mana plak? Tapi INSYAALLAH, pasti ada strategi yang telah dirangka dan tidak dapat diperbincangkan disini. Yakinilah SELANGOR akan diperintah kembali.
Mungkin kita kena bg pkr dan dap perintah malaysia sepenggal br melayu nk sedar. Kerja utk melayu berkurang. Melayu kena halau balik ke kg. Kebun dan ladang yg melayu usaha milik cina....
... Tp ok lah, drpd x sedar2 lgsg. Buatlah mcm mana pun skrg, selagi x terbukti, dan selagi tak terngadah atau tercucuk lobang hedong, selagi tu lah melayu x akan sedar.
... Biarpun bila melayu dh sedar nnt, dan waktu tu dah xde apa2 lg yg tggl utk melayu, br lah dia akan bangkit semula... So, kena tggu 50 tahun pulak utk maju... Atau pindah ke tempat yg irg ckp melayu, seperti indonesia. Malaysia? Bg kt cina je lah dah melayu x mao!
Nak buat mcm mana, melayu semua gila politik... Dah tu bodoh pulak... Hadeh...
mail kijo ko tidur ya? aku tampar nanti.jangan sampai kalah lagi.
Abg Mie @ APA
Teruskan perjuangan.Saya tahu siapa dipihak yang benar.Buang trojan horse itu.Dakwaan Abg Mie betul, tiap2 hari berita tentang JMM ada di UM.
_Melayu Jati Kelantan_
Post a Comment