Monday, May 2, 2011

VIDEO LUCAH ANWAR: TERNYATA HUSAM LEBIH PERCAYAKAN MESIN POLIGRAF DARIPADA PETUNJUK ALLAH TAALA!!!

Husam Musa mencabar trio Datuk 'T' menjalani ujian poligraf untuk menguji kebenaran daripada dakwaan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang Datuk berkenaan bahawa Anwar Ibrahim terlibat video lucah yang dikaitkan dengannya. Dan Husam Musa juga menarik perhatian apabila mengutarakan pertanyaan mengapa Datuk 'T' tidak membuat laporan kepada jabatan agama agar Anwar ditangkap ketika sedang menghayun punggung menghentak tundun China Doll sampai terpancut.

Agak menarik kerana Husam Musa merupakan antara pemimpin kanan PAS yang dikatakan lebih mempercayai Allah Taala berbanding orang lain terutama sekali dari kalangan UMNO. PAS telah berkali-kali membuat sembahyang hajat dan munajat dengan petunjuk demi petunjuk telah diberikan menerusi Af'al-Nya. Namun Husam Musa memilih untuk tidak mempercayai petunjuk Allah Taala, sebaliknya terpaksa bergantung kepada mesin sepenuhnya kerana meragui petunjuk demi petunjuk Allah Taala.

Ternyata keimanan Husam Musa terhadap Dzat, Sifat, Asma dan Af'al Allah Taala, tidaklah seteguh mana sekalipun PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka lebih Islam dan Islam mereka lebih jitu daripada orang UMNO.

Ironinya, Husam Musa menggunakan hujah dangkal kaumnya sendiri untuk menafikan kewujudan Anwar di dalam video lucah berkenaan yang menyentuh tentang rambut pendek yang sebenarnya telah banyak diterangkan dan dihujahkan oleh pihak yang tidak menerima Anwar sebagai insan suci. Husam Musa rupa-rupanya pemimpin yang sangat berat sebelah dan tidak mampu bertindak adil ketika mengeluarkan percakapan. Percakapannya tidak ubah seperti si juhalak yang jahilnya berlapis-lapis (murakab).

Bayangkanlah, selepas menjalani solat hajat, sepatutnya Husam Musa sudah pun meletakkan tawakkal dan redha dengan segala ketentuan yang ditunjukki-Nya. Malangnya keraguan Husam Musa terhadap kekuasaan Allah Taala, tidak mampu disembunyikannya. Dan akhirnya, Husam Musa meletakkan kebergantungannya kepada mesin.

Seharusnya dalam amalan Islam, seseorang yang mengaku beriman kepada Allah Taala, adabnya ketika melakukan amal atau kerja ialah, berdoa (bermunajat), bertawakkal, berusaha, berdoa dan kemudian kembali bertawakkal sebelum berakhir dengan redha. Dahulukan kerja Allah Taala, kemudian dimulai kerja makhluk, disudahi dengan tawakkal dan meredhai segala keputusan yang ditunjukkan oleh Allah Taala.

Apa yang cuba dilakukan oleh Husam Musa adalah sebaliknya. Kepercayaannya kepada Allah Taala tersangat berkurang sehingga terpaksa digantikan pula dengan mesin poligraf. Apakah bagi Husam Musa, keputusan mesin poligraf lebih tepat berbanding keputusan Allah Taala? Bagaimana pula sekiranya, ujian poligraf pun akan sama dengan keputusan yang sedang tersingkap sekarang ini? Adakah Husam Musa akan menyertai Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk menyatakan secara tersirat bahawa Allah Taala juga berkonspirasi dengan UMNO-BN?

Mungkin apa yang dilafazkan oleh Husam Musa adalah sesuatu yang kelihatan sangat kecil dan remeh. Sedangkan sebenarnya, bagi mereka yang mengaji tasauf dan hakikat, akan mengetahui bahawa lafazan Husam itu menandakan hatinya tidak seketul terhadap kekuasaan Allah Taala. Bahkan tersirat daripada lafaznya ialah keraguan Husam terhadap Allah Taala dalam memberikan keputusan sehingga perlu menyengutukan kuasa Allah Taala dengan kuasa mesin poligraf yang merupakan ciptaan daripada makhluk ciptaan Allah Taala.

Dan inilah apa yang dikatakan sebagai syirik kepada Allah Taala... suatu dosa besar yang Allah Taala amarankan di dalam al Quran bahawa Dia tidak akan mengampuninya kecuali TAUBATAN NASUHA!!!

BACA KENYATAAN HUSAM MUSA DI SINI

3 comments:

Anonymous said...

MESIN POLIGRAF PULAK? TAK YAKIN SUMPAH DGN NAMA ALLAH KE?
IMAN YG SENIPIS KULIT BAWANG..

Anonymous said...

Andai benar apa yang telah di lapurkan,Husam Musa wajib bertaubat. Ini lah satu daripada anggota Erdogan yang terdapat dalam kumpulan PAS.

izad70 on May 2, 2011 8:28 PM said...

dalam isu ini saya bersetuju dengan husam musa kerana mereka yang inginkan kebenaran bukan terdiri dari muslim sahaja.golongan ini juga patut diyakinkan dengan kaedah yang diyakini mereka.kaedah ini telahpun dipersetujui oleh eskay.anwar bagaimana?rasanya kita semua boleh teka reaksi beliau.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template