Menyedari kesukaran untuk menafikan bahawa Anwar Ibrahim terbabit di dalam video lucah yang menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar Ibrahim membalun China Doll, maka para penyokong Anwar Ibrahim yang berselindung di sebalik nama NGO mula membuat pusingan U. Mereka mendesak agar JAWI mengambil tindakan qazaf terhadap Datuk T, terutama sekali Shazryl Eskay kerana telah bersumpah mubahalah di Masjid Amru Al-As, Sentul.Majlis sumpah mubahalah Shazryl Eskay itu turut mendedahkan perangai sebenar AMK, sayap pemuda PKR yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta mencemarkan kesucian masjid semata-mata untuk menyokong Anwar Ibrahim sebelum meletakkan kesalahan yang mereka lakukan kepada UMNO.
Bagi mengalihkan perhatian dan persoalan rakyat Malaysia terhadap si pelaku di dalam video tersebut, para penyokong Anwar Ibrahim CUBA MENEKANKAN TENTANG QAZAF dan nilai moral yang menyebabkan tersebarnya perangai buruk si pelaku di dalam video berkenaan. Para penyokong Anwar Ibrahim tidak akan berani sama sekali menyentuh tentang si pelaku di dalam video tersebut kerana mereka tahu, sedikit sahaja mereka mempersoalkan tentang si pelaku itu, lebih banyak lagi pendedahan tentang perangai buruk orang berkenaan terkeluar.
Anehnya, pada ketika inilah cerita tentang moral, cerita tentang politik lucah, cerita tentang politik fitnah kedengaran. Semuanya kerana Anwar Ibrahim. Tetapi kalaulah yang melakukannya Anwar Ibrahim, para pendokong Anwar Ibrahim ini tidak akan bersuara walau sedikit pun. Bahkan merekalah yang berlebih-lebih menyokong dan menambah-nambah cerita.
Mereka cuba menimbulkan perasaan jijik terhadap apa yang mereka gelarkan sebagai permainan politik. Namun pada masa yang sama, semakin ramai yang sangat jijik dengan sokongan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim tanpa berbelah bahagi dan selagi boleh dengan segala cara.
Para penyokong Anwar Ibrahim boleh terus menipu dan menyamar sebagai orang yang beragama Islam, tetapi semakin mereka menyamar, semakin terang pula kelihatan bahawa mereka hanyalah golongan MUNAFIQ MURAHAN yang cuba meraih simpati dengan alasan agama!!!


0 comments:
Post a Comment